DoorGift Kahwin Yang Berfungsi Untuk Guna Hari-Hari
Baru ni k.fiezz bagi hadiah pada seorang kawan pejabat yang jemput kenduri kahwin anak dia..Boleh baca kat SINI..Memandangkan k.fiezz & mr hubby tak dapat hadir ke majlis kahwin anak member pejabat ni, k.fiezz bagi hadiah saja sebagai pengganti untuk ucap terima kasih sebab sudi jemput. Esoknya kawan pejabat k.fiezz bagi pula doorgift kahwin anak dia..
Bila tengok isi dalam dia..Wahhh ada 3 item..Menarikkk barang-barang yang ada..
DAPAT GIFT APA TU?
Dapat tisu, senduk nasi & botol air comel..Botol air tu sis suka..Sesuai nak bawa jalan-jalan, letak dalam beg..Kecil comel je saiz dia..Untuk k.fiezz minum seorang cukup tapi kalau mr hubby tak cukup..hehe..Tapi tak kisah lah kan, boleh je bawa untuk spare tetiber dahaga ke apa..Ada juga air walaupun botol kecil comel je...
Lepas tu senduk nasi..Function betul gift dia ni..Boleh guna hari-hari...
Satu lagi tisu..Okey juga tu..Tambah stok tisu kat rumah..hehe...
So korang yang bakal mendirikan rumahtangga, mencari idea untuk doorgift kahwin boleh lah tiru idea ni..Bagi benda yang ada fungsi untuk tetamu...Tapi apapun ikut lah budget masing-masing..
Pssttt - Sis suka hadiah yang function macam ni..Idak lah bersimpan je dalam almari tu...
0 Comments