Cuti tahun baru cina baru-baru ni, k.fiezz & mr hubby honeymoon ke Desaru, Johor. First time ke sini weiii...Sebelum ke sini, mr hubby suruh k.fiezz cari apa tempat-tempat menarik yang ada area Desaru ni. Kalau tengok dari hasil carian di Mr Google, k.fiezz boleh ringkaskan kat Desaru ni tak banyak tempat tarikan. Tapi untuk cuti santai-santai yang bukan aiming nak berjalan atau nak explore, okey je bercuti ke Desaru ni...Ada orang suka berjalan, ada tu nak tukar angin lepak kat hotel je..Untuk release tension..So kalau nak ke  Desaru ni memang sesuai.

MENGINAP KAT MANA AREA DESARU NI?

Mula-mula mr hubby nak booked Hard Rock Hotel Desaru. Bila try booked untuk 2 malam dapat harga lebih kurang RM1,700 - 1,800..Gulp gulp telan air liur..haha..Macam k.fiezz beritahu awal tadi, k.fiezz cari tempat tarikan yang ada kat Desaru. Terjumpa salah satunya Lotus Beach Resort Desaru yang ada perkhidmatan SPA. Kononnya nak ke SPA lah sebab sis suka berSPA ni. Bincang dengan mr hubby, kitaorang decide untuk menginap kat Lotus Beach Resort ni. Try booked untuk 4 hari 3 malam dapat harga RM700-800 lebih..Wahhh lagi murah uolls..So kita menginap kat sini je lah...Dalam Lotus Beach Resort Desaru ni juga ada waterpark. Kalau korang yang bawa anak-anak, ni antara tempat menarik untuk menginap. Untuk masuk ke waterpark ni, sekali dalam pakej penginapan. Masa check in dapat sekali gelang yang boleh akses ke gym, pool & waterpark...

Pergi ke idak ke SPA dalam Lotus Beach Resort Desaru ni?haha..Tak jadi uolls..Mahaiiii...

LOTUS BEACH RESORT DESARU

Kitaorang gerak dari KL lebih kurang pukul 2 petang..Sampai Desaru 10mlm, weiii..haha..Amikkk..Kisahnya tak tahu jammed teruk kat highway lepas je dari Melaka..Bukan jammed sikit-sikit..Dari jangkaan sampai pukul 7mlm, terus delay ke pukul 9 lebih dekat pukul 10mlm..Mr hubby jangan cakap lah dia punya membebel..haha..#pasrah je lah sis tadah telinga...Kitaorang gerak ni hari Selasa lepas habis cuti tahun baru cina. Duk ingat idak lah jammed. Sekali layannn lah jammed dalam kereta berjam-jam..haha...Setiap R&R penuh...Tak boleh nak masuk...

Sumber gambar - Mr Google

Sampai je terus ke lobi untuk check in. Sebelum tu masa dalam perjalanan, memang kitaorang dah call hotel beritahu kitaorang akan lambat check in sebab sangkut dalam jammed kat highway..

Kat sini ada beberapa jenis bilik. Memandangkan k.fiezz berdua saja dengan mr hubby jadi kitaorang ambil bilik jenis 1 Bedroom Duplex Suite.

Jenis bilik ni katil kat tingkat atas. Ada 1 katil saiz king & lengkap dengan almari, kipas, aircond & bilik air. Tingkat bawah pun ada bilik air tapi untuk buang air kecil & besar saja. Mandi tak boleh sebab tak ada shower. Mula k.fiezz tak perasan. Bila masuk bilik air kat tingkat bawah tu duk tengok keliling sambil nak membuang, 'eh mana shower dia'..Tak ada rupanya..So setakat untuk buang air kecil atau besar je. Nak mandi kena naik kat bilik air tingkat atas. Kira kalau lepak tengok tv kat bawah, tetiba nak terkucil atau terberry, guna je bilik air kat bawah...

lotus beach resort desaru

Kalau aircond sejuk sangat, boleh pasang kipas je..

lotus beach resort desaru

Bilik air tingkat atas..Siap ada bath tub kalau nak berendam..

lotus beach resort desaru

Almari

lotus beach resort desaru

Tangga

lotus beach resort desaru

Ada mini dapur juga disediakan. So nak masak air, senang. Ambil air kat sinki ni je..Cermin kat sinki tu jangan risau tak nampak keluar pun sebab belah luar tu dinding...

lotus beach resort desaru

Masuk-masuk, ni view bilik...

lotus beach resort desaru

Complimentary & kemudahan yang disediakan oleh pihak Lotus Beach Resort Desaru ;
Untuk bilik air - handwash, shower gel, shampoo, berus gigi, shower cap, cotton bud. Tuala pun ada ;
Dalam bilik  - seterika & iron board ;
Di dapur / tingkat bawah - microwave, jug elektrik, air mineral, kopi/teh/creamer/gula & cawan, peti ais..

lotus beach resort desaru

Dari balkoni bilik..K.fiezz & mr hubby dapat bilik di tingkat bawah sekali...Kitaorang dapat blok F..

Kisahnya mula-mula kitaorang dapat blok A. Masa sampai ke sini, kan dah malam. Parking full weiii..Mr hubby dah bising-bising sebab berpusing cari parking tak dapat..Kalau ada pun, jauh dari blok A..Kena menapak..Memang idak lah mr hubby  nak berjalan. Udah lah member penat memandu dekat 10 jam..Penatttt...So pi balik ke lobi, minta tukar blok yang dekat sikit dengan parking. Dapat lah kitaorang blok F..Sebelah blok F ni, blok G yang dekat sikit dengan tapak parking & mungkin banyak lagi kosong...Nasib baik bila kitaorang pusing balik, tengok parking kat sebelah blok G ada lagi kosong..

Benornya depan blok F ni pun banyak je parking tapi bila sampai malam, udah penuh weiiii...Kat rumah kitaorang pun parking susah. Sekali pi bercuti ke sini, parking pun bermasalah juga..Adeh..Salah pilih tempat bercuti..hehe..Nasib nasib...

lotus beach resort desaru

Ni parking area dekat je dengan blok G...Jalan ni pun menuju ke lobi & belakang tu pantai..K.fiezz & mr hubby cakap next time nak repeat ke sini, kena cakap awal-awal nak booked bilik kat blok G sebab dekat sikit dengan parking... Untuk k.fiezz banyak je parking kat sini cuma bila bercuti time cuti perayaan & cuti sekolah ni, parking sentiasa penuh...Lagi satu jarak parking dengan blok yang jauh dari parking #kenasabarlebih..haha...Ikut nasib lah..Dapat blok yang dekat dengan parking, nasib baik..Kalau idak menapak lah tiap kali keluar masuk ke sini...

Sangkar tu sangkar burung tau..Boleh dengar lah bunyi-bunyian dari burung bila lalu kat area sini...Ala mini petting zoo lah gitu tapi ni untuk burung & seangkatan je...


lotus beach resort desaru

Sarapan pagi termasuk dalam penginapan..Ni restoran untuk sarapan pagi..Mengadap laut..Sambil makan, tengok view laut..Layannn...Pilihan makanan pelbagai jenis menu sarapan pagi Malaysia dan tempat duduk banyak...Jangan risau..Idak lah makan berdiri...hehe...


Nak ke restoran ni, korang boleh nampak juga kolam, gim, tempat mainan, kedai..Meriahhh..Hotel ni besar yea. Mungkin sebab itu ramai pilih ke sini untuk bercuti...

Desaru

Dekat tak dengan tempat makan kat Lotus Beach Resort Desaru ni?Tak jauh lepas keluar dari sini, boleh nampak deretan kedai-kedai termasuk kedai makan. Orang jual tepi jalan pun ada..So pasal makan no worry..

Tak jauh dari sini pun ada Muzium Nelayan tapi masa kitaorang ke sini, muzium dalam proses renovation mulai September 2023. Tak pasti sampai bila..Dekat dengan Muzium Nelayan ni ada pantai Tg Balau kalau tak silap nama dia..Boleh lah nak lepak-lepak tepi pantai..Nak mandi tak digalakkan. Ombak kuat & besar kat situ..Setakat nak lepak tengok laut, boleh..Nak naik kereta kuda pun ada. Haritu kitaorang tengok juga naik kereta kuda pusing sampai mana. Kalau sampai tepi pantai nak lah juga naik tapi tengok bawa pusing kat jalanraya je sambil tengok laut.. Tak jadi lah..Atas jalanraya, kitaorang pusing dalam kereta je lah..hehe..

ALAMI PERISTIWA SERAM SIKIT MASA KAT SINI

Okey, kisahnya yang part seram ni..Masa hari pertama, kedua okey je. Tak ada lah alami apa-apa yang seram tapi masa hari ketiga, waktu siang tau. K.fiezz & mr hubby kat tingkat atas. Lepak kat katil. Dalam duk baring sambil main handphone, mr hubby terlelap. K.fiezz pula kelip kelip mata tak boleh tidur. Bukan sejenis tidur siang..K.fiezz edit video nak post kat tik tok. Masa ni lah k.fiezz duk dengar macam-macam bunyi kat tingkat bawah. Kerusi/perabot kena seret lah. Lepas tu bising-bising macam ada orang kat tingkat bawah padahal kitaorang berdua je. K.fiezz ni sampai jenguk tengok kat tingkat bawah kot lah pekerja yang bersihkan bilik masuk ke apa. Tapi macam tak logik sebab diaorang datang waktu pagi & sebelum tu diaorang memang dah masuk kemas bilik kitaorang pun. Lagipun kalau pekerja yang bersihkan bilik nak masuk mesti diaorang ketuk pintu/tekan door bell..Tak ada diaorang terus menonong je masuk...

K.fiezz ni nak fikir positif, bunyi-bunyi tu dari bilik sebelah kot ataupun dari tv sebab k.fiezz memang pasang je tv walaupun tak tengok. Saja nak bagi bising sikit. Cuma bunyian yang k.fiezz dengar tu memang real bukan macam bunyi dari tv..Aihhh entahlah..Lepas dah check out esoknya baru k.fiezz cerita kat mr hubby. Dia memang tak dengar apa-apa lah sebab sedap Zzzzz..

K.fiezz fikir macam ni je, biasalah bilik-bilik kat hotel ni bukannya hari-hari ada tetamu datang menginap. So bila lama tak ada orang, ada lah 'benda' lain yang menghuni, yea tak.. Faham-faham je lah..Anggap lah 'usikan itu' sekadar selingan bila menginap kat hotel..

Apapun cuti-cuti ke Desaru ni untuk k.fiezz santai-santai je gitu..

Pssttt - Sesekali sis & mr hubby bercuti berdua..Honeymoon gitu..hehe...

4 Comments

  1. naseb baik waktu siang...kalau malam lagi seram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..nasib baik siang..tu yg beranikan diri jugak tgk kat tkt bawah masa duk dgr bising2..kalau malam, mmg buat tak tau je lah...

      Delete
  2. Happy honeymoon . Bab parki2nd boleh jadi spoil mood kalau penuh dan lagi satu kawasan tempat parking tak banyak terpaksa larking tepi jalan then kena berjalan masuk kawasan hotel . Stress juga tu ..

    Eh pengalaman seram sis, CCL pernah alami juga masa tu kat Cameron .pengalaman yg sama bunyi perabot, budak-budak berlari non stop

    ReplyDelete