Baru Tahu Kewujudan Portable Heater Office
Dalam entry sebelum, k.fiezz ada story pasal beli barang dari China tapi kurier kat sini buat hal. Jenuh berapa kali dalam sistem out for delivery tapi tak ber hantar pun. Sampai k.fiezz buat report, baru lah kurier hantar juga barang yang sis order tu. Apa benda barang yang k.fiezz beli tu? K.fiezz beli portable heater office sebab air cond kat pejabat sejuk gilaaa...Uihhh tak lalu lah weiii dia punya sejuk tu dah macam apa entah.
Tak terfikir pun nak beli portable heater office ni sebab tak tahu pun ada benda alah ni. haha.. Adehhh ketinggalannya..haha.. Dulu masa kat pejabat lama pun sejuk juga tapi sis serius tak tahu pun wujud benda alah ni. Pernah lah dengar ada seorang pegawai kat tempat lama dulu beritahu dia ada heater kat bilik & sis pernah tertengok jenis besor. Sis ni bilik kecil je, celah mana pula lah nak selit heater tu. Rupanya ada yang jenis kecil letak je atas meja. Adeh...Macamana boleh tak tahu wujud benda alah portable heater office ni..
TAHU KEWUJUDAN PORTABLE HEATER OFFICE
Macam k.fiezz beritahu kat atas ni, sis tahu pasal heater jenis portable ni dari SA. K.fiezz ada up status kat fb pasal aircond kat pejabat. SA ada komen kat status tu. Dia cakap kat pejabat dia pun sejuk gila & dia pun jenis tak tahan. Jadi dia memang guna portable heater office ni untuk panaskan badan bila air cond sejuk sangat.
K.fiezz tanya kat SA beli kat mana ni? SA ada bagi link. Sis pun apa lagi meng usya lah. Dari situ lah baru tahu wujud portable heater office ni.
Apa lagi sis pun mencari lah jenis portable heater office yang mana berpatutan kat shopee & kena dengan poket. Baca review apa semua, k.fiezz pilih yang dari China sebab harga murah cuma mungkin penghantaran tu ambil masa. Tapi tak apa lah, boleh je. Seller kat China post out barang cepat tapi sampai kat Malaysia, kurier sini buat hal. Berhari-hari bawa keluar tapi tak hantar pun. Setakat update dalam sistem je.
Boleh baca kat sini pasal proses delivery yang bermasalah ni sampai sis beli portable heater office hat lain pula dari seller Malaysia je sebab menyampah tunggu hat yang order dari China tu. Bukan marahkan seller tapi kurier yang lembappp buat kerja untuk penghantaran. Korang boleh la baca detail kat link atas ni..
ADA 2 PORTABLE HEATER OFFICE
HARGA PORTABLE HEATER OFFICE
Warna putih (dari China) RM19.90 (power 400w)
6 Comments
comel dan function juga yer Fiez walaupun ada kisah di sebaliknya.. ermm kadang beli online ni bab delivery laa paling tak ngam kan hehe :)
ReplyDeletekanapalah dulu dulu takde benda alah ni.
ReplyDeleteIngat lagi macam mana berlengasnya masa pregnant anak ke tiga dulu bila ekon pejabat rosak
Dekat taska pun sejuk sgt aircond terpaksa sy lari sekejap g dapur ke hehe
ReplyDeletetapi kan ramai x tau tu portable heater..nampak macam tabung bila sekali pandang...
ReplyDeleteHahahahah kalo saya rasanya tak mempan pakai ini kak 🤣. Saya sering dipanggil teman2 polar bear, saking sukanya dingiiiin. Makanya kalo vacation saya selalu pilih winter kan. 😂. Krn memang sukaaa sangat dingin. Makin minus temperature, makin happy saya dibuat hahahahah.
ReplyDeleteSayapun baru tahu ada portable heater.
ReplyDeleteComel sahaja bendanya.