Susu Kambing, Buah Kurma Rahsia Isteri Nabil Hamil

14:46

Petua ni aku dah lama tau dari website favourite aku Ratuhati & aku penah le buat dalam sekali @ 2 kali je pas tu aku stop sbb masa tu aku beli kurma sikit. Then,aku x continue..hari ni baca kat portal Murai wife Nabil Raja Lawak tu dah pregnen 5 minggu.alhamdulillah..smlm lagi ada member kat BBT Ratuhatiku bagitau pasai ni coz dia dengar kat Suria FM,Nabil share petua ni & dah kuar kat portal hiburan tu..smlm,aku sja le cakap ngan Mr.Hubby pasai petua ni.Boleh x dia cakap dlm.nada gurau,nanti abg minum susu kambing,mengembekkkk je..sabor je la aku dgr..skrg pun aku minum susu kambing tapi yg brand Hi-Goat punye.Dalam sachet..tapi aku je minum, Mr.Hubby x minum..Aku continue minum pun sbb aku beli susu kambing Hi-Goat ni dah lama.Yg aku minum skrg ni kotak ke-2.kira dah 2 kali aku beli tapi lepas baper peket,aku stop..nmpk kan aku x konsisten.mcmne lah nk lekat..buat x sungguh2..aku beli susu kambing ni kat kakak ofis tmpt aku ni coz akak ni ahli.smpai ada sekali, akak tu tnya aku nk beli lagi x susu ni sbb dia ada beli extra masa tu.aku mcam malu2 alah nk bagitau,yg kotak ke-2 aku beli kat dia tu pun x abis lagi sbb aku dah stop minum..ntah mcmne baru2 ni aku decide nk continue balik susu tu.aku tengok kat kotak expired  2014.dari berbuang,baik aku minum..nnti dah abis yg sachet ni,aku nk try le beli susu kambing fresh. kat ofis aku ni ada org jual tapi aku ni ngada2 x mau beli..takut x tahan bau le..lagi pulak,Mr.Hubby x mau minum.tu yg rasa cam malas nk beli..aku je duk pulun minum susu kambing tu tapi Mr.Hubby buat rilex je..mana aci,kan..kata nak anak kena le dua2 sepakat & kerjasama..hehe..nnti le aku cuba2 pujuk ngan Mr.Hubby aku tu..BTW,kat bawah ni aku share sikit artikel pasal Nabil yg aku amik kat portal Murai.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Nabil berkata dia amat bersyukur apabila permintaannya untuk dikurniakan cahaya mata telah dimakbulkan Tuhan.
 "Alhamdulillah, akhirnya usaha kami berbaloi. Banyak juga cara yang telah kami lakukan bersama dan saya juga banyak membaca blog dan mendapatkan nasihat daripada ustaz bagi membolehkan impian kami suami isteri tercapai.
"Akhirnya kami telah dipertemukan dengan petua mujarab iaitu dengan mengamalkan minum susu kambing dan buah kurma setiap hari yang telah saya dan isteri amalkan sejak beberapa bulan lalu," katanya berkongsi petua.
Kerana mahu kesan yang mujarab, Nabil telah membeli 100 botol susu kambing asli dari Kedah untuk diminumnya setiap hari bersama-sama buah kurma dengan disusuli bacaan selawat Nabi setiap kali sebelum minum.
Bukan saja lazat, tapi kata Nabil khasiat minuman berkenaan telah membantu dia serta isteri untuk sentiasa bersama dan akhirnya memberi keputusan yang cukup berkesan.
"Buah kurma akan saya genggam dan berselawat Nabi sebanyak tiga kali. Kemudian buah kurma tadi saya kisar dan campurkan ke dalam air susu kambing. Kalau ikutkan, saya perlu minum sekali saja dalam sehari tetapi kerana rasanya lazat, saya minumnya lebih kerap.
"Saya percaya, amalan meminum susu kambing ini telah banyak diamalkan ramai pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan zuriat dan Alhamdulillah ianya berkesan kepada saya," katanya tanpa berselindung.

So,kengkawan TTC yang lain moh ler kita try petua ni.. :)

You Might Also Like

4 Comment

  1. saya minum susu kambing+kurma bancuh peket2 tu... sedapp... masih amalkan sampai skang..

    ReplyDelete
  2. cubalah..insyallah ade rezeki untuk kamu :-)

    ReplyDelete
  3. hikari : mmg sedap susu kambing + kurma tu,penah buat..manis je..insyallah,saya akan cuba teruskan :)

    wina : insyallah,tq dear :)

    ReplyDelete
  4. promosi harga awal tahun susu kambing ha-goat.
    http://suanazhar.blogspot.com/2012/12/promosi-harga-susu-kambing-hi-goat.html

    ReplyDelete