Daging Masak Merah

08:12



Ni nak share satu lagi menu masakan masa weekend lepas..haritu nak update agak bz kat umah plus mr hubby guna lappy so harini keje, boleh la update kat pc ofis je..btw resipi ni amik kat SINI

Bahan-Bahan
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis & direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar - dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau- dipotong kecil2
  • 1 cm halia  - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup..

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih & halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak sangat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi aku tak letak sbb tak elok untuk kesihatan....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup & daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA

You Might Also Like

4 Comment

  1. wah letak pewarna ye?? boleh try untuk berbuka nie ;-)

    ReplyDelete
  2. a'ah..wina..letak pewarna merah..selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  3. Cik Rongoks : ika,apa lagi..try ler masak untuk berbuka.. :D

    ReplyDelete