Jamuan PA KKR Meraikan Yang Bertukar dan Berhenti Perkhidmatan
2 minggu lepas ada jamuan PA di Kementerian k.fiezz bertugas ni. Majlis ni untuk meraikan PA-PA yang bertukar keluar dan juga tamat perkhidmatan (berhenti). Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Di Kementerian k.fiezz bertugas ni baru ditubuhkan group untuk PA-PA bagi memudahkan komunikasi antara kitaorang bila nak tanya berkaitan kerja. Selain tu untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Walaupun kerja di 1 Kementerian tapi ada yang tak kenal antara satu sama lain. Jadi dengan adanya group PA ni, dapat lah berkenalan. Macam k.fiezz pun, bila tengok rupa ada yang kenal ada yang tak pernah nampak. Rupanya satu jawatan tapi tak kenal. So dari sini lah kita berkenalan.
PA BERTUKAR DAN TAMAT PERKHIDMATAN
Seperti k.fiezz beritahu awal tadi, jamuan ni diadakan untuk meraikan PA-PA yang bertukar keluar dan berhenti dalam perkhidmatan. 2 orang PA bertukar keluar dari Kementerian ni & seorang berhenti. Berhenti?Serious lah k.fiezz, kerja kerajaan berhenti. Yeaaa k.fiezz tak salah taip. Seorang berhenti. Sayang memang sayang kan bila dengar orang yang dah masuk dalam kerja kerajaan lepas tu berhenti. K.fiezz pun masa mula-mula dengar, 'berhenti'? Serius lah..
Masa jamuan ni, ada sembang dengan kenalan PA yang berhenti ni, baru lah tahu apa sebab PA ni berhenti. Tak apa itu pilihan dia. Dari ceritanya, PA yang berhenti ni PJJ dengan suami dia. Dah lama. Pernah lah PA ni minta tukar tapi jawatan PA tak banyak. Terutama bila nak bertukar ke negeri. Susah sikit nak dapat sebab tak ada kosong & tempat terhad. Jadi pilihan dia selepas perbincangan dengan suami & keluarga, dia memilih berhenti sebab nak dekat dengan suami. Dari satu sudut, k.fiezz rasa macam 'sayangnyaaaa...yelah dah elok kerja kerajaan tapi berhenti pula. ermm'..Ingatkan PA tu baru masuk kerja tapi rupanya dah sah dalam perkhidmatan.
Dari satu sudut lagi, k.fiezz salute PA ni berani berhenti sebab nak ikut suami. Tak ramai yang nak pilih berhenti ni terutama yang bekerja di sektor kerajaan macam kitaorang ni. Bila PA ni berani letakkan jawatan dalam perkhidmatan, maksudnya antara kerjaya & keluarga, dia lebih mementingkan keluarga. Percaya lah rezeki ada je kat mana-mana. Mungkin ada rezeki lain yang lebih baik menanti dia. Dengarnya dia & suami pun disebabkan PJJ masih belum ada zuriat lagi. Jadi k.fiezz doakan moga lepas ni ada rezeki zuriat untuk dia & suami..Aamiin...
2 orang PA yang bertukar keluar Kementerian ni pula sebab pusingan kerja. JPA memang tengah buat pertukaran PA dengarnya sekarang ni. PA-PA yang dah lama bertugas kat tempat yang sama, JPA akan tukarkan ke tempat lain. Alaaaa..sis nervous tau sebab sis antara yang dah lama kat Kementerian ni. haha. Tengah dup dap dup dap je ni...haha..
JAMUAN SIMPLE MERAIKAN PA-PA
Jomss makan...






3 Comments
Semoga sukses pada yang diraikan
ReplyDeleteRabia kerja di kerajaan bulan 3 baru ni . yayasan pembangunan keluarga taska permata . Harap kekal kerja di situ la.
ReplyDeleteMoga Allah gantikan lebih baik bagi yqng berhenti.
ReplyDeleteMesti dia rasa berat hati tapi itu yang terbaik buat dia.