Sambung sikit entry cuti-cuti cinta k.fiezz & mr hubby ke Desaru bulan lepas. Entry ni kitaorang terjah ke Desaru Fruit Farm pula..hehe..Macam k.fiezz beritahu sebelum ni, di Desaru ni tak banyak sangat tempat tarikan untuk melancong. Bila k.fiezz google, ada terjumpa satu yang ada kat sini iaitu Desaru Fruit Farm.. 

DESARU FRUIT FARM

Nak ke sini dari hotel kitaorang menginap lebih kurang 15-30 minit..Lupa pula sis..Benda dah lama baru nak story. Gini lah. Pelupa..Tak susah pun nak ke sini..Google maps saja..Itu pun kitaorang terlajak ke depan sebab was-was betul ke tempatnya. Sebelum tu memang dah nampak signboard bawah ni tapi macam musykil sebab tengok ada kedai je..Rupanya masuk ke dalam sikit dari signboard ni baru sampai kat tempatnya..

So kalau korang ke sini, dah nampak signboard bawah ni, masuk  je sampai ke dalam sikit..Nanti dah nampak tempatnya..

desaru fruit farm

Hah dah masuk dalam sikit lepas signboard, baru nampak yang kat bawah ni pula. Nampak ni, betul dah tu..

desaru fruit farm

Parking jangan risau, banyak je kat belah depan kedai ni..Pilih lah nak yang mana...Lepas je parking masuk kat kedai berbumbung tu untuk tengok pakej yang ada untuk masuk ke Desaru Fruit Farm ni..Dalam kedai ni selain untuk jual tiket masuk ke Desaru Fruit Farm, ada jualan juga dalam ni..Tapi k.fiezz tak tour dalam kedai jadi tak pasti apa yang ada di jual...

Berbalik pada trip ke sini, ada pakej-pakej dia..Pilih lah yang korang nak..Nak tour dalam kebun naik ATV pun ada juga..K.fiezz & mr hubby pilih naik lori..hehe..Beza naik lori & ATV, untuk yang naik lori macam kitaorang, driver akan stop kat satu tempat & lepas tu kena jalan kaki dalam kebun sambil pekerja dia terangkan segala jenis pokok buah-buahan & herba yang ada kat sini..ATV cuma round je dalam kebun, tak boleh berhenti...

desaru fruit farm

Lepas bayar dapat sticker ni untuk lekat kat baju...

desaru fruit farm

Bawah pakej yang kitaorang ambil ni dapat juga 2 pek buah-buahan campur...

desaru fruit farm

Lepak jap sambil tunggu lori untuk bawa tour dalam kebun gerak pukul 12t/hari..Kat sini untuk yang pilih masuk ke kebun naik lori, ada time untuk tour. Masa kitaorang sampai ni dalam pukul 11, next trip masuk ke kebun 12 t/hari...Jadi tunggu lah kejap kat tempat makan sebelah je dengan kedai..

desaru fruit farm

Okey dah naik lori..hehe..Muka mr hubby yang macam tak ada mood tu sebab terkejut..haha..Biasa kitaorang bercuti ramai-ramai dengan family. So bila yang ni cuti berdua je dengan mr hubby, itu muka macam tak berapa nak ceria..Tapi abaikan lah di situ..hehe...

desaru fruit farm

Dah gerak masuk ke kebun...Sepanjang kiri kanan jalan cuci mata tengok pokok buah-buahan...

desaru fruit farm

Kat sini lori stop untuk turunkan semua pelancong..Dari sini, ada staff yang akan iring sambil terangkan segala jenis pokok buah-buahan dan herba yang ada kat sini...Masa kitaorang ke sini bukan musim buah so tengok pokok-pokok je..

desaru fruit farm

Ni pokok koko..Hat pakai topi tu, staff  yang terangkan segala jenis pokok buah & herba kat sini...

desaru fruit farm

Unik pokok pisang ni..Biasa pisang berbuah menghala ke bawah. Ni menghala ke atas..Itu yang k.fiezz snap gambar..

desaru fruit farm

Antara herba yang ada kat sini...Daun misai kucing kalau tak silap k.fiezz yang ni...

desaru fruit farm

Dapat rasa fresh daun stevia...Manisss weiii..
Kat sini ada jual air buah original..1 botol RM5..K.fiezz beli air buah durian belanda...Gambar kat bawah sekali tu...

desaru fruit farm

Kolam ikan...Pit stop kat sini jap...

desaru fruit farm

Next melawat mini petting zoo pula..Sesuai lah yang bawa anak-anak..Arnab, unta, angsa, kambing ada kat sini..Eh apa lagi yeak..Lupa sis..Tak banyak tapi ada lah haiwan-haiwan...Boleh sesi bersentuhan juga untuk yang berani..K.fiezz biasa lah tukang ambil gambor je..Bila tengok kambing datang ke arah k.fiezz, sis lari dulu..haha...

desaru fruit farm

Unta...

desaru fruit farm

Sebelum keluar dari kebun. Laju-laju ambil gambar guna si gimbal ni...Udah ke sini berdua je, jadi kena ada bantuan gimbal untuk ambil gambor...

desaru fruit farm

Mr hubby & pokok buah mata kucing rasanya ni..Aihhh faktor usia betul sis ni..

desaru fruit farm

Penutup kitaorang di bawa ke sini untuk di beri penerangan berkaitan madu. Dapat rasa juga madu yang ada dijual kat sini untuk siapa yang berminat nak beli...Sis & mr hubby tak beli cuma rasa beberapa jenis madu yang ada jual kat sini...

desaru fruit farm

Tadaaa buah air durian belanda yang k.fiezz beritahu kat atas tadi..RM5 sebotol..Maniss betul...

Overall trip ke Desaru Fruit Farm ni santai & rileks. Boleh sesi suai kenal jenis pokok buah dan segala jenis herba yang ada kat sini..Menarik...

Psttt - Sesekali me time berdua je dengan mr hubby..hehe...Tapi tu lah mr hubby macam tak berapa suka..Dia suka ramai-ramai gitu...Itu lah nak beranak ramai, nak sangkut seorang pun kemain payah..Acane..haha..Jadi #syukurselaluapayangada...


1 Comments

  1. wah seronoknya pergi sini , ingatkan ada buah-buahan jer . haiwan pun ada . teruja la tengok unta tu . sebab CCL tak pernah tengok unta depan-depan mata .

    ReplyDelete