Perfomance blog untuk bulan Oktober 2023. Lamanya sis tak update pasal perfomance blog ni dari bulan Mei. Adeh. Serius lupa pasal topik ni. Padahal tiap-tiap bulan ada je dapat email report dari Google Search Console tapi tak ingat nak masukkan kat sini. 

So jom k.fiezz nak share perfomance blog sis yang tak seberapa ni untuk bulan Oktober 2023. Sekarang ni tak silap algorithm Google dah berubah. Adsense pun makin sedih tengok angka dia. Huhu. Tapi tak apa lah. Minat punya pasal, sis update je blog. Biarkan di situ adsense..


PERFOMANCE BLOG BULAN OKTOBER 2023


perfomance blog, google search console

Perfomance keseluruhan bagi bulan Oktober 2023

perfomance blog, google search console
Entry yang makin menaik..Ada yang sis review filem cerita Tamil (hehe. sis antara peminat cerita tamil benornya), lepas tu eh story shopping kat Boots Hatyai pun ada selit juga & cerita shopping dalam live kat shopee. Hat no.3 ni sis tak aktif dah sebab sis beralih ke platform Tik Tok pula..hehe...

perfomance blog, google search console
Keyword yang orang cari kat Google jumpa blog sis. Hat no.2 tu rasanya macam diri sendiri yang cari..haha. So tak kira lah..

perfomance blog, google search console

Entry yang banyak click.. Ada entry tunjuk arah jalan naik pengangkutan awam, kos kewangan tukar tandas & tugas hakiki jawatan sis sekarang...Hat ni paling banyak orang tanya sebab kadang ada yang pm kat facebook juga tanya lebih detail...

CARIAN KEYWORD DI GOOGLE 

Bawah ni antara keyword yang jadi carian orang di google & jumpa blog sis. Kadang perkongsian ni kita rasa 'alaaa biasa je.' Suka-suka macam contoh yang entry shopping kat Boots Hatyai tu sis saja kongsi kat blog. Memandangkan sis & family suka bercuti jadi setiap kali lepas bercuti, sis akan update kat blog. Eh sekali jadi antara carian di google. Mungkin sebab topik bercuti di Hatyai viral di Tik Tok, jadi orang nak tahu lebih detail. Diaorang cari pula info di Google. Terutama shopping kat Boots tu, aihhh ramai lah orang duk share kat Tik Tok. Mana tak orang lain curios nak tahu tempat apa Boots ni?Kadang tengok video je tak best. Nak juga baca apa-apa yang berkaitan Jadi google & jumpa lah blog sis antaranya. hehe. Tima kasih yang sudi menyinggah dan jadi antara penyumbang page view..hehe..
perfomance blog, google search console

Tapi serious kalau korang ke Hatyai, pi lah singgah Boots Hatyai ni. Dia macam Guardian/Watson kat Malaysia ni. Ada berjenis produk kecantikan/kesihatan tapi dengan harga lebih murah. Itu yang ramai orang kita, masuk je Hatyai tempat pertama yang terjah harus lah Boots ni...Sis, adik ipar & biras-biras antaranya tak terkecuali. Lepas je check in,terus keluar balik menuju ke Boots ni..hehe..

perfomance blog, google search console

Tips yang k.fiezz cuba & berhasil. Jadi kongsi lah juga kat blog. Sekali jadi carian juga. Siapa sangka kan, tips macam ni pun orang cari di google. So siapa kata blog tak relevan. Eh masih relevan yea..

Cuma sekarang ni k.fiezz makin jarang update blog. Kadang tu paksa juga untuk update sebab kalau duk peram je, sampai ke sudah tak update cerita yang nak dikongsikan. Lepas tu gambar delete. Ishhhh..Na mo yea sis..Sila rajinkan diri juga untuk update blog...

Psssttt  - Nak kongsi segala cerita kat dalam blog tapi malas nak taip. Acane tu..haha... #silarajin

6 Comments

  1. Tq share info info menarik sis
    Yes kena rajin .
    Tgk jgk keadaan klu busy kdg xsempat update jgk . tunggu free2 bru update

    ReplyDelete
  2. tahniah... masih relevan kat blog ni

    ReplyDelete
  3. Kakak masih rajin cek report google ini yaa. Saya tak pernah hahahahha. Selalu dpt reportnya, tapi tak pernah buka. Dah laah, yg penting saya menulis blog Krn memang suka, dan bisa interaksi dengan banyak teman2 yg mampir ke blog saya. 😅.

    Memang harus niat dulu dikuatkan kak, biar rutin dan rajin nak update 😄

    ReplyDelete
  4. Dah lama juga tak tengok performance blog ni. Adsense pun sendu, tuan blog pun sendu jugak .

    ReplyDelete
  5. Cerita apa-apa.
    Samalah malas tulis tapi rajin baca blog orang.

    ReplyDelete
  6. byk content fieza yg boleh membantu org lain.. terbaik.. teruskan

    ReplyDelete