Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian
Jumaat lepas time lunch, k.fiezz ke SOGO nak cari barang kat dalam ni?So dah kebetulan tu, k.fiezz tapau lunch sekali kat sini. Masa ni k.fiezz pergi solo je ke sini. So beli makan, tapau je..Makan kat pejabat sambil layan drama..hehe...
K.fiezz beli apa tu?
Repeat lagi Nasi Ayam Penyet dari Waroeng Penyet..Sebelum ni k.fiezz pernah beli kat sini..K.fiezz suka ayam penyet dia..Sambal sedap & cili dia blend halus jadi bila makan idak lah terlekat kat tekak, ayam pula ada serdak-serdak halus tu..Memang kena dengan tekak..
Harga agak pricey sikit tapi sekali dengan air..Kalau nak berbaloi ambil yang set..Kat sini ayam penyet dia, tak termasuk sekali dengan nasi..Jadi kena tambah..Tapi ada set sekali dengan air..Jadi nak jimat ambil je yang set ni..Macam k.fiezz beli kat bawah..Air ada beberapa pilihan..K.fiezz pilih teh-o ais...
Sampai office, tutup pintu bilik..Makan ayam penyet sambil layan tengok drama kat handphone..K.fiezz ni bila makan kena tengok tv sekali..Baru rasa selera sikit nak makan..Kalau tak, sendu nak bagi perabiskan makanan..
Overall nasi ayam penyet kat Waroeng Penyet ni, sis loike it...Paling suka sambal dia tu, elok halus..Ada setengah tempat, sambal ayam penyet cili blend kasar..Kadang geram je bila makan, cili terlekat kat tekak..Aihhhh kacau daun..Tapi yang kat sini, cun..Elok halus...Makan pun elok je lalu kat tekak..So lulus piawaian k.fiezz..
Pssstt - Siapa suka makan Nasi Ayam Penyet, sep sikit kita geng...
0 Comments