Selamat Hari Raya Aidilfitri korang..Minggu kedua baru nak up story kat blog. Biasa lah bulan-bulan raya ni, malas menguasai diri. hehe..Tahun ni turn beraya kat belah mr hubby di Ipoh..Tema k.fiezz & mr hubby tahun ni, maroon. Bila tengok balik warna tema raya ni, dah berapa tahun kitaorang asyik kaler merah je..haha..Adeh tak perasan..Tahun depan cari warna lain..Asyik merah je..Macam tak ada warna lain..haha..

Macamana sambutan raya korang?K.fiezz & family mr hubby sederhana je. Raya pertama, kitaorang keluar beraya pi rumah sepupu/sedara-mara mama. Raya kedua duk kat rumah saja. Tunggu adik-beradik, anak sedara, cucu sedara belah mama pula datang ke rumah beraya..K.fiezz sebagai menantu yang mithali, kena turun dapur lah..haha..Eh bukan lah k.fiezz seorang je. Seorang lagi biras k.fiezz pun sama tolong mama mana yang patut. K.fiezz banyak jadi pembantu je. Biras yang masak. Sis sejenis tak confident sikit nak masak untuk ramai-ramai ni. Risau..Risau tak sedap...haha..Jadi kita membantu apa yang patut je..


raya, aidilfitri,

Family Mak Intan (belah mr hubby)...


raya, aidilfitri,

Sesi bersalaman di pagi raya...

raya, aidilfitri,

Sesi dapat duit raya. Tahun ni ada rezeki lebih sikit, mr hubby bagi duit raya kat adik-adik dia...

raya, aidilfitri,

Anak buah tunggal (buat masa ni kat belah mr hubby) wajib dapat duit raya dari Pak Long..Tambah dia dapat puasa penuh tahun ni.. Caya lah abang (gelaran kitaorang panggil anak buah ni)...

raya, aidilfitri,

Muka ada happy masing-masing dapat duit raya dari mr hubby...

raya, aidilfitri,

Adik bongsu mr hubby sesi bersalaman dengan mama & abang-abang dia..Lambattt bersiap, tu yang ketinggalan sikit sesi bersalaman ni...

raya, aidilfitri,

Outdoor photoshoot depan rumah mama..Elok pula masa ni cuaca panas. Cantik hasil gambar..Kebetulan salah seorang adik ipor k.fiezz, bekas photographer. Apa lagi dia lah ambil gambor kitaorang..hehe..Mula-mula biras & suami dia je yang ambil gambar kat luar ni. K.fiezz tunggu tepi. Sekali adik ipar pula cakap 'ehhh akak tak nak ambik gambor ke?'..halah halah..Malu tapi mau..haha...Apa lagi...Meh lah ber photoshoot dengan baju raya..Setahun sekali kan...hehe...

raya, aidilfitri,

K.fiezz & biras...

Ni kat rumah salah seorang saudara mama..Kalau korang kenal, lelaki ni artis (pelakon)..hehe..Tapi dia dah tak aktif sekarang ni...Dia ni menantu pada saudara mama..Rumah saudara mama ni antara yang wajib di terjah tiap kali raya..Rumah dia besor, ada aircond. Selesa beraya..haha..

raya, aidilfitri,

Kat ruang tamu rumah saudara mama ni. Baru ruang tamu tau. Besor weiii...

raya, aidilfitri,

Ni kat rumah saudara mama juga..Cantik..Apa lagi meh lah bergambor...

raya, aidilfitri,

Pi rumah yang atas ni, k.fiezz & biras dapat duit raya. hehe..Bukan kitaorang je, mak mertua pun dapat juga..Semua lah yang datang beraya rumah ni dapat duit raya tak kira kecil besor, tua muda...


Total rumah kitaorang beraya di hari raya pertama dalam 6-8 biji rumah lebih kurang..Keluar pagi, dekat Maghrib baru sampai kat rumah..Tapi masa ni cuma k.fiezz, adik ipar, anak buah, biras, mama & mak saudara je yang pi beraya naik 1 kereta..Mr hubby & 2 orang lagi adik dia tak ikut..Mr hubby tak sihat..Adik dia yang 2 orang tu, seorang nak Zzz & seorang lagi tak berapa nak rajin pi beraya lama-lama..hehe..

Jadi k.fiezz & biras kira wakil suami masing-masing lah pi beraya rumah sedara mara mama masa raya pertama ni..

Masa pi beraya ni ada pula kes salah seorang mak saudara (kakak mama) hilang..haha..Jenuh cari..Udah misi mencari mak saudara ni sekejap masa tu..haha...Rupanya dia tumpang solat kat salah sebuah rumah yang kitaorang pi beraya ni. Kitaorang tak perasan. Adik ipar k.fiezz berapa kali ulang pi ke rumah yang kitaorang syak mak saudara ni ada, tuan rumah cakap tak ada pun mak saudara kitaorang tu. Bila kali ke berapa ulang baru nampak dia ada kat meja. Haha. Sebelum tu dia cakap ada je dia dalam bilik kat rumah tu solat..Pas tu dia rehat sat lepas solat sebab dalam bilik tu ada aircond sejukkan badan...Haha..Macam-macam...

Sempena raya ni k.fiezz menyusun jari 10 andai ada tertaip perkataan/ayat yang mengguris perasaan/emosi korang..Mana lah tahu kan sebab bila jari laju menaip sambil otak ligat menyusun ayat, tak perasaan ayat yang ditaip tu mengguris hati atau buatkan orang terasa..Sis insan biasa yang tak lepas dari kesilapan. Mohon ampun maaf zahir & batin. Kosong-kosong, hokay..hehe..

So korang dah berderet ke susun jadual nak attend open house..K.fiezz & mr hubby, minggu ni dah dapat satu jemputan open house..hehe..


0 Comments