Cara mudah cuci muka style k.fiezz. Macamana tu? Nampak renyah sebab 2x kerja tapi percaya lah cara ni sangat berkesan dan hasilnya jerawat jarang menyinggah di muka. hehe. Cara yang K.fiezz konsisten buat sampai sekarang iaitu double cleansing guna cleansing balm & cleanser biasa. Sebelum berjinak dengan kaedah double cleansing ni, k.fiezz bersihkan mekap samaada guna make up remover atau cleansing wipes saja.

Bila k.fiezz jadi agen satu produk kecantikan dan jenama ni ada keluarkan cleansing balm. K.fiezz cuba & yaaa i like it. Rasa perbezaan kulit lagi bersih dan muka k.fiezz dah jarang keluar jerawat. Sejak tu k.fiezz tak tukar dah cara lain untuk bersihkan mekap. K.fiezz buat 2 kaedah saja iaitu cleansing balm & cleanser. Habis je cleansing balm, mesti restock. Tak kisah lah yang berjenama atau biasa. Tapi biasanya k.fiezz cari yang biasa, murah & tahan lama. hehe..Ada ke yang murah cleansing balm?Ada..Baca sampai habis..hehe...

2X KERJA TAPI KULIT JADI LEBIH BERSIH

Nampak macam renyah tapi kulit kita lagi bersih dan jerawat jarang singgah sebab melalui kaedah double cleansing ni segala sisa mekap, kotoran berjaya dibersihkan hingga ke lapisan dalam. Cleansing balm mengeluarkan kesan mekap, kotoran, sunscreen pada muka hingga ke lapisan dalam kulit untuk mengelakkan terjadinya masalah kotoran tersumbat yang menyebabkan punca kewujudan jerawat pada muka manakala cleanser pula untuk pastikan kulit extra bersih. Cleanser foam pakai 2x sehari saja iaitu pagi & petang untuk elakkan terjadinya kulit kering. Waktu lain contoh masa nak solat zohor, bersihkan muka dengan cleansing balm saja dah mencukupi. Jangan risau k.fiezz memang guna kaedah ni, alhamdulillah kulit sis tak ada masalah. 

Entry berkaitan < TEKNIK DOUBLE CLEANSING >

RESTOCK CLEANSING BALM

Macam k.fiezz beritahu atas ni, sis pengamal kaedah double cleansing ni jadi cleansing balm wajib beli setiap beberapa bulan sekali (bergantung kepada kekerapan penggunaan). Sebelum ni k.fiezz guna cleansing balm dari satu jenama yang k.fiezz jadi agen tapi sejak dah tak aktif jual produk jenama tu, k.fiezz tukar ke jenama biasa saja. Janji cleansing balm juga. hehe

Bila dah beli jenama lain yang saiz lagi besar dan harga lebih murah, rasa lagi untung. hehe. Bukan memburukkan tau. Setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. 

Sekarang k.fiezz bila restock cleansing balm, memang cari yang saiz besar dan tahan lama. Dari segi fungsi k.fiezz tak risau sebab sama je. Cuma saiz dan harga saja yang berbeza.

Ni terbaru yang k.fiezz beli di shopeeKiss Beauty Avocado Cleansing Balm saiz 100g. Memang besar dan tahan lama. Walaupun baru pertama kali cuba jenama ni, k.fiezz beli 2. Satu untuk guna di rumah & satu lagi guna di pejabat.

cleansing balm, cara mudah cuci muka,kiss beauty avocado cleansing balm

REVIEW KISS BEAUTY AVOCADO CLEANSING BALM

K.fiezz dah try pakai kiss beauty avocado cleasing balm ni, okey sangat. Mekap senang nak tanggal dan tak ada kesan yang negatif pada muka. Gatal-gatal ke merah-merah ke, nope. Untuk mekap yang tebal, tak pasti kena tonyoh lebih ke apa tapi macam k.fiezz yang pakai mekap jenis light je ni, tak susah sangat pun nak bersihkan mekap kat muka guna ni. Lepas dah sental muka dengan cleansing balm ni, bilas dengan air biasa. Boleh nampak kesan warna mekap, foundation pada muka berjaya dikeluarkan.

Tak kisah lah jenama apa pun, nama cleansing balm ni, fungsi dia sama saja. Cuma terpulang pada kita nak beli hat mana? Untuk k.fiezz, lebih mementingkan harga & saiz. Jadi k.fiezz pilih kiss beauty avocado cleansing balm ni sebab harga murah dan tahan lama. 

Bau dia pun sedap tau. Soft gitu. Nak bersihkan muka pun rasa seronok..

Rekomen tak?

Sangat rekomen, uolls. Terutama yang guna sunscreen. Korang wajib bersihkan kesan sunscreen tu pada muka. Boleh baca link entry atas tu kenapa kena bersihkan muka terutama yang guna sunscreen...

Harga?

RM8.50 / 1 unit. Berat 100g..Berbaloi sangat..Murahhh

Beli kat mana?

Sis cari kat shopee sajo..hehe..

CLEANSING BALM MY CHOICE...

update - 1 bekas yang guna kat rumah baru je habis (awal Julai 2023 & 1 lagi bekas yang guna kat pejabat dah tinggal sikit je lagi) jadi anggaran penggunaan 1 bekas ni untuk kita seorang saja yang guna bukan berkongsi, lebih kurang 6  bulan..

2 Comments

  1. makin bersinar wajahnya dengan avokado balm ini

    ReplyDelete
  2. Murah betul pencuci balm. Baru saya ada jenis pembersih begini dan kena bersihkan krim pelindung muka.

    ReplyDelete