Purse Pierre Cardin, purse baru sis..Wahh kemain kakak tau purse ado-ado ni. haha. Purse je ado-ado tapi duitnya ikut kadang menebal, kadang menipis..haha. Paham-paham sudah lah yeak. K.fiezz cari purse baru ni sebab hat sebelum ni masa dapat hadiah anniversary beberapa tahun lepas zipnya dah rosak..Salah sendiri juga lah kan duk sumbat letak handphone dalam tu walaupun dah tahu tak muat. Sebab bila time lunch nak pegang handphone lagi, pastu nak ambil makanan untuk tapau lagi..Ehhh lecehnya. Hah tu yang k.fiezz sumbatkan je handphone dalam purse..Sekali ambil kau..Terus rosak zip tak boleh nak tutup..Kejap boleh zip kejap tak boleh..Adeh..

CARI PURSE BARU KAT SOGO

Jumaat lepas time lunch, sis pun apa lagi menyongket lah ke SOGO. Masuk je kat ruangan untuk beg/purse perempuan, rambang mata..Cari satu per satu yang menenuhi piawaian. Boleh letak duit & handphone sekali.  Malas nak letak asing-asing. Purse satu, wrislet satu. Eh leceh. Cari punya cari segala jenama yang ada. Berkenan hat purse Pierre Cardin ni tapi usya dulu yang lain. Ada yang memenuhi piawaian tapi mahai pula, main ratus. Ada satu pattern purse Pierre Cardin, k.fiezz berkenan betul corak dia & memenuhi piawaian tapi harga dia RM200++ weiii..Tak jadi..Letak balik. haha..

Hat k.fiezz beli ni jenama pierre cardin juga tapi harga murah sikit RM99..Boleh lah ni dalam kategori mampu milik. 

purse pierre cardin

Tetiber pening nak pilih yang mana. K.fiezz ni jenis berjalan sorang. Lone ranger orang cakap. hehe..Ater bila nak tanya pendapat orang lain hat mana yang okey, cantik.. Udah dengan siapa pula nak tanya..Apa lagi, roger mr hubby..hehe..

Purse pilihan pertama k.fiezz berkenan harga RM200 lebih tu ada dalam gambar ni..Yang belah atas sekali (warna hitam ada tulis pierre cardin & tulisan warna pink)...

purse pierre cardin

Pilihan kedua yang k.fiezz pilih dengan harga lebih berpatutan..3 warna untuk design ni..Mula-mula nak warna peach/pink tu sebab hitam dah biasa..Biru tu pula nampak tak berapa cantik..haha..Dah tu pilih warna yang mana?haha...

purse pierre cardin

jeng jeng jeng...harga RM99..tak pasti lah ni harga promo atau harga asal...

purse pierre cardin

So ni pilihan k.fiezz sebab mr hubby cakap warna peach/pink tu tak cantik..hitam nampak eksklusif tapi dah biasa warna hitam jadi ambil warna biru lah..Purse ni banyak slot untuk kad..Sis loike it...

purse pierre cardin

Paling penting, ruang untuk letak duit & handphone ni..K.fiezz try dah test letak handphone kat dalam ni & yesss muat...So lulus...

Harini rasmi guna purse pierre cardin yang baru ni, kembung purse sis lepas dah bubuh macam-macam kad dalam ni..haha..Banyak benor kad pun..

Tapi yang best senang keluar pi beli lunch pegang purse ni je..Tak ada serabut nak kena pegang asing-asing handphone  & purse

Ater sekarang k.fiezz dah terbeli wristlet sebelum beli purse Pierre Cardin ni, persoalannya apa nak buat dengan wristlet tu. Adeh..Sebelum beli tak fikir..Sis ni kan..Aihhhh...

K.fiezz plan nak buat hadiah lah wristlet tu untuk top pengomen blog bulan ni..Rasa dah berapa bulan stop bagi hadiah kat top pengomen..Boleh lah buat semula untuk bulan ni..So meh tinggalkan komen kat blog sis yang tak seberapa ni..Selain wristlet, nak selit juga barang lain sebab macam biasa sis beli tapi tak pakai...Aiyaaaa..Sejenis banyak duit ke apa, k.fiezz oiiiii!!!haha..

Psstttt  - Sis jenis beli tapi tak fikir dulu..Main beli je..hehe...

4 Comments

  1. Eh muat ya letak hp pada purse ini?
    Ya Allah saya baru aktif untuk baca pos-pos yang terlepas baca dalam blog ini.

    ReplyDelete
  2. wah cantik..berkenan plk kita..:)

    ReplyDelete
  3. Saya beli beg mcm purse jgk dlm shopee muatlah letak handphone ada sy review dlm blog

    ReplyDelete
  4. mama suka brand ni dan mama suka jenis purse macam ni. yg ada zip utk letak duit tu

    ReplyDelete