tak sampai hati tapi terpaksa.....

16:42

Aku terpaksa berlaku agak kejam sikit dengan sorang seller yg aku deal ni..dari jumaat last week aku berurusan dengan dia sbb aku ingat order dengan dia, aku leh dapat baju2 yang aku nak dengan segera..coz aku ada customer yang dah siap bank in duit..aku kenal dengan dia melalui fb..aku tengah mencari supplier baju kurung lace Scha yang hotttt sangat tu sebab kebetulan supplier aku yang sebelum ni, bermasalah..lepas customer dah bank in duit sume baru aku tau citer..then sorang seller ni inform dia ada jual baju tu..so aku nak beli secara borong coz aku dapat banyak order untuk baju tu..deal punya deal..aku cakap kalau baju ready stok dengan dia, aku leh je gi amik kat dia hari sabtu @ ahad sbb kalau hari kerja, aku & mr hubby naik motor..tapi dia cakap dia kena order dulu..okey fine..dia cakap hari isnin baru baju sampai kat dia..harga dia bagi kat aku pun murah compare ada 2 seller yang inbox aku lepas seller ni, harga dorang mahal sikit..

so aku pun tunggu le hari isnin sbb kitaorang dah janji nak jupe kat area KL..masa aku order tu, supplier ni memang ada mintak deposit sikit tapi aku cam tak konfiden dengan dia..aku request C.O.D..lepas tu supplier ni mesej aku balik, tanya C.O.D tu apa..erm, aku sikit musykil kat situ, as a seller tak kan dia tak tau kowt C.O.D tu apa..hari isnin nengok dia senyap je aku mesej tanya dengan dia baju dah sampai ke?dia cakap belum lagi..dia cakap mebi selasa pulak..aku okey lagi..masa hari selasa tu aku & mr hubby ingat nak amik kat dia t/hari so kitaorg boleh bawak keta,banyak kowt takkan nak naik motor..mesej dia t/hari,dia cakap baju tak sampai lagi..mebi petang lak..ptg tu baju dah sampai dia mesej aku.then, lepas2 berbuka dalam pukul 9 pm kowt, dia ajak jumpa kat KEPONG, umah aku kat Semenyih (korang leh imagine jauh ke tak????)..masa dia mesej tu aku ingat dia nak hantar kat umah aku sebab dia tanya umah aku kat ne..bila aku cakap aku duk kat Semenyih (dekat Tesco Semenyih), dia cakap tak tau..so aku inform dia tak pe la, hari Rabu je la sebab ada 1-2 customer aku dah cancel order pun sebab lambat sangat..then, semalam lepas abis keje, aku & mr hubby gi Jalan TAR dulu sebab nak beli something, lepas tu terus gerak gi ke tempat yang dijanjikan. Sampai-sampai kat situ, aku ingat nak mesej seller ni nak tanya dia kat mana..tapi dia yang mesej aku dulu..dia bagitau, suami dia tak balik lagi..dalam pukul 4ptg,aku mesej dia sebab tengok dia senyap je..aku tanya jadik ke tak..dia cakap jadi..tu yang lepas keje semalam, aku & mr hubby terus gerak ke tempat yang dijanjikan..alih2 dia cakap suami dia tak balik lagi..&%#$$&*

aku ni atas dasar kesian kat dia sebab dia cakap dia dah keluarkan duit deposit untuk beli baju2 tu tapi cara dia aku tengok cam tak bersungguh2 je nak jual..orang kalau bersungguh, dorang akan hantar kat pembeli..tak kisah ar cara camne pun..kalau tak sebab kesian kat dia sebab aku dah deal ngan dia, aku dah cari supplier lain..padahal member aku dapat beli ngan supplier lain, baju yang sama dengan harga lebih berpatutan dari seller ni bagi kat aku..tapi semalam, aku mesej ngan seller ni aku cakap aku bagi sampai harini, kalau tak de jugak..aku kensel order..lepas tu seller ni boleh reply mesej aku, dia cuma cakap 'Ok' je..aku tak bagi alamat penuh pun kat dia..aku cuma bitau kat mana aku keje..tu je..dia jawab 'Ok' je..kalau orang lain, selalunya mesti dorang akan tanya detail..tanya nama jalan ke..seller ni tak (tak pe ar mebi dia tau kowt tempat keje aku)..pagi ni still seller ni senyap..so aku assume dia memang tak berminat nak jual kat aku..aku deal dengan supplier yang member aku punya..dalam t/hari tadi seller ni mesej..tanya pukul baper aku abis keje..so aku terus terang je la dengan dia aku dah dapat supplier lain sebab dengan dia asik bertangguh2 jer..dia mesej tu cam tulis ayat simpati sebab dah bayar deposit baju tu..aku mintak maaf dengan dia sebab aku pun kalau boleh tak nak cari supplier lain sebab dah berurusan dengan dia dulu but aku terpaksa sebab customer tunggu order dari minggu lepas kowt..

tak sampai hati buat kat orang macamni tapi terpaksa......

You Might Also Like

2 Comment

  1. kdg2 kite terpakse buat mcm ni kak..sbbnyer org tggu barang dri kite,,klo dye ckp tros terang mngkin kite blh phm..tpi klo buat cara mcm sis ckp tu..mmg sakit hati..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la pasal..ada customer akak smpai cancel order sbb tunggu lama sangat..

      Delete