Entry ni sambungan dari > DAPAT KURIER TAK BEST. Kisahnya k.fiezz beli 2 barang dari Tik Tok shop & dapat kurier tak berapa nak perform sebabnya berhari-hari dalam sistem barang bawa keluar tapi tak hantar-hantar. Sampai dah give up k.fiezz tunggu, penyudahnya sis terpaksa minta refund dari Tik Tok lepas dah melebihi tempoh dari tarikh untuk penerimaan barang yang sepatutnya. 

K.fiezz minta refund dari Tik Tok 24hb , esoknya dapat call dari Tik Tok yang permohonan refund k.fiezz diluluskan lepas pihak tik tok berpuas hati dengan bukti yang k.fiezz beri sekali dalam permohonan. 

REFUND DARI TIK TOK DILULUSKAN


Sebenarnya k.fiezz memang nak barang yang di beli tu, bukan saja-saja order tapi bila tengok tak ada komitmen dari pihak kurier yang tak bersungguh untuk hantar, nak tak nak sis minta refund je lah. Susah sangat.  

Ada 2 barang yang k.fiezz dapat guna kurier ni tapi k.fiezz apply untuk satu ni je dulu. Satu lagi, k.fiezz tunggu juga dan bagi masa lebih sikit. 





Lepas dapat call dari Tik Tok, tengok dalam notification refund diluluskan. Duit tak terus masuk, ambil masa 3-14 hari baru masuk semula dalam bank ikut cara pembayaran masa beli barang ni. Tak apa lah janji dapat semula refund


Mesej dari pihak Tik Tok & dapat baucer RM6 juga..

BARANG SELAMAT SAMPAI


Lepas dah dapat kelulusan untuk refund dari TikTok ni, k.fiezz buat tak tahu je lah barang yang tak sampai-sampai lagi tu. Malas nak berharap dah. Lagipun k.fiezz dah order yang lain. Duk expect barang yang tak sampai-sampai ni dah hilang atau rosak tapi dalam sistem pihak kurier tetap duk update out for delivery sebab entah lah mungkin diaorang lagi tahu sebabnya..

Tapi hari Ahad, 26hb tetiba dapat whatsapp dari kurier itu barang k.fiezz dah sampai depan rumah. Whattt!!!Seriusly terkejut sis. Laaa hantar juga lah ingat kan nak duk main-main update entah berapa lama barang bawa keluar tapi tak hantar-hantar. 



refund dari tiktok

Dua-dua barang k.fiezz yang guna kurier itu, selamat sampai kat tangan dalam keadaan elok. Tak ada rosak ke apa. Masa kurier hantar ni, k.fiezz tanya kenapa sampai 6 hari berturut bawa keluar tapi hantar-hantar pun. Dia cakap 'not enough manpower'..Ermmm..Malas nak komen. Tapi kurier tu ada mention lah minta maaf..

refund dari tiktok

Selepas 6 hari berturut bawa keluar, 26hb baru lah barang di hantar. Ermmm..

refund dari tiktok

Refund k.fiezz pula dah lulus & dalam proses pembayaran. K.fiezz ada call tik tok beritahu barang ni dah dapat. Macamana nak cancel untuk refund. Pihak tik tok cakap tak boleh nak cancel sebab dah dalam proses untuk pembayaran. Diaorang beritahu boleh buang barang tu..Errr memang tak lah sis nak buang sebab macam sis beritahu awal tadi, sis beli sebab memang nak guna barang ni..Tapi bila pihak kurier buat main, hantar tak hantar barang itu yang menimbulkan kemarahan. 

BAYAR PADA SELLER


Ater macamana nak buat ni. Takkan tak bayar pula kan. Barang makan ni weiii..Udah lah k.fiezz amalkan ni untuk salah satu usaha ttc. Tak berkat pula usaha k.fiezz ni ...Mr hubby suruh k.fiezz contact seller cakap nak bayar direct sebab yang order dari Tik Tok ni dah cancel & dapat refund dari TikTok. Selain dari tak berkat makan benda tak berbayor, lagi satu tak nak lah pihak seller atau TikTok ingat sis ni nak benda free pula..

Mula k.fiezz mesej seller kat TikTok, tak ada jawapan. K.fiezz google cari nama kedai ni. Dapat no telefon. K.fiezz call & beritahu nak buat pembayaran secara direct sebab ada masalah penghantaran dari pihak kurier sampai dapat refund dari TikTok. Mula kedai ni minta screenshot dulu order yang dari TikTok untuk diaorang semak. Lepas dah buat pengesahan baru pihak diaorang bagi nombor akaun untuk buat pembayaran. 

Lepas buat bayaran, pihak kedai minta hantar slip bayaran kat whatsapp

Aihhh kurier ni kan buat kita yang jadi banyak kerja..Yalah tak expect nak minta refund dari TikTok suka-suka tapi udah kurier tak nak buat kerja..Sampai berhari-hari tak hantar barang, apa cerita..Idak kita sebagai customer ni minta refund je lah..Betul tak..

Kalau korang kat tempat k.fiezz, apa tindakan korang. Sama ke macam sis atau korang tunggu je dengan sabar..K.fiezz ni sampai minta refund sebab expectation sis, kurier memang tak hantar barang ni sampai ke sudah..Senang cerita, barang hilang lah..Itu yang malas nak berharap dah lepas lebih 3 hari barang masih tak hantar...

Psstt - Sis memang penyabar tapi bila kes macam ni, memang sis jadi pemarah lerrr...

1 Comments

  1. menyusahkan betul eh, pulang lepas barang sampai lepas tu kena transfer semula. adoi

    ReplyDelete