Baru-baru ni k.fiezz beli sepasang baju kat Tik Tok. Biasa lah kat Tik Tok sekarang bukan main meriah orang jual baju lawo-lawo.  Murah pula tu.. Failed betul sis tahan nafsu. Tersangkut lah sepasang baju ni. K.fiezz pilih warna baju purple, saiz S. K.fiezz bila beli baju online ni memang tengok ukuran dulu. Bahu k.fiezz ukuran saiz 14. Jadi kalau tengok ukuran bahu 14, dada dalam 36 macam tu, memang okey. 

Lepas buat order, esoknya tu sis dapat satu whatsapp. Rupanya seller yang k.fiezz beli baju ni. Warna pilihan k.fiezz, purple dah habis stok. Diaorang tersilap update stock. Jadi k.fiezz tukar ambil warna cobalt blue (biru lah senang cerita).

DAH DAPAT BAJU

Selang beberapa hari baju sampai. Buka packaging baju dengan excited ni. Eh sekali tengok saiz M pada label baju Aihhh. K.fiezz pilih saiz S. Tak apa lah sis cuba juga. Baju tu okey lah. Cuma ukuran bahu untuk saiz M ni 15 tapi sebab ada span kat baju tak ada lah nampak baju tu terjatuh sikit kat bahagian bahu & saiz dia jadi longgar sikit pada k.fiezz. Cuba seluar pula. Errr..Labuh sangat & besor. Hat labuh tu k.fiezz okey lagi. Boleh hantar alteration tapi besor tu macam 'errrrrr..tak berkenan'...Lagi satu tak pasti tukang jahit nak ke tak kecilkan pula seluar. Ada setengah tak mahu buat kerja lebih ni. K.fiezz duk fikir juga, eh dah bayar sekian sekian harga lepas tu kena keluar duit lagi untuk buat alteration. #kedekutkan..hehe..

COMPLAINT PADA SELLER

So k.fiezz pun complaint pada seller melalui Whatsapp. Alhamdulillah seller bagi response. Mungkin kesilapan packaging. Jadi seller beritahu syarat untuk proses pertukaran, k.fiezz kena return dulu baju yang salah saiz ni pada pihak diaorang dulu guna J&T. Kos postage ditanggung oleh pihak seller sendiri. Legaa dengar..Setiap pembelian dengan diaorang ni, untuk kesilapan packaging macam k.fiezz ni yang dapat salah saiz proses pertukaran dalam masa 3 hari saja. Lebih dari tu tak di layan. Nasib baik k.fiezz whatsapp kat diaorang esoknya iaitu hari ke-2. Mula nak buat senyap je tapi isshh tak puas hati lah sebab dapat salah saiz. Nak maklum juga dengan seller..K.fiezz pun tak expect diaorang suruh pulangkan. 

Nasib baik seller yang k.fiezz beli baju ni bertanggungjawab. K.fiezz dah cuak dengar suruh return semula baju ni. Siapa pula nak tanggung kos pengeposan. Rupanya seller yang tanggung. Nanti masa isi borang order J&T, pilih bayaran dibuat oleh penghantar @ penerima. Tanda penerima

Kenapa pilih JnT?

Seller yang suruh return barang guna JnT Express ni. Sis follow  je yang mana memudahkan. Rasanya mungkin seller ada akaun dengan JnT. 

set baju perempuan

K.fiezz dapat saiz M..Dah try okey je cuma besor sikit terutama seluar...

Return Barang Guna J&T Express


return barang guna jnt express

Dah seller suruh return barang guna JnT ni lepas whatsapp k.fiezz ajak mr hubby ke J&T untuk proses return semula baju kepada seller. Lepas tu bagi tracking number pada seller. So snap bagi airwaybill ni kat seller. Bukti..hehe..

K.fiezz ingat seller tunggu baju yang return sampai kat diaorang dulu baru seller akan pos baju saiz yang betul. Rupanya tak, petang hari yang sama juga seller dah siap packing & bagi nombor tracking..

set baju perempuan

Semalam (Isnin) baju saiz yang k.fiezz order dah sampai. Yeay...Terus try. Ngam. Baru lah serasi gitu dengan badan sis. hehe..

Nanti dah rasmi pakai, k.fiezz ootd kat office..hehe..Siapa yang follow sis kat IG tahu lah sis ni sejenis suka ootd kat pejabat. hehe..Dulu suka masuk bilik ex-boss untuk ootd. Kat office baru ni, ootd depan bilik sendiri je lah. Bilik besor sikit dari dulu..hehe

Psstt - Suka scroll Tik Tok sebab banyak jual baju cantik-cantik & murah..

4 Comments

  1. Sy pun suka beli baju di tiktok suka beli baju kurung corak lawa lawa rambang mata nak pilih

    ReplyDelete
  2. paling tak best kalau dapat saiz yg salah... sy pernah beli baju then salah saiz padahal seller yg salah.... hmmm dia minta maaf saja tak kata boleh refund ke apa... dah tak nak beli kat seller tu...

    ReplyDelete