Lama tak main dengan OPK test..Bulan puasa ni, saja lah gatal tangan nak ber OPK..Apa benda pula ni k.fiezz oiii?Untuk pembaca blog k.fiezz mungkin tahu sis & mr hubby masih lagi mencuba untuk hamil sampai sekarang. OPK test ni antara salah satu cara yang k.fiezz guna untuk kesan waktu subur. Eh kenapa nak kesan waktu subur?Supaya senang nak ber baby dance dengan mr hubby..hehe..

Nama penuh OPK test ni Ovulation Predictor Kit (OPK)..Fungsi dia untuk mengesan waktu subur kaum wanita terutama yang sedang berusaha untuk hamil. Korang boleh rujuk label TTC kat bahagian kategori tepi blog k.fiezz ni..Banyak info berkaitan TTC k.fiezz kongsi kat situ termasuk lah opk test ni..

SAJA GATAL BER OPK TEST DI BULAN PUASA NI..

Untuk buat opk test ni, kena puasa air beberapa jam dulu tau..Lepas tu baru buat opk test. Itu yang k.fiezz gatal ber OPK di bulan puasa ni sebab kita memang puasa dari lepas Subuh sampai Maghrib..Jadi tak payah nak puasa air ke apa sebab memang wajib puasa pun..hehe..

Macam biasa k.fiezz beli opk test ni kat shopee dari kedai yang biasa beli sebab kat kedai ni ada jual opk test saiz L/XL..Biasa opk test yang normal saiz kecil je, bila buat test jenuh lah tengok strip tu..haha..Udah tua ni mata tak berapa nak tajam sangat..Kena tengok betul-betul kat strip tiap kali lepas buat test..Tambah kalau line yang keluar tu samar-samar macam nampak tak nampak..Lagi lah jenuh nak agak..haha..So lepas k.fiezz tahu seller tu ada jual juga opk test saiz besar..Senang sikit..Bila buat test je, tunggu result kejap je dah nampak line yang keluar. Walaupun samar-samar tetap nampak clear..

OPK test, cara guna opk, Ovulation Predictor Kit,

Ni opk test saiz L/XL yang k.fiezz punya..Helokkk besor..Walaupun keputusan yang keluar untuk line ke-2 samar-samar tapi terang...Senang tengok...

Bila nak buat opk test ni. Bagi yang period tak teratur, boleh start sebaik saja habis period..

Baru ni k.fiezz ada tengok video berkaitan OPK test dari Dr Rai (Founder Susu Efferty). Dr Rai ajar cara untuk tahu waktu subur. Tengok video Dr Rai tu, k.fiezz rasa tertarik sebab cara dia ajar tu senang faham.

Macamana cara dia...

KIRA WAKTU SUBUR & ANGGARAN TARIKH PERIOD AKAN DATANG


Kena anggarkan bila tarikh untuk period bulan berikutnya..Caranya jumlahkan total kitaran period untuk 3 bulan sebelum (contoh - bulan Jan kitaran haid 24 hari, bulan Feb kitaran haid 25 hari & bulan Mac kitaran haid 23 hari..Tambah kan 24 + 25 + 23 = 72 bahagikan pula dengan 30 = 24..Jadi pusingan hari utk period akan datang dalam masa 24 hari...

Jadi dah dapat jawapan 24 tu, kira pula kat kalendar tarikh akan datang untuk period...Dah dapat tarikh bila period akan keluar..Kira 14 hari secara ke belakang dari tarikh tersebut untuk cari waktu subur pula sebab biasanya period akan keluar 14 hari selepas waktu subur..Dah dapat tarikh waktu subur..Anggaran telur untuk matang biasanya 3 hari..Jadi dari tarikh subur tu, bersama 2 hari sebelum, semasa & selepas waktu subur pula..Untuk pastikan sperma ready kat dalam rahim untuk disenyawakan bila telur di lepaskan..

Tak berapa nak faham lah k.fiezz explaination atas ni?

Senang cerita lepas dah dapat jawapan anggaran kitaran hari period yang akan datang dalam masa 24 hari..Contoh ambil lah kalendar bulan 4..So kata lah period bulan 3, 6 - 10hb..Habis je period iaitu dari 11hb tu kira sampai 24 hari (iaitu 3hb April)..Jadi jangkaan period bulan April adalah 3hb...

Untuk tahu pula waktu subur, dari 3hb April tu kira ke belakang pula untuk 14 hari, dapat 21hb Mac..Jadi 21hb tu lah waktu subur..2 hari sebelum 21hb tu dah boleh start bersama sampai lah lepas waktu subur. Hari selepas waktu subur, dipanggil day past ovulation (dpo) so kalau kata bersama dari dpo 1-5 tu masih ada peluang lagi untuk hamil sebab telur akan ambil masa beberapa hari untuk menempel. Biasanya mulai dpo 6 ke atas...Jadi boleh lah berusaha keras dari tempoh waktu subur sampai dpo 1-5...Untuk info juga sperma boleh bertahan dalam masa 3-5 hari...

Gitu lah lebih kurang yang k.fiezz faham explaination Dr Rai..

2 LINE TERANG OPK TEST


Bawah ni k.fiezz dapat keputusan 2 line terang..Yeayyy. Bukan senang nak jumpa line terang benderang macam ni...Harapnya ada rezeki. Kalau belum rezeki lagi, tak apa..Kurangnya berusaha yea tak?hehe...Tak nak stress..Kurangnya bila buat opk test ni boleh tahu sis ada ovulasi ke tidak...

OPK test, cara guna opk, Ovulation Predictor Kit,

Untuk pengguna tegar opk test, nak dapat 2 line terang macam ni yang ditunggu-tunggu..Bila dah dapat 2 line terang ni, boleh lah start ber baby dance dengan en suami yea...

BERAPA LAMA NAK BUAT OPK TEST NI?

Bergantung pada badan masing-masing..Tapi kalau lepas dah dapat 2 line terang macamni, boleh dah stop & tunggu sampai 14 hari untuk menentukan samaada berjaya lekat ke tidak...

Untuk start buat opk test ni pula boleh mula dari habis je period sampai lah dapat keputusan 2 terang macamni...Macam k.fiezz biasanya akan terus buat 2-3x lagi opk test sampai line ke-2 jadi samar-samar semula..Dan tunggu next period. Harapnya berjaya...Berangan tu kan percuma...hehe...

FAKTOR LAIN SELAIN OPK TEST POSITIVE UNTUK KESAN WAKTU SUBUR

Untuk korang yang ber OPK test ni tak dapat atau jumpa 2 line terang macamni, jangan risau..Tak bermaksud korang tak ovulasi pada bulan tu. Perhatikan beberapa tanda lain waktu subur seperti keluar lendir jernih (macam putih telur) dari miss V, breast sensitif/tegang, sakit perut (cramp) kat bahagian bawah kiri/kanan perut, suhu badan meningkat & rasa lebih ghairah..Tapi kalau buat OPK test dapat keputusan 2 line terang dan juga ada tanda-tanda di atas ni lagi mengukuhkan yang waktu subur dah memunculkan diri...Boleh lah ber baby dance dengan en suami masing-masing...hehe..Semoga berjaya...Seeloknya 2 hari sebelum dapat kesan waktu subur dah boleh start ehem ehem dengan en suami...

Pssttt - Bila jumpa 2 line terang macamni, excited tauuu...Baru OPK..Kalau UPT dapat 2 line terang camni mau sis pengsan..haha...

1 Comments

  1. Jenuh juga kalau nak buat pengiraan waktu subur . Ada opk ni mudah sikit nak check . CCL pun TTC belum ada rezeki dikurniakan zuriat . Semoga Allah permudahkan segala usaha .

    ReplyDelete