Cuba Avocado Cleansing Balm Murah Beli Kat Shopee
Siapa yang baca blog k.fiezz, tahu lah yang sis ni pengguna setia cleansing balm untuk cuci mekap. Sejak sis guna teknik double cleansing ni, jarang dah jerawat nak menyinggah kecuali time nak period. Stok cleansing balm ni k.fiezz biasa beli dari Shopee. Cleansing balm yang sebelum ni k.fiezz beli kat shopee bertahan hampir 6-7 bulan. Wahh serius lah tahan lama? Yea sebab sis beli yang size 100g. Setiap kali guna,ambil sikit je jadi memang boleh tahan lama. Macam k.fiezz guna seorang je tak berkongsi jadi cleansing balm memang boleh tahan lama.
Entry berkaitan <AVOCADO CLEANSING BALM >
RESTOCK CLEANSING BALM
Hujung bulan lepas, cleansing balm k.fiezz dah habis. Jadi kena restock cleansing balm lain. Jenuh yea mencari kat shopee sebab semuanya dari China. Sis nak yang ready stock kat Malaysia tapi tak jumpa. Kebanyakan semua dari China. Alaaaa..Nak tak nak order juga lah sebab stok cleansing balm memang dah habis. Baru ni ada lah k.fiezz beli kat Tik Tok tapi saiz comel je. Saiz besar ada tapi mahal. K.fiezz nak cleansing balm yang murah-murah je, itu yang cari kat Shopee..hehe..Kalau hat comel tu untuk travel sesuai sebab senang nak bawa dalam beg.
Scroll punya scroll kat Shopee, k.fiezz pilih avocado cleansing balm. Order 3 Julai & 12 Julai sampai..Selepas 3-4x duk out for delivery, cleansing balm sampai pun ke rumah. Geram je tengok masa out for delivery berhari-hari. Masa hari yang dijangka barang sampai selepas kali ke-4 out for delivery, k.fiezz dah cakap kalau tak sampai juga ni memang nak click Request Refund. Geram sangat kenapa kurier buat main-main out for delivery berhari-hari..
Ngam hari yang sepatutnya sampai, avocado cleansing balm ni selamat sampai depan rumah. Legaaa..Fobia pula lepas ni nak order cleansing balm kat shopee tau..



6 Comments
Saya selalu double cleansing wajah sejak sebelum nikah kak. Tapi saya prefer pakaj milk cleanser + toner. Kebetulan ada brand lokal yg saya udah cocok sejak lama utk milk cleanser nya.
ReplyDeleteBaru setelah itu pakai facial wash.
Tapj saya pernah pakai cleansing balm. Iseng nak coba. Pilih brand Korea, COSRX. Krn skincare saya memang pakai brand mereka sejak lama.
Ternyata cocok juga, dan memang cleansing balm ini mudah sangaaat membersihkan make up. Tak perlu susah diusap berkali2.
Makanya saya lagi mikir untuk switch first cleanser dari milk lotion ke balm 😄
bagus ni..nk kna cari jgk ni..:)
ReplyDeleteCuya pernah juga dengan double cleasing..tapi Cuya tak pernah try
ReplyDeletetakut juga nak cuba, takut tak serasi..
Murah betul dan tahan lama.
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteWah . Boleh cuba . Ccl pun cuka pakai cleansing balm ni untuk remove sisa makeup . Sambil tue boleh urut² kulit wajah
ReplyDelete