Jumaat lepas k.fiezz ke Mr DIY nak cari beg mekap tapi banyak benor tersangkut benda lain. Bila bayor terkejut tengok total harga RM70 lebih..Ambikk.. hehe. Salah satunya yang tersangkut, k.fiezz beli tempat letak barang (boleh rujuk gambar ke-2). Itu pun kebetulan k.fiezz ter lalu kat rak bekas untuk letak barang ni. Baru teringat eh nak cari untuk bekas untuk letak cop lah kat atas meja pejabat tu. Cop nya tak banyak tapi ada 4 juga lah. Cop ni pula dekat dengan telefon. Jadi tiap kali bila jawab telefon, cable telefon tu terkena kat cop-cop ni. Dah satu kerja k.fiezz kena betulkan balik kedudukan cop tiap kali lepas jawab telefon.

Jenuh juga yea mencari bekas untuk letak cop ni sebab k.fiezz nak cari yang tak terlalu kecil atau besar. Sambil duk cari bekas ni, sambil imagine letak cop-cop atas meja tu muat ke idak dalam bekas yang k.fiezz jumpa kat situ.

Cari punya cari jumpa pun yang rasanya saiz dia tak terlalu kecil ataupun besar. Harga pun affordable so onzzz..


Mr DIY

Sebelum..Cop-cop tersusun je macam ni. Nampak tak, dekat dengan kedudukan telefon. Tiap kali jawab telefon mesti cop-cop ni terkena juga cable telefon tu sikit..Kena lah adjust bagi susun elok balik...

Mr DIY

Selepas. Hah, ngam-ngam. Pandai sis cari..hehe...So lepas ni terkena sikit cable telefon tu pun tak apa..Betulkan bekas ni je bagi betul balik kedudukan dia, tak payah betulkan semua cop..Dalam bekas letak cop ni ada lagi ruang sikit, k.fiezz letak stapler & liquid paper sekali...Tempat letak pen tu dah penuh sampai terkeluar-keluar...hehe..Dah ada ruang sikit dalam bekas cop ni, selit lah sekali..

Psssstttt -  Workstation sis memang sentiasa kemas sebab sis tak suka semak atas meja...Rasa serabut nak buat kerja...hehe...

2 Comments

  1. sy pun ada bekas mcm ni letak stationaries yg kerap pakai atas meja.. hehe.. sama mr diy jugak

    ReplyDelete
  2. comey bekasnya.. suka bekas yg macam ni boleh buat meja kita lebih organized

    ReplyDelete