Orang cakap kalau kita dalam keadaan sedih, stress, tak ada mood cuba lah cari coklat. Coklat sebagai mood booster. So untuk dapatkan semula mood, ceriakan hati, k.fiezz cari coklat masa mood betul-betul tengah down. Kebetulan pagi semalam cari minuman 3 dalam 1 milo untuk bos kat tempat stok makanan/minuman di office, ternampak sachet Aik Cheong chocolate ni ada sekali dalam deretan minuman 3 dalam 1. Wahhh, laju-laju ambil satu peket untuk diri sendiri. 

Siapa yang baca entry k.fiezz beberapa hari lepas, tahu lah kenapa k.fiezz dalam keadaan sedih lagi ni. Muka je nampak tak ada apa, mulut melemparkan senyum & gelak-gelak tapi dalam hati masih ada lagi sisa sedih. huhu. Tapi hidup mesti diteruskan, betul tak. Jadi kita cuba cari semula mood seperti sebelum ni. Meh lah pekena air coklat sebagai mood booster

AIK CHEONG CHOCOLATE SACHET


Kat pejabat k.fiezz ni, officemate yang in charge untuk beli stok makanan/minuman dia suka beli yang jarang orang nak letak kat office macam air coklat ni. Biasanya mesti milo, nescafe, teh tarik. Betul tak?Tapi member pejabat k.fiezz ni suka beli yang rare. Boleh baca kat SINI , antara jenis minuman 3 dalam 1 yang dia beli untuk letak kat pejabat kitaorang ni. Dia suka beli minuman 3 dalam 1 ni dalam pek sikit-sikit so dapat beli macam-macam jenis. Dia tak beli sekali harung jenis yang sama dalam kuantiti banyak.Kebanyakan minuman 3 dalam 1 yang macam-macam ni dan jajan-jajan dia beli kat kedai RM2 @ Ninso. Okey juga dia buat macam ni sebab tak ada lah bosan minum air yang sama hari-hari. Boleh tukar-tukar jenis minuman setiap hari. 

Macam k.fiezz ni jarang buat air. Tengok mood. Tapi macam sekarang dalam mood tak berapa nak ceria lagi, tetiba nampak ada Aik Cheong Chocolate ni. Yaaaa onzzz...


Jom buat air coklat

Coklat ni boleh meningkatkan mood kita yang tengah down. Kandungan dalam coklat dipercayai menjadi faktor boleh tingkatkan mood seseorang. Sebab zat dalam coklat ni akan mengendurkan sel saraf & kita yang minum atau makan coklat akan jadi lebih rilex. Automatik mood pun kembali normal.

So untuk dapatkan mood k.fiezz, jomss air coklat satu..hehe


aik cheong chocolate

K.fiezz letak air panas 300ml & guna 1 sachet minuman coklat ni. 
Tumbler k.fiezz ni memang dah siap dengan sukatan. Senang nak letak air banyak mana..

aik cheong chocolate

Kacau-kacau sekata & tadaaa gini lah rupa dia. Rasa dia..
Tak manis sangat. Sesuai dengan kuantiti air yang k.fiezz letak. Tak manis & rasa kepekatan coklat dia tu..Yummmy...

So lepas ni boleh lah buat selalu air coklat ni kat office sampai mood dah okey semula. hehe..Alasan nak minum air coklat hari-hari..haha..Harap member office k.fiezz beli stok Aik Cheong Chocolate ni banyak..hehe..

Korang kalau mood tengah down, cari coklat tau. Coklat untuk makan ke, coklat untuk minum ke. Mana-mana lah yang suka. K.fiezz apa-apa berasaskan coklat ni, favourite all the time..hehe

LOVE CHOCOLATE...

3 Comments

  1. sesekali layan hot choc memang emm... nyamannnn...
    semoga mood kembali ceria yer

    ReplyDelete
  2. Sayapun memang suka air coklat.
    Kalau coklat lagilah.
    Harap ceria selepas ini.

    ReplyDelete