2 minggu lepas ada jamuan PA di Kementerian k.fiezz bertugas ni. Majlis ni untuk meraikan PA-PA yang bertukar keluar dan juga tamat perkhidmatan (berhenti). Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Di Kementerian k.fiezz bertugas ni baru ditubuhkan group untuk PA-PA bagi memudahkan komunikasi antara kitaorang bila nak tanya berkaitan kerja. Selain tu untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Walaupun kerja di 1 Kementerian tapi ada yang tak kenal antara satu sama lain. Jadi dengan adanya group PA ni, dapat lah berkenalan. Macam k.fiezz pun, bila tengok rupa ada yang kenal ada yang tak pernah nampak. Rupanya satu jawatan tapi tak kenal. So dari sini lah kita berkenalan. 

PA BERTUKAR DAN TAMAT PERKHIDMATAN

Seperti k.fiezz beritahu awal tadi, jamuan ni diadakan untuk meraikan PA-PA yang bertukar keluar dan berhenti dalam perkhidmatan. 2 orang PA bertukar keluar dari Kementerian ni & seorang berhenti. Berhenti?Serious lah k.fiezz, kerja kerajaan berhenti. Yeaaa k.fiezz tak salah taip. Seorang berhenti. Sayang memang sayang kan bila dengar orang yang dah masuk dalam kerja kerajaan lepas tu berhenti. K.fiezz pun  masa mula-mula dengar, 'berhenti'? Serius lah..

Masa jamuan ni, ada sembang dengan kenalan PA yang berhenti ni, baru lah tahu apa sebab PA ni berhenti. Tak apa itu pilihan dia. Dari ceritanya, PA yang berhenti ni PJJ dengan suami dia. Dah lama. Pernah lah PA ni minta tukar tapi jawatan PA tak banyak. Terutama bila nak bertukar ke negeri. Susah sikit nak dapat sebab tak ada kosong & tempat terhad. Jadi pilihan dia selepas perbincangan dengan suami & keluarga, dia memilih berhenti sebab nak dekat dengan suami. Dari satu sudut, k.fiezz rasa macam 'sayangnyaaaa...yelah dah elok kerja kerajaan tapi berhenti pula. ermm'..Ingatkan PA tu baru masuk kerja tapi rupanya dah sah dalam perkhidmatan. 

Dari satu sudut lagi, k.fiezz salute PA ni berani berhenti sebab nak ikut suami. Tak ramai yang nak pilih berhenti ni terutama yang bekerja di sektor kerajaan macam kitaorang ni. Bila PA ni berani letakkan jawatan dalam perkhidmatan, maksudnya antara kerjaya & keluarga,  dia lebih mementingkan keluarga. Percaya lah rezeki ada je kat mana-mana. Mungkin ada rezeki lain yang lebih baik menanti dia. Dengarnya dia & suami pun disebabkan PJJ masih belum ada zuriat lagi. Jadi k.fiezz doakan moga lepas ni ada rezeki zuriat untuk dia & suami..Aamiin... 

2 orang PA yang bertukar keluar Kementerian ni pula sebab pusingan kerja. JPA memang tengah buat pertukaran PA dengarnya sekarang ni. PA-PA yang dah lama bertugas kat tempat yang sama, JPA akan tukarkan ke tempat lain. Alaaaa..sis nervous tau sebab sis antara yang dah lama kat Kementerian ni. haha. Tengah dup dap dup dap je ni...haha.. 

JAMUAN SIMPLE  MERAIKAN PA-PA 

Jomss makan...

jamuan makan

Antara juadah sampingan. Menu utama Chicken chop + nasi goreng tapi k.fiezz lupa nak ambil gambor..hehe

jamuan makan

Close up sikit gambar dekat...

fieza sani

Sibuk nak juga..Nampak kurus posing senget camni..Suka..hehe...


fieza sani
                                                                          
                                  Majlis dimulakan ucapan dari Timbalan KSU (Pengurusan) KKR


fieza sani

Penyampaian surat kenaikan pangkat PA N29 ke  N32..Tahniah korang...
Moga berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi..hehe...

fieza sani

Harus lah ada gambar PA-PA KKR..2 orang kat depan yang duduk tu, PA yang bertukar keluar. Seorang lagi PA yang berhenti tak dapat datang sebab nun berada di utara...Yelah takkan nak turun KL semata untuk jamuan ni..Kalau dah kebetulan memang nak datang KL tu, tak apa lah juga... 

So good luck to all of you. Moga lebih suksess di tempat baru (PA yang bertukar) & untuk seorang lagi PA yang berhenti, semoga happy selalu di samping en suami. Semoga ada rezeki lain yang lebih baik di masa depan.  Sis salute you sebab utamakan keluarga...

PJJ & BERHENTI KERJA


Kalau k.fiezz sendiri kat tempat PA ni, k.fiezz tak berani nak letakkan jawatan. Tapi kalau sis kerja di sektor swasta, tak ada masalah. Boleh je nak berhenti untuk ikut suami. Kenapa kalau kerajaan tak nak berhenti, swasta boleh je berhenti? Sebab kerja kerajaan susah nak dapat tapi swasta senang nak mohon cari kerja lain memandangkan swasta kita terus mohon dengan syarikat tapi kerajaan banyak prosedur. Kena ambil exam dulu lah, dah lulus exam baru panggil interview pula. Lepas tu baru dapat (kalau ada rezeki)..Jadi pendapat k.fiezz nak mohon kerja swasta lebih senang prosedur dia berbanding untuk mohon kerja kerajaan. Lagi senang untuk dapat kerja swasta sebab merata ada syarikat swasta..

Tapi apapun pilihan masing-masing...Tepuk dada tanya selera..Cuma kalau sis & mr hubby PJJ, sis tak mau duk asing..Ada suami, duduk sekali baru seronok, tahu makna perkahwinan tu macamana..Fungsi suami isteri, untuk melengkapi antara satu sama lain & tempat bersandar bahu bila masing-masing kepenatan dengan tugasan harian. Ada orang untuk bersembang, bergurau & rasa lebih bertanggungjawab antara satu sama lain..

Satu lagi untuk  mengelakkan orang ketiga..Risau sekarang banyak kes. Duduk sekali pun boleh curang apa tah lagi tak ada kat depan mata. Untuk k.fiezz bila PJJ ni macam kita sendiri yang bagi peluang kat orang lain untuk mengisi ruang kekosongan hati pasangan kita..Memang lah ikut tahap kesetiaan pasangan juga tapi hati ni boleh berubah tambah pula orang ketiga sentiasa ada kat depan mata, secara tak sedar pasangan kita boleh mula berubah hati. 

Ni pada pendapat k.fiezz lah yea..Pendapat kita berbeza..Raikan pendapat masing-masing, okey...

Eh panjang pula membebel pasal topik PJJ ni..Nanti lah k.fiezz buat entry lain pasal PJJ...

3 Comments

  1. Semoga sukses pada yang diraikan

    ReplyDelete
  2. Rabia kerja di kerajaan bulan 3 baru ni . yayasan pembangunan keluarga taska permata . Harap kekal kerja di situ la.

    ReplyDelete
  3. Moga Allah gantikan lebih baik bagi yqng berhenti.
    Mesti dia rasa berat hati tapi itu yang terbaik buat dia.

    ReplyDelete