Sesi Unbox Hadiah-Hadiah Yang Dapat
Dalam entry sebelum ni, k.fiezz ada beritahu nak reveal hadiah-hadiah yang sis dapat dari bos, pegawai-pegawai & kawan pejabat sebelum keluar dari KKR. Alhamdulillah, tak sangka pula ada yang nak bagi hadiah. Yang belanja makan pun ada. Allah. Moga dilebatkan rezeki semua. Aamiin.
Jom k.fiezz reveal hadiah-hadiah yang k.fiezz dapat..
HADIAH-HADIAH YANG DITERIMA
Dari bos..Tima kasih Cik Mas. Memahami sangat PA sejenis suka pakai bagpack, so bos bagi backpack baru. Dia cakap tengok bagpack sedia ada macam dah lama je, dia bagi yang baru ni. Boleh pakai kat pejabat baru katanya.. Memang pun, k.fiezz guna bagpack ni sekarang. Kebetulan bagpack yang sebelum ni elok lagi cuma kulit dia dah terkeluar-keluar..hehe...Ada kad sekali dia bagi, nanti k.fiezz share isi kandungan dia. Lupa nak ambil gambor..
Update - Sedikit coretan pada kad dari ex-bos k.fiezz di KKR...Touching baca kad ni..Masa jamuan, team tkt.13 suruh baca tapi sis tak boleh baca sebab nanti baca sambil tahan sebak..
Dari En Amirul. Buku nota & essential oil. Berguna sangat buku ni kat pejabat baru sebab kat sini tak ada buku nota..
Dari Pn Hasifah. Telekung siap sulam nama. Suka hadiah ni. Boleh guna untuk bawa travel sebab sekali dengan pouch bag...Comel...Material kain telekung pun selesa, ringan & tak panas...
Kain pasang corak batik dari Bahagian. Bertambah koleksi baju batik. Nasib baik dah jumpa tukang jahit kat flat, tak ada lah susah nak tempah...Tengah try hantar sepasang dulu. Kalau okey, baru hantar yang ni pula..
Pn Haizan belanja lunch kat Chili's..Ni masa last day kat KKR..Tak ramai orang kat pejabat sebab ada yang cuti, ada yang dah keluar so tinggal kitaorang bertiga kat pejabat..Pn. Haizan, sis & En Amirul. En Amirul yg bagi hadiah buku nota & essential oil (gambar ke-2)..
Tak sangka pula Pn Haizan nak belanja..Dia tengok k.fiezz tak keluar-keluar lunch lagi, dia cakap jom lah pi makan-makan kat Sunway Putra Mall, dekat je dengan area pejabat.. Tak tahu pun masa ni Pn Haizan nak belanja cuma dia bayar dulu. Sampai pejabat k.fiezz tanya nak bayar berapa. Dia cakap tak payah lah. Alhamdulillah rezeki..Moga makin lebat rezeki Puan..Aamiin...
Dari Kelab PA KKR..Hat ni dapat pouch bag KKR, bekas bulat KKR (thumb drive), beg bagpack VINCCI, shopping bag, set losyen & perfume..Alhamdulillah rezeki..Hat bagpack tu fungsi 2 dalam 1. Boleh jadi sling bag & bag pack. K.fiezz tak rasmi lagi. Nanti dah guna, k.fiezz kongsi gambar kat IG atau blog ni...
Pelbagai jenis hadiah dari kawan rapat k.fiezz di pejabat. Meriah bila unpack paper bag dari member k.fiezz ni. Satu per satu keluarkan barang. Ada lah rasa macam keluarkan barang dari poket Doraemon..haha...Tima kaseh u...Semua suka tapi sekarang yang paling function, botol air tupperware tu..Kat pejabat k.fiezz sekarang, tak mewah macam Kementerian. Tak ada air cuckoo/coway, jadi sis bawa air putih dari rumah setiap hari..Hadiah lain tu k.fiezz tak rasmi lagi guna...
Barang lain yang ada > tumbler, beg lunch, sarung bantal, mask, pewangi Bliese..Kawan k.fiezz agen Bliese. Sebelum ni k.fiezz nak order bliese, senang je..Lepas ni, tengah fikir macamana nak order...
Dari Cik Marian..Suka giler baju-baju ni..Hat warna hijau tu glams, uoll..K.fiezz tak rasmi lagi pakai. Nanti kalau ada event sesuai baru pakai..Kalau idak, jadi baju raya tahun depan..hehe..Hat kaler gold tu, k.fiezz dah pakai masa jamuan Bahagian minggu lepas. Cantik sangat weii..Suka...
Hadiah baju ni memang tak sangka, pegawai k.fiezz ni nak bagi. Dia panggil k.fiezz masuk bilik dia. Lepastu bagi handphone & suruh pilih baju-baju dalam website. Sis ni main pilih je..Jeling-jeling juga harga tapi sis kan ada masalah rabun dekat, tak berapa nak nampak harga dia. haha..Tengok sekali lalu gitu sambil pilih..L.epas dah order, pegawai k.fiezz ni ada cc email invois. Tengok harga..Mak aih...Terkejut kejap..Thank you so much, Cik Marian..Moga makin lebat rezeki Cik Marian...
Jadi ni lah hadiah-hadiah yang k.fiezz dapat..Terima kasih semua yang bagi hadiah & belanja makan. Seriusly tak sangka ada yang nak bagi hadiah, belanja makan..Moga makin lebat rezeki semua...Aamiin..
#terharu...
13 Comments
alhamdulillah.meriah. mcm2 hadiah dpt...
ReplyDeletetue la, alhamdulillah rezeki..tak sangka ramai yg bagi hadiah...
DeleteBest betul kan bila dapat barang tu yang memang kita guna... Sy suka Kalau dapat hadiah bag 2 in 1 tuh 😍 Dapat telekung pun saya suka jugak..Ehh..semua lah sukaaa..hahaa
ReplyDeletekan..best sgt..semua akak suka..hehe...
DeleteAlhamdulillah.. meriah semuanya hadiah kenangan dari kengkawan... hadiah yang paling berharga ialah kenangan yang tak boleh dilupakan kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, semua hadiah kenangan dari kawan-kawan tempat kerja lama..betul hadiah yg paling berharga, kenangan & memori manis sepanjang bekerja dengan diaorang...
DeleteAlhamdulillah murah rezeki akak. Beg Kate Spade saya pernah guna dulu, selesa guna
ReplyDeleteAlhamdulillah..Rezeki..Tak sangka benornya, ada yg nak bagi hadiah..Terharu sangat...Yea betul, beg Kate Spade tu best guna..Selesa..Material dia pun lembut, sedap pegang...
DeleteAlhamdulilah.. murah rezeki akk..
ReplyDeleteTanda orang sayang jugak tu..
Moga diluaskan lagi rezeki akk di tempat baru :D
Alhamdulillah..tq Cuya..Aamiin
Deletealhamdulillah...banyak sungguh dapat hadiah...lepas nie boleh la share artikel ini untuk kawan-kawan yang bagi diah tersebut hehehehe
ReplyDeletealhamdulillah..alamak nak share artikel..sogan sbb ada yg tak tau saya ni blogger..haha..tapi boleh lah dipertimbangkan...
Deletecantik cantik hadiah
ReplyDelete