Tempoh Keluar Period Selepas Gagal IVF
Macam yang korang tahu kalau baca post k.fiezz yang lepas berkaitan ttc (trying to conceive), k.fiezz baru lepas buat IVF kali ke-2 & gagal lagi sekali. Jadi persoalan k.fiezz lepas je dapat keputusan urine pregnancy test (upt) & darah confirm tak mengandung, berapa lama period keluar lepas IVF negatif. Risauu tau sebab takut ambil masa yang lama sangat, nak kena makan ubat keluarkan period pula. K.fiezz ada tanya dengan gynae k.fiezz, berapa lama period selepas gagal IVF ni?Gynae k.fiezz beritahu ambil masa sikit. K.fiezz tanya juga kalau lama sangat, kena makan ubat ke?Gynae cakap 'yea'. Alamakk, k.fiezz kalau boleh tak mau lah sampai makan ubat. Tak elok. K.fiezz lagi suka period keluar sendiri.
Ada terbaca di group IUI/IVF yang k.fiezz joint di facebook, ada seorang ahli dalam group beritahu period akan keluar 5-7 hari selepas stop ubat yang diambil masa dalam tempoh 2 waiting week (2ww). Dia dapat info dari nurse di tempat dia buat rawatan. Salah satu ubat yang kena masukkan melalui miss V menyebabkan period lambat keluar.
Dalam kes k.fiezz ni, k.fiezz stop semua ubat (makan & masukkan melalui miss V) secara rasmi 23hb Mei selepas tahu keputusan darah sehari sebelum.
CARA KELUARKAN PERIOD SECARA SEMULAJADI
Risau bila tak period tambah-tambah tahu dalam rahim sis ni masih ada embrio yang tak berjaya menempel. Jadi kena keluarkan embrio ni melalui period sebab kang tak keluar jadi lain pula. Lepas je dapat tahu k.fiezz tak berjaya mengandung, k.fiezz buat beberapa cara natural untuk keluarkan darah period.
Ni antara cara k.fiezz. Mungkin berhasil pada k.fiezz tapi pada orang lain tak. Jadi jangan komen 'eh tak boleh pun k.fiezz bila saya cuba'. K.fiezz cuma usaha je beberapa tips ni. Alhamdulillah, period k.fiezz berjaya keluar secara sendiri selepas 3 hari dari tarikh k.fiezz stop semua ubat yang diambil masa proses menunggu 2 minggu sebelum tu.
Sebelum buat tips ni, k.fiezz mencari juga kat google berapa lama keluar period selepas gagal IVF tapi tak banyak yang kongsi.
So k.fiezz buat je tips-tips kat bawah ni ikut logik & pengetahuan am yang k.fiezz ambil sana sikit sini sikit & buat eksprimen kat diri sendiri. Alhamdulillah, tips-tips ni membantu k.fiezz untuk keluarkan period secara semulajadi tanpa makan ubat. Jadi untuk k.fiezz tempoh datang period selepas gagal IVF ni 3 hari dari tarikh selepas tahu keputusan tak mengandung. Kalau ikut kiraan kalendar, period k.fiezz keluar hari ke-20 selepas transfer embrio.
Jom tengok apa tips yang k.fiezz buat untuk keluarkan period selepas gagal IVF...
TIPS YANG DIAMALKAN
1. Minum jus nenas (original) tanpa campuran ais & gula. Ni k.fiezz beli siap kat pasar tani pejabat. 2x k.fiezz cuba. Lepas kali pertama minum, esoknya dah start keluar spotting..Kali ke-2 ulang lagi minum jus nenas, darah pula start keluar...Legaaa..
2. Minum pati delima. Ni k.fiezz dah start amalkan 1 sudu setiap hari selepas je buat urine test & hasilnya negatif. Pati delima ni kalau pregnant elok amalkan tapi kes k.fiezz ni nak minum untuk singkirkan darah kotor dari dalam badan. Banyak khasiat pati delima ni, korang boleh cari kat google.
3. Tuam area perut dengan air panas setiap malam. K.fiezz buat 1x setiap malam.. Rasanya 2-3x buat baru nampak hasil dia..
4. Minum air saffron. K.fiezz ada ternampak di Tik Tok, saffron bagus untuk melancarkan darah, kurangkan sengugut. Kebetulan k.fiezz sebelum ni memang ada sengugut tapi tak teruk sangat. Lepas je tahu keputusan darah confirm tak mengandung, terus order saffron kat Tik Tok. Sampai je saffron, 2x k.fiezz minum air saffron ni period dah keluar. Yeayyy..Lagi satu yang k.fiezz perasan takat baru 2 hari minum air saffron ni & period keluar, k.fiezz tak alami senggugut. Biasanya k.fiezz ni ada juga senggugut cuma tak lah teruk sangat. Mild je. Kali ni tak ada rasa perut memulas & kaki macam cramp. Rileks je macam biasa..Memang salah satu fungsi saffron ni macam k.fiezz beritahu kat atas, kurangkan rasa senggugut bila period. Nampaknya membantu minum saffron ni..Boleh terus amalkan untuk kesihatan, khasiat saffron ni pun banyak juga (cuba lah google). Nanti k.fiezz kongsi juga kebaikan saffron kat sini tapi biasa lah sis ni, ambil masa sikit nak update entry info ni..hehe..Sabor yea...
EMBRIO KELUAR
Semalam masa buang air kecil kat tandas office, tengok kat pad macam ada benda warna putih selain dari ketulan darah. Rasanya yang warna putih tu mungkin embrio k.fiezz & mr hubby yang tak berjaya menempel kat rahim k.fiezz. Masa tengok embrio tu, k.fiezz cakap dalam hati 'tak apa lah sayang, belum masanya Allah nak bagi awak melekat kat dalam rahim mummy'. Ada lah hikmahnya yang Allah lebih tahu.
Apapun lega bila period dah keluar.
K.fiezz jadi risau bila period tak keluar lagi lepas dah tahu keputusan upt & hormon tak mengandung sebab masa yang failed 1st ivf tahun lepas, hari ke-9 selepas transfer embrio k.fiezz dah ada keluar spotting berlarutan lebih 5 hari & diikuti period macam biasa. Jadi walaupun sedih ivf failed tapi lega sebab period keluar on time & tempoh period keluar 15 hari,weiii..Vengsan..haha. Biasa period k.fiezz 5 hari je.
So yang kali ke-2 ni, elok tak ada spotting apa pun. Tu duk ingat berjaya melekat, sekali hampa juga. Lepas 3 hari berhenti ambil ubat-ubat masa ivf & buat tips-tips atas ni baru lah period keluar..Berapa hari pula period keluar yang kali ni?Tak pasti. Nanti k.fiezz update. Harapnya tak lama sangat macam tahun lepas, 15 hari..Jenuhhh...haha..
Jadi untuk korang yang buat IVF tetapi belum berjaya lagi & tertanya berapa lama period keluar lepas IVF negatif, boleh baca pengalaman sis yang tak seberapa ni. Pengalaman sendiri, bukan pengalaman orang lain.. Sharing is caring, gituuu...hehe...
update - Tempoh period keluar selepas failed IVF kali ke-2 ni 5 hari je..Legaaa tak lama sangat tempoh dia keluar...
UNTUK KORANG YANG BAKAL BUAT IVF PERTAMA KALI @ REPEAT SEMULA, SELAMAT BERJAYA..USAHA SAMPAI BERJAYA, K ;)...
6 Comments
Dongibapp.. cuba lg utk kali ketiga.. aminn
ReplyDeleteHehe lama juga uzur itu.
ReplyDeleteBagus kongsi tips untuk mereka yang mencari.
allahu sedihnya tgk embrio tu. fiez mmg kuat mama sentiasa doakan tq for tips ye. mama pn adakalah minum gak air nenas kalau lambat
ReplyDeletesaya dulu pun 3 tahun br dpt anak.. macam-macam buat. kawn saya pula dia pergi jumpa specialist.. banyak kena pantang kalau yg jenis susah lekat ni.. saya cuba cara kwn saya, alhamdulillah dgn izin Allah melekat
ReplyDeletegood tips..manala tau ada org yg mencari kan..
ReplyDeleteSedih baca luahan hati akak. moga ada rezeki akak dan suami ya
ReplyDelete