Corat Coret Di BDA KKR Sebelum Keluar
Dah 2 minggu baru nak update story last day di KKR pada 1hb September lepas. Akan rindu KKR & sentiasa di hati sis. Dari 1st posting masuk kerja kerajaan April 2007, penempatan sis kat KKR sampai Ogos 2023. Beberapa kali tukar bahagian. 16 tahun bersama KKR. Suka duka, belajar macam-macam kat KKR, jaga 7 bos yang bermacam karenah & kenal ramai kawan-kawan kat situ. Bila surat dari JPA dah dikeluarkan, saya yang menjalankan amanah. Apapun KKR akan sentiasa di hati sis. Gituu..hehe
LAST DAY @ KKR
1hb September 2023 yang lepas, hari terakhir di KKR. Uwaaaa sedih. Dari pagi tahan tak nak nangis tau. Sekali petang masa nak salam-salam dengan bos & pegawai-pegawai yang ada sebab ramai bercuti memandangkan 31hb Ogos cuti hari kebangsaan & hari Jumaat 1hb September ramai yang sambung bercuti.
Dari pagi dah cuba kuatkan hati sebab tak ramai orang jadi rasa boleh ni tak nangis. Eh dah petang tu tak boleh tahan. Meleleh juga air mata. Uwaaaa..Kejam JPA ni tau. Tetiber rasa nak marah sebab ramai yang lagi lama dari sis, kenapa nama sis yang naik dulu untuk ditukarkan. Kejam...Hate u JPA..haha..
Masa hari terakhir kat KKR ni tak ramai yang ada. Ramai sambung cuti sebab sehari sebelum tu hari kebangsaan. Jadi sis manfaatkan masa yang ada bersama bos..Ewah..6 tahun lebih jaga dia..Dah faham karenah, perangai dia..Bila tetiba kena tukar dan start semula dari zero dengan bos baru. Satu cabaran yea untuk sis..Tapi nama pun bekerja kan. Apapun cabaran yang datang, kena hadap juga sebab komitmen bulanan banyak nak kena bayar..haha...
Sikit corat coret hari last di BDA, KKR..
CORAT-CORET HARI TERAKHIR DI BDA, KKR
Barang-barang banyak yang k.fiezz dah bawa balik sikit demi sikit start dari dapat surat tukar. So masa hari last ni ada lagi barang tapi tak banyak. Dalam tak banyak pun, berat juga menjinjing beg sebab sis dapat hadiah dari officer kat tempat k.fiezz ni. Tima kaceh Cik Marian. Cantik sangat baju-baju tu. Nanti salah satu, iolls pakai masa jamuan Jumaat ni.
Dari pagi k.fiezz menyelesaikan kerja yang ada termasuk nota serah tugas untuk diserahkan pada PA yang menggantikan tempat k.fiezz..Lepas tu tak ada kerja sangat sebab ramai yang bercuti. Pejabat pun lengang.
Petang dah tiba waktu untuk melangkah keluar dari BDA, KKR. Sis jumpa bos dulu, sekali nak bagi sikit cenderahati kat dia. Tima kaseh bos untuk 6 tahun bersama..Masa jumpa dia ni, masuk je dalam bilik, sis dah start touching. Uwaaa...So ada lah sesi peluk-peluk kejap. Confirm rindu dengan dia nanti sebab antara 7 bos yang sis pernah jaga kat KKR ni, dia terbaikkkk...Tak banyak karenah, senang jaga & manja (walaupun dia tak mengaku. so okey bagi lah dia menang..hehe)











3 Comments
alahai sedihnya rasa tinggalkan kawan2..
ReplyDeleteTiap kali perpisahan team, memang sedih. Apalagi kalau sudah klik sangat dengan team yang kita join kan.
ReplyDeleteSaya pun rasakan saat masih kerja dulu. Memang harus rotasi setiap 3-4 tahun, jadi sempat lah beberapa kali ganti cabang dan ganti team. Tetap saja perpisahannya bikin terharu ❤️
Semoga makin sukses di team yg baru kak fiez 🤗
Lagi sedih tinggalkan tempat dengan orang-orang yang baik dengan kita.
ReplyDeletePengembaraan di tempat baru