Sesi tukar duit raya..Semalam (26 Mac 2024) dah boleh tukar duit raya. So kalau korang yang nak tukar duit raya boleh lah ke bank..Tak pasti bank lain sama juga ke tak, yang k.fiezz tukar ni di Maybank. Nasib baik pejabat k.fiezz sekarang, Maybank kat tingkat bawah..Senang ..Sehari sebelum member pejabat dah pi ambil dulu borang untuk isi siap-siap berapa RM nak tukar..K.fiezz tanya mr hubby dulu tapi ambil juga lah borang yang kawan pejabat bagi. Tahun sebelum-sebelum ni kitaorang jarang tukar duit raya kat bank sebab susah nak ke bank. Jadi biasanya kitaorang akan kumpul duit yang dapat bila beli barang..hehe..

Memandangkan start tahun lepas bertugas kat sini, tingkat bawah ada Maybank. Senang kerja..hehe..

Waktu untuk tukar duit raya di Maybank tempat k.fiezz kerja ni dari 10.00pagi - 2.00ptg. K.fiezz ingat dalam pukul 10 baru nak turun tapi member ajak turun awal dalam pukul 9.30 macam tu..Sis ikut je lah..Masuk kat Maybank, pi kaunter cakap nak tukar duit raya. Mula staff suruh isi borang dulu. K.fiezz cakap borang dah isi. Dia suruh terus ke kaunter 6. Beratur je kat situ..

Sekali sampai kat kaunter 6, tu diaaa dah ramai..Nasib baik turun awal..Itu pun beratur juga. Lepas tu tengok kat belakang, bertambah panjang lagi barisan.

fiezasani

Masa ni dah nak sampai turn k.fiezz. Barisan makin panjang kat belakang sis tu...Selain tukar duit raya untuk diri sendiri, ada seorang pegawai kat tempat k.fiezz kirim untuk tukarkan duit dia sekali. Dia tak dapat nak ke bank sebab ada mesyuarat. K.fiezz okey je..Sesekali tolong orang..Apa salah yea tak? Tapi kalau ada orang lain nak kirim lepas ni, sis tak mau..Penat beratur..haha...

duit raya

Selepas sakit pinggang beratur, berjaya pun tukar..Dapat 1 pek sampul raya..Ala sikitnya..Nak minta lebih risau staff tak bagi pula..So #pasrah je lah... Eh tukar duit raya ni duit baru ke?Idak pun..Duit recyle. Tapi biorkan di situ, janji ada..Duit baru ke, lama ke, recyle ke janji duit..Laku untuk membeli..hehe...

K.fiezz & mr hubby tukar tak banyak. Boleh lah..Spare bila pi beraya ada budak-budak boleh lah bagi angpau. Idak lah kena tenung je dengan budak-budak tu nanti..haha...

Pssttt - Bila raya ni part dapat duit raya ni paling budak-budak suka. Seronok tengok muka budak-budak tu bila dapat sampul duit raya. Macam-macam gelagat. Ada yang excited, ada yang malu-malu...

0 Comments