Macam yang korang sedia maklum, k.fiezz dah bertukar ke Jabatan Penerangan sekarang ni. So sebelum k.fiezz secara rasmi keluar dari Kementerian Kerja Raya, ada 3 majlis perpisahan yang dibuat untuk sis. 2 majlis oleh kelab PA KKR & Cawangan yang k.fiezz bertugas. 1 lagi bahagian yang buat. Untuk bahagian ni sekali meraikan 4 orang pegawai yang bertukar keluar, pencen & sambung belajar. K.fiezz masuk dalam kategori bertukar keluar. 

Wah kemain kan. Macam glamour je sis ni. Hehe. Tak minta pun diraikan dalam majlis macam ni, bagi hadiah/cenderahati pun dah cukup. hehe. Tapi dah orang nak raikan, ribuan terima kasih je yang mampu sis ucapkan. 

Ikutkan sis tak berapa selesa bila buat majlis macam ni sebab kena bagi ucapan. Sis tak reti lah nak bagi ucapan bagai. Adeh. Tapi bila kita diraikan dalam majlis perpisahan yang dibuat untuk kita, kena juga lah kan bagi ucapan. So sis bagi ucapan yang simple je. Tak pandai lah nak bagi ucapan depan public walaupun depan kawan-kawan pejabat yang jumpa hari-hari. Dulu masa belajar, part public speaking yang failed

Joms check it out sikit majlis-majlis farewell yang dibuat sebelum sis melangkah keluar dari KKR.


Majlis Farewell by Kelab PA KKR

Ni majlis pertama yang dianjurkan oleh Kelab PA KKR untuk k.fiezz. Terkejut sebab diaorang anjurkan juga sebab untuk bulan Ogos, k.fiezz je PA yang keluar dari KKR. Kalau bulan Julai ada 3 orang PA keluar. Logik lah juga nak buat majlis farewell. Ni sis seorang je. Adeh..Malu..Sis dah lah pemalu orangnya tau. Tapi diaorang buat juga. Tima kasih. Rasanya yang lead majlis ni, 2 orang PA dari bahagian k.fiezz. Tima kaseh Zana & Qilah..

Tema majlis hijau..

FiezaSani

Tima kaseh korang...Sis touching...Sedihnya kena keluar dari KKR tapi apa nak buat, arahan dari JPA dah diterima. Terpaksa lah #pasrah...

FiezaSani

Tima kaseh yang sudi datang...

FiezaSani

PA @ KKR..Terima kasih selalu bagi kerjasama...

FiezaSani

Mungkin ada yang selalu bekerjasama, ada yang tak pernah tapi apapun terima kasih atas segala bantuan dan memberi kerjasama sepanjang sis di KKR...Terutama untuk Zana, PA yang satu bahagian dengan k.fiezz. Terima kasih untuk semua kerjasama/bantuan & kadang-kadang ada juga berkongsi rahsia..hehe..


FiezaSani

Menu of the day, potluck dari kawan-kawan PA..Menu utama, Nasi Lemak & Bihun Sup (lupa ambil gambar). Ni pun gambar dari dalam group...

FiezaSani

Part ni sis suka..hehe..Yeayy dapat hadiah dari Kelab PA KKR..Tq Ina [PA TKSU (DP)], Zana [PA SUB (DA)] & Qilah [PA (TSUB -D) DA]

Untuk Zana, haritu lupa nak wish sebab nervous sangat masa bagi ucapan..hehe

Terima kasih juga selalu share info & bagi kerjasama yang baik sepanjang kita bekerja di bawah satu bumbung di BDA. You're the best...Seorang yang senang bekerjasama & tak kedekut kalau ada apa-apa maklumat...

Apa hadiah yang dapat dari Kelab PA KKR ni, sis reveal entry lain yea..hehe...


Majlis Farewell by Cawangan Dasar Strategik & Hal Ehwal Antarabangsa (team 13)

Majlis yang ni dibuat oleh cawangan tempat k.fiezz bertugas. Majlis ni memang tak sangka pun diaorang akan buat. Masa hari kejadian baru sis tahu ada majlis rupanya untuk sis. Pandai bos, pegawai & kawan-kawan k.fiezz yang menjayakan majlis ni cover dari terbocor rahsia. Masa hari kejadian ni, k.fiezz & 2 orang pegawai kat dalam bilik perbincangan tengah buat replika untuk sambutan hari kebangsaan. Masa duk tengah buat, tetiba salah seorang pegawai k.fiezz tutup pintu. Ingatkan dia saja tutup pintu tak nak orang lain nampak apa group kitaorang buat. Rupanya dia tutup pintu sebab dah berpakat dengan pegawai yang lead untuk buat majlis ni. Diaorang nak keluar masuk untuk bawa barang-barang ke pantry sebab bilik perbincangan dengan pintu keluar masuk dekat je. Jadi nak elakkan k.fiezz nampak diaorang tengah buat persiapan majlis, itu yang pegawai tu tutup pintu bilik perbincangan. K.fiezz ni memang tak syak apa lah...

Salah seorang pegawai yang ditugaskan untuk lead majlis ni cakap kat k.fiezz, bila masuk jumpa bos slow je tone suara dia bila berbincang sebab takut k.fiezz terdengar. Serius memang k.fiezz tak syak apa pun bila pegawai tu masuk jumpa bos. Kadang biasa lah diaorang berbincang kejap suara kuat, kejap suara perlahan. Ingatkan pasal kerja..Tak sangka pula bos suruh pegawai ni buat majlis untuk k.fiezz. Terima kasih bos & semua team 13. Sis touching...

FiezaSani

Menu of the day - Pizza (bos sponsor)...Menu lain potluck dari pegawai & kakitangan team 13..Terima kasih korang...

FiezaSani

Ucapan dari bos sis..

FiezaSani

Halah kena bercakap bagi ucapan pula..Pendek & ringkas je..Sis sogann..haha...Tapi masa ni sebab pendek sangat bagi ucapan, kena interview dengan salah seorang officer cerita pasal pengalaman sepanjang bertugas di KKR..So sis cerita lah sikit-sikit apa yang teringat..

FiezaSani

Pegawai & staff team 13 yang ada...

FiezaSani

Pegawai & staff team 13 yang ada...

FiezaSani

Meraikan sekali birthday untuk baby Ogos & sis yang bertukar keluar...

FiezaSani

Tima kasih bos untuk hadiah ni. Saya suka..Hadiah apa, nanti sis reveal kat next entry..Tapi hadiah ni sis bawa hari-hari sekarang gi kerja..Berguna sangat...Pandai bos pilih hadiah...


Majlis Farewell by Bahagian

Majlis ni dianjurkan oleh bahagian k.fiezz bertugas. Sekali dengan sambutan kemerdekaan dan majlis perpisahan untuk pegawai-pegawai dan kakitangan yang bertukar keluar, pencen & sambung belajar. 

Majlis ni baru lagi 15hb, hari Jumaat yang lepas.. Ikutkan tak nak hadir sebab tak suka nak bagi ucapan tapi dari hari Isnin & minggu sebelum tu ada pegawai dan kawan yang dah ingatkan. Jadi hadir juga. hehe..Dah set sepanjang minggu bagi ucapan simple je masa majlis ni sebab kalau panjang benor, sat gi pakej air hujan sekali keluar..haha...

FiezaSani

Dapat lepas rindu kejap dengan member k.fiezz yang rapat kat sini. Depan sekali & pakai baju bunga-bunga tu..Sebelah k.fiezz yang pakai tudung coklat tu, PA yang menggantikan tempat k.fiezz. Kitaorang bertukar tempat. Dia datang ke KKR & k.fiezz ke Jab. Penerangan..Jadi agak senang nak rujuk apa-apa sebab kitaorang boleh contact antara satu sama lain...

FiezaSani

Kan dah cakap kena bagi ucapan. Tangan tu tak mau duk diam masa ni. haha. K.fiezz bagi ucapan pun ringkas je..Koser nak panjang-panjang..Tak tau nak cakap apa...Cakap terima kasih je pada semua sepanjang sis kat bahagian ni dari 2014 sampai Ogos 2023...

FiezaSani

Hat ni sis suka..Dapat hadiah..Yeay..Hadiah apa ni..Nanti reveal next entry..Sekali dengan hadiah-hadiah lain yang k.fiezz dapat dari kawan & pegawai-pegawai kat sini.. Terharu sangat. Tak sangka pula ada yang nak bagi hadiah, belanja makan. Serius rasa touching sangat tau..Tima kaseh korang..Sayang korang. Korang akan selalu di hati...Muah muah...Baju yang k.fiezz pakai kat majlis ni salah satu hadiah dari officer team 13...Officer tu bagi 2 helai ni salah satu..

Terima kasih semua..Bagi mini love sikit...

14 Comments

  1. Tahniah
    Bila berpindah kerja tentu banyak dapat hadiah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..meriah diraikan,,..:)

    ReplyDelete
  3. Syukur diraikan. Kalau saya, bukan segan nak berucap..tapi takut ternangis dalam majlis Farewell...Huhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sebenarnya masa bagi ucapan duk risau jugak touching tapi sebabkan lebih kepada nervous, hilang rasa nak menangis..haha

      Delete
  4. Selamat bertugas di tempat baru kak. Lebih cemerlang ya

    ReplyDelete
  5. All the best kak untuk kerja baru!
    Moga dikelilingi orang yang baik belaka :D

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sampai 3 majlis farewell dan dapat 3 hadiah jugak hihi. Rezeki kan. Semoga gembira di tempat baru.

    ReplyDelete
  7. ternampak dlm story fiez aritu, mesti sedih nk berpisakan. semoga berjaya di tempat baru

    ReplyDelete
  8. Ini berarti kak fiez memang lah disayang oleh teman2 dan atasan Kaka 😘👍🏿. Meriaaah acara yang mereka buat utk kak fiez. Tapi part bicara depan orang tu memang lah bikin nervous 🤣

    ReplyDelete
  9. Wah ada sambutan kelab, bahagian dan cawangan. Macam banyak cabang pula.
    Hehe selalu diraikan walaupun terpaksa berpisah.

    ReplyDelete