Kerlasss Hatten Hotel Melaka Ni Cantik dan Moden
Cuti sekolah minggu lepas, k.fiezz & family in law ke Melaka. Bawa seorang anak buah tunggal tu cuti-cuti. Mak mertua yang pilih nak ke Melaka ni..So onzzz walaupun tau Melaka ni bandar jammed..hehe..Redah je lah yeak..Lagipun tengah cuti sekolah, faham je lah. Nak pi mana pun sama je..K.fiezz suka gak kat Melaka ni cuma tu lah tak lalu nak ngadap jammed..Tapi sesekali kita layannn je lah jammed..hehe
DUK HOTEL MANA TU KAT MELAKA?
Mr hubby booked Hatten Hotel Melaka..Rasa ramai tahu lokasi Hatten hotel ni. Betul-betul kat tengah bandar Melaka yang jadi tumpuan pelancong..Nak jalan-jalan kat area situ pun semua berdekatan je. Depan, sebelah hotel ada mall..Bertentang dengan hotel ada Dataran Pahlawan untuk lepaks..Nak cari makan pun kat dalam mall ada, jalan depan sikit ada kedai makan...Senang cerita memang strategik sangat duk kat Hatten Hotel ni...Kalau korang yang jenis suka explore, boleh walking distance je kat area berdekatan Hatten Hotel Melaka ni...
Kat Hatten Hotel ni, mr hubby booked 2 bilik..Satu bilik untuk mama & adik ipar..Satu lagi bilik untuk kitaorang..Cuma bilik berlainan tingkat tak dapat yang connecting room..Untuk bilik mama 2 katil single. Bilik kitaorang 1 katil king size. Puas hati golek-golek weiii..Besorrrr..
Mr hubby booked untuk 3 hari 2 malam..Memang puas hati betul Hatten Hotel Melaka ni..Very da class gitu...Feeling Datinsss sat..haha..
Di lobi hotel untuk check in..
Masuk-masuk je kat bilik ni, mak aihhh feeling orang ado-ado sat..Sis suka susun atur dalam bilik..Serba moden & lengkap semua...Tv ada 2..Satu kat ruangan mini yang mr hubby duduk ni..Satu lagi Tv kat depan katil...
Ada air tin dalam mini fridge..
King size bed..Memang puas hati..Besor..Mr hubby berkenan betul. Dia nak beli king size bed ni untuk rumah baru kitaorang nanti..Eh mana muat..Bilik kecil je...Sabor je lah sis...
Kelengkapan yang disediakan dalam almari..Ada iron board, iron jugak..So tak payah bawa iron...
Complimentary hotel...Teh, Nescafe, Gula, Creamer, Sugar, Brown Sugar..Air Mineral...
Bilik air..Untuk bilik kitaorang ni ada 2 pintu untuk keluar masuk ke bilik air...Peghak jap..haha...
Complimentary dari hotel dalam bilik air...Tapi bau shower gel, syampoo dia tak wangi...Nasib sis bawak shower gel sendiri...
Wajib lah wefie kan..hehe..
Overall puas hati menginap kat Hatten Hotel Melaka ni..Dalam bilik semua perabot baru, bersih, kemas & moden..Lokasi hotel pun strategik sebab dekat dengan mall, tempat makan & tempat yang jadi tumpuan pelancong untuk melawat bila ke Melaka ni..Kalau rajin memang boleh je walking distance..
Rate hotel agak pricey sikit tapi worth it sesekali nak bercuti & belanja diri sendiri untuk healing..hehe
Pssstt - Thank you mr hubby belanja hotel mahaiiii..hehe...Next vacay ke mana kita ney?hehe...
0 Comments