Ni cerita tahun lepas tau..Haha..Baru nak story kat blog..K.fiezz mengirim majoriti skincare Thailand masa adik ipor cuti-cuti kali ke-2 kat Hatyai..Dia pi repeat bercuti kat Hatyai kali ke-2 ni dengan mama, biras, anak buah & kawan baik mama bulan 10 tahun lepas. K.fiezz & yang lain-lain tak follow sebab baru lagi pi bercuti ke sana bulan 8 & cuti k.fiezz dah tinggal sikit masa diaorang pi bulan 10 ni pulak..haha..Adik ipor offer nak kirim apa-apa tak tapi kirim dengan duit. Bukan air liur..haha..So haruslah kakak fiezz order beberapa barang..Bukan beberapa, agak panjang juga list..haha...Banyaknya produk skincare Thailand..

Kalau baca kat entry sebelum ni k.fiezz share pasal Hatyai, boleh baca yg kitaorang ada shopping kat satu kedai popular area sana iaitu The Boots..Kat sini jual produk-produk kosmetik, mekap, penjagaan muka.badan. Macam Watson/Guardian kat sini lah lebih kurang...Harga kat sana murah sangat ke?Bergantung pada ketebalan akaun bank masing-masing lah yea..haha...Kalau akaun korang tebal, rasa murah je lah harga barang kat sini. Kalau akaun tak berapa nak tebal, harga kat sini sedang-sedang lah gitu..hehe..

KIRIM BELI APA TU?

Antara yang k.fiezz kirim skincare Thailand macam serum (beberapa botol) terutama jenama  Vitamin C, untuk badan (skrub), rambut (hair mask), perfume, eye serum, lipstick..Lepas tu baru lah ada selit sikit minuman segera 3 dalam 1 (teh  tarik) & biskut..Alaaa biskut pun nak beli kat sana. Kat Malaysia tak ada biskut ke, k.fiezz oiii? haha..Biskut ni ada beli masa pi sebelum tu..Sedap weiii..Kat Malaysia tak ada jual. Tapi lepas dah kirim kat adik ipor ni, k.fiezz tengok kat shopee. Ada rupanya jual..haha..Yang air teh tarik tu tertengok kat Tik Tok, katanya sedap & dijual kat sana.. Masa pi sebelum tu tak ada lah jumpa. So bila adik ipor nak repeat vacay ke sini lagi, baru ternampak ada naik kat fyp TT k.fiezz. Apa lagi selit lah juga sebab sis peminat teh tarik...

skincare thailand

Ni hasil barang-barang yang k.fiezz kirim. 1 kotak penuh. Majoriti skincare Thailand. Membebel adik ipor k.fiezz. Dia kata balance duit tinggal sikit je yang k.fiezz bagi..haha..So k.fiezz top up tambah lagi RM50 upah penat dia bawa barang-barang k.fiezz ni...Adik ipar k.fiezz ni naik bas ke Hatyai..So paham lah kepenatan dia dengan bawa beg lagi, barang dia lagi. Barang sis lagi..haha...Lepas dah top up RM50 tu dia cakap lain kali boleh lah nak kirim lagi..haha..

mangga Thailand 7e

Oppss tertinggal..Mangga Thailand 7e ni pun termasuk dalam barang yang k.fiezz kirim..Tak beli banyak pun yang ni sebab takut dah nak expired.. Bila check tarikh dia betul pun, dah nak expired..Kalau ke sana, korang boleh cari ni kat 7-11..Mangga Thailand 7e ni sekali dengan cicah dia..Sedap...K.fiezz suka..Buah dia pun tak ada lemau..Elok krup krap..Cuma atas faktor usia gigi tak berapa nak suka benda keras, k.fiezz lagi suka kalau buah ni lembut sikit..haha..Senang nak kunyah...

BANYAK SANGAT BARANG TU?PAKAI KE?

K.fiezz punya style kalau beli, memang akan pakai sebab tak nak membazir..Ada beberapa barang dalam gambar atas tu k.fiezz dah guna..

Kalau perasan dalam gambar atas ni depan perfume tu ada bungkusan warna merah gambar perempuan, yang itu krim muka mak k.fiezz punya. Krim ni memang dah lama mak k.fiezz guna..Dari k.fiezz kecil lagi so memang dah lama ada krim tu..Mak k.fiezz masih maintain pakai..Krim tu memang asal dari Thailand..So k.fiezz beli juga sekali untuk mak..Stok untuk mak..hehe... 

Minuman segera teh tarik tu dah tinggal 1-2 sachet je..Sedap sangat ke?Just nice. Rasa dia pun untuk k.fiezz tak terlalu manis..Secukup rasalah susu, teh dia...Mak k.fiezz ada cuba..Bancuh dalam mug biasa. Mak cakap manis sangat..K.fiezz guna dalam tumbler saiz 310ml..Macam sedang elok je rasa dia...Masing-masing punya citarasa lah kan...

Salah satu scrub badan tu k.fiezz dah rasmi pakai juga..Sedap bau dia..Wangiii...

Hair mask pun dah rasmi juga..Serius suka weiii bau dia..Wangiii...Hair mask ni boleh jadi conditioner juga. Mula k.fiezz tak perasan kat packaging dia ada tulis pasal ni..Bila baca, eh boleh jadi conditioner lah. Okey, jimat duit tak payah beli conditioner buat masa ni. Pakai ni je dulu...

Serum glowing k.fiezz dah rasmikan..Baru juga pakai dalam beberapa minggu. Serum ni fungsi dia untuk glowing..K.fiezz dah pakai ni, rasa lah kan muka macam helokkk bersih gitu nampak glowing itu..eh..haha..Perasan..Tak pasti lah ni ikut mata sendiri lah yea..hehe..

Nanti lah kalau rajin, k.fiezz cuba review satu per satu barang-barang dari Hatyai ni yea...

Psstttt -  Dah berusia camni baru suka mekap-mekap, cantik-cantik ni..Dulu heran pun idak..haha...

3 Comments

  1. meriah tu kiriman.. yes, buah mangga 7e tu pun..MA nya fav kudapan masa kat sana dulu..memang sedappp

    ReplyDelete
  2. Wah banyak memborong tu . Tak salah untuk diri sendiri asalkan beli dan pakai . Hehehe

    ReplyDelete
  3. Banyak betul borong.
    Hehe memang patut kena bagi upah.

    ReplyDelete