Isnin baru ni k.fiezz lunch kat SOGO?Wahh kemain tau time lunch sejam pi makan kat luar..Sogo pula tu..hehe..Ceritanya pejabat k.fiezz hari Isnin baru ni ada buat proses sanitasi yang sembur asap. Kes covid ber pass-pass pula kat pejabat k.fiezz ni.  Lepas seorang, seorang kena..Tu yang admin tempat k.fiezz request buat fogging untuk sanitasi. Jadi kitaorang di arahkan keluar kejap waktu lunch. Jangkaan masa untuk sanitasi dalam 1-2 jam lebih kurang. K.fiezz ni dah nampak Sogo je lah sebab dekat dengan pejabat. Cuma kena naik lrt, satu stesen je dari pejabat k.fiezz..Jadi moh lah kita...

WAROENG PENYET

Mula k.fiezz ingat nak makan kat food court tingkat 6 tapi bila lalu je kat area ni, mak aihhh orang boleh tahan ramai. Ingat hari Isnin tak ramai sangat macam hari Jumaat sebab time rehat lama...Sogan pula sis nak makan sorang-sorang. Yea sis lone ranger je...Kalau ada kawan, okey lah makan kat area open food court ni...Tapi sebabkan sis jenis lone ranger jadi cari tempat yang tak crowded sangat...Naik tingkat 7, k.fiezz nampak waroeng penyet ni..So onzzz lah...

Masuk je kat waroeng penyet ni, tanya kat cashier ada meja kosong lagi ke tak?Dia tanya berapa orang. K.fiezz cakap seorang je. Dia tengok kat bahagian dalam kedai, ada lagi meja kosong. Okey onzzz...Order kat bahagian depan & terus bayar. Nanti dapat nombor order untuk letak atas meja..Makanan dah siap, pekerja dia akan hantar ke meja...

waroeng penyet

Dari bahagian depan kedai, masa snap gambar ni k.fiezz dah keluar. Orang dah tak ramai dalam kedai. Masa k.fiezz masuk ramai, setiap meja kat depan tu penuh sampai ke dalam. Nasib baik ada 1-2 meja yang kosong lagi... 

waroeng penyet

Waroeng Penyet & Bakar..
Ada menu penyet-penyet & bakar..K.fiezz pilih?


waroeng penyet

Nombor order. Letak atas meja untuk mudahkan pekerja dia hantar makanan kita ke meja..Ni jadi stand handphone k.fiezz juga sebelum pekerja dia ambil semula lepas hantar makanan..haha..Lone ranger kan..Nak ambil gambar, tak ada kawan. Ater kita guna apa yang ada..haha...

waroeng penyet

Dah sampai order k.fiezz.  Nasi ayam penyet (bahagian peha) sekali set dengan air (ada 4 jenis pilihan air, k.fiezz pilih teh o ais)..
Total = RM 18.50

waroeng penyet

Control..control.haha...

waroeng penyet

3 jenis pilihan sambal (Sweet Spicy Sauce/Mild Sambal Sauce & Hot Sambal Sauce). 
Self service. Macam kat restoran fastfood style dia..Cuma yang ni sambal..K.fiezz pilih mild sambal spicy...


SEDAP TAK AYAM PENYET KAT WAROENG PENYET NI?


Untuk k.fiezz, sedap. Kena dengan tekak. Set ayam penyet tu ada sekali dengan sekeping tauhu goreng, tempe goreng, ada timun & sayur sikit lepas tu ditabur serdak-serdak gorengan ayam. Serdak tu jenis halus, k.fiezz suka makan..Kalau hat besar, k.fiezz kureng sikit...Sambal dia pun ada rasa & yang k.fiezz pilih mild spicy tu tak pedas pun..Sis loike..Ingat nak cuba juga yang hot spicy tu tapi risau berlari ke bilik air..Malas k.fiezz nak dera perut sendiri..haha...Hat mild spicy tu pun sedap & okey je dengan lidah sis...Paling penting tak mendera perut...

Overall sis suka nasi ayam penyet kat waroeng penyet ni..Boleh ulang lagi bila-bila ke Sogo..hehe...

Psstttt -  Sis  peminat ayam penyet..Mr hubby tak suka...Masa ke Medan beberapa tahun lepas, bila pemandu pelancong bawa makan ke tempat makan yang jual menu jenis penyet-penyet ni, kitaorang majoriti order nasi ayam penyet, mr hubby tukar ambil ikan..Jalan-Jalan Ke Medan...

5 Comments

  1. musim plak sekrg nie...Linda pun tgh gatal2 tekak nie...tp dh test,Alhamdulillah xd pape..mmg kene xtra tc...jumpa org pun pkai facemask

    ReplyDelete
  2. Bagi saya ayam penyet itu tergantung dari sambal memang. Sambalnya best, sedaplah lauknya 😄.

    Dj jakarta ada banyak banget resto atau warung seperti ini. Jadi patokan utk menentukan yg enak atau tak, ya dari sambal. Krn rasa ayamnya cendrung sama semua 🤭

    ReplyDelete
  3. lama tk pi sogo..oh dh ada cawangan waroeng penyet kt sini...kita byk2 ayam penyet mmg suka yg waroeng penyet ni...kena ngan tekak

    ReplyDelete
  4. Ayam penyet sedap tp sy dah lama tak makan sbb pedas 😢

    ReplyDelete
  5. Ayam penyet pon feveret Cuya... sedap nii

    ReplyDelete