Pagi ni kali pertama sangkut dalam lif pejabat kat bangunan yang sis kerja sekarang..Dulu kat Kementerian, dah pernah kena dua kali..Ni kali ketiga kes tersangkut dalam lif pejabat cuma ni kali pertama kat bangunan yang sis bertugas sekarang..

Ceritanya pagi tadi masa k.fiezz tunggu lif, lif yang sama terbuka tapi sebabkan tak ada orang lain. Sis seorang je, sis tekan dari dalam tingkat 9 (main tekan je). Nak bagi lif tu lepas..Nampak lif tu bergerak sampai tingkat 9. Sis memang tak mau naik lif yang ni sebab bermasalah..Lif ni sejenis kalau nak tutup tu, berapa kali buka tutup pintu dia baru dia gerak. Lif yang ni juga dari sis bertugas kat sini dah lama bermasalah. Baru seminggu dua, lif ni dibuka untuk beroperasi cuma itu lah tetap bermasalah juga. Kalau naik lif ni, pintu dia tu entah berapa kali buka tutup baru lah bergerak...

So pagi tadi lif ni terbuka tapi masa tu k.fiezz seorang je yang ada..Memang idak lah sis nak naik. Itu yang tekan dari bahagian dalam bagi dia lepas. K.fiezz tunggu lif lain..

Tengah duk tunggu lif lain, nampak seorang member pejabat k.fiezz baru sampai on the way nak ke lif juga. Lepas tu ada seorang lagi staff yang kerja kat bangunan sama ni..K.fiezz pun sembang-sembang dengan member pejabat ni sesambil tunggu lif, eh sekali tengok lif yang k.fiezz bagi lepas sebelum tu juga yang buka..K.fiezz dah membebel kat member 'eiii tak nak naik lif ni'...Tapi kaki ikut masuk juga sebab member k.fiezz & seorang lagi tu dah masuk kat dalam lif..Dah lambat..Memasing nak kejar thumb in...

Dah masuk dalam lif, kitaorang tekan butang tingkat masing-masing..Sekali tak berfungsi pula..Masa tu pintu lif pun dah tutup..Kitaorang tekan-tekan butang lif tapi tak berfungsi.  Lif pun tak bergerak..Statik kat tingkat G..Tekan butang pintu buka pun tak boleh..Ahhh sudah...

SANGKUT DALAM LIF

Lepas beberapa minit, lif masih tak bergerak. Butang pun tak menyala lampu bila tekan..Sah lif sangkut..Try tekan butang loceng..Sama jugaaaaa..Tak berfungsii..Apoooo..

K.fiezz memang dah gelabah tapi nasib baik ada member dengan seorang lagi dalam lif..Kurang lah gelabah tu..Nasib baik ada line telefon..K.fiezz cuba telefon nombor yang tampal kat dinding lif untuk bantuan kecemasan sangkut dalam lif tapi terus ke peti pesanan suara..Kat bawah tu ada tulis beroperasi 7pg-11mlm. K.fiezz call tadi pukul 7.30 lebih kurang..Try satu lagi nombor pejabat, baru lah berangkat cuma bukan orang kita yang jawab..K.fiezz beritahu je lah kitaorang yang tersangkut dalam lif..Dalam masa yang sama kawan k.fiezz beritahu dalam group whatsapp pejabat, kitaorang sangkut dalam lif..Minta bantuan..Akak yang lagi seorang tu pun call kawan dia minta bantuan..Selang beberapa minit dengar diaorang kat luar tengah cuba buka pintu tapi bukan lah terus buka pun..Setengah jam juga lah kitaorang kat dalam lif sebelum diselamatkan keluar...

lif pejabat

Lif yang k.fiezz tersangkut pagi ni..Aihhhh gelabahhh weiii...

fieza sani

Walaupun tersangkut dalam lif & dah start overthinking macam-macam, tetap lah wefie wajib..haha...
Tudung merah tu member pejabat k.fiezz..Tudung kuning tu staff yang kerja kat bgn ni..Berkenalan lah dengan akak ni sesambil tersangkut tadi..K.Yusnita nama dia..

Kitaorang masuk lif ni tadi pukul 7.27-7.28pg macam tu..Berjaya keluar diselamatkan pukul 7.58-8.00pg lebih kurang..Dekat setengah jam tersangkut dalam lif..Cuakkk weiii..Kakak fiezz ni dah pikir macam-macam..Risau tak boleh bernafas lah apa..Mau tak gelabah..Member k.fiezz cakap muka sis ketara gelabahnya..haha...

Cuma k.fiezz boleh control gelabah tu dalam hati sebab ada orang lain dalam lif bukan sis sensorang..Kalau sensorang tadi memang gelabah teruk...

Jadi tadi walaupun udah tersangkut, tetap lah boleh wefie untuk tenangkan diri..haha...

Psstt -  Gelabah weiii sangkut dalam lif...Aduiyaiii...Buat masa ni lif yang sis tersangkut ni, di boikot sementara..haha..Tunggu lah lama sikit baru guna semula..Management bangunan pun satu hal, dah tahu lif ni bermasalah duk buka untuk beroperasi dah kenapa..Menyusahkan betul...

3 Comments

  1. alamakkkk teringat scene cerita horror tersangkut dlm lif pastu.... huhuhu~
    mujurlah semua diselamatkan wlupun ambil masa setengah jam jugak tu hehe

    ReplyDelete
  2. Seramnya K.Fiezz! Nasib baik semuanya dah berakhir kan

    ReplyDelete
  3. Ada tekan button kecemasan tak ..mujur dlaam lift ada line at least boleh juga maklum kepada sesiapa .. mujur laa tak sorang-sorang dalam lift tu .kalau tidak lagi gelabah kanc..menyempat lgi tu selfie.hehhe

    ReplyDelete