Beli Tumbler Untuk Buat Air 3 Dalam 1 Kat Pejabat
Wah semangat tau beli tumbler untuk buat air kat pejabat. Eh sebelum ni tak buat air ke kat pejabat, camne k.fiezz oiii? hehe. Sebelum ni memang tak pernah buat air walaupun memang ada je minuman segera 3 dalam 1 disediakan. K.fiezz minum air kosong je. haha. Ni jadi rajin pula mencari tumbler untuk buat air kat pejabat sebab baru ni k.fiezz & sorang member pejabat dah susun atur semula minuman/makanan yang biasa letak kat pantry. Kali ni kitaorang ubah kedudukan minuman/makanan segera ni kat dalam pejabat pula yang senang nak dicapai. Tak payah nak kena buka tutup bekas kat pantry & tak perlu nak ke pantry. Sebab bekas duk dalam kabinet, tak semua rajin nak mengulang ke pantry dan check apa yang ada kat dalam tu.
5s PANTRY
Kisahnya jadi susun semula makanan/minuman ni dari pantry ke dalam pejabat sebab haritu kitaorang 5s kat pantry, sekali jumpa banyak sangat makanan/minuman segera yang dah expired. Jadi macam tu sebab tak semua pegawai & staff yang rajin nak mengulang ke pantry untuk tengok apa yang ada dalam kabinet. Itu yang sampai dah tarikh luput makanan/minuman segera dalam bekas-bekas tu. Adeh. Membazir je weiii..Semua tu bukan pakai duit government tau, kang ada pula yang ingat pakai duit kerajaan. Bukan. Semua makanan segera,minuman segera yang kitaorang beli tu dari duit kelab bahagian. Setiap bulan memang ada kutipan dari pegawai & kakitangan ikut gred untuk Kelab Bahagian. Dengan duit kelab ni lah buat modal beli makanan/minuman untuk top up di pantry. Jumlah bayaran ni ikut gred, makin tinggi gred banyak lah duit bulanan kena bayar..hehe. Macam k.fiezz, RM10 setiap bulan.
Bila spot check kat pantry & jumpa banyak sangat stok makanan/minuman sebelum ni yang sampai expired, kitaorang terpaksa buang semua hat expired & restock baru. Kali ni letak stok makanan/minuman segera ni kat tempat yang terbuka dalam pejabat. Senang nak dicapai & semua pegawai dan kakitangan nampak. Cuma nak ambil air panas je kena juga ke pantry sebab air Cuckoo kat situ. So tak ada lah yang tak rajin nak tengok kat kabinet pantry terlepas pandang ada stok makanan/minuman segera. Lagipun ada juga yang bersuara, bayar duit kelab tiap-tiap bulan tapi tak nampak pun apa yang dibeli contoh macam barang-barang ni lah. Padahal ada je beli tapi udah letak dalam kabinet & macam k.fiezz beritahu tadi bukan semua rajin nak pi spotcheck apa yang ada dalam kabinet. Kali ni kita buh depan mata, semua nampak. Sebelum ni kitaorang pernah buat macamni tapi bila ada audit EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam), terpaksa susun barang-barang makanan/minuman ni kat pantry. Sebab audit ni tengok kekemasan, kebersihan pejabat dan persekitaran kerja yang bersih. Bila dah habis audit ni, nak susun balik jadi malas lah. So ni baru datang mood rajin..
Kedudukan pantry & pejabat kitaorang ni bukan sekali. 1 level juga cuma pantry kena keluar. Itu yang ramai tak rajin mengulang pi ke pantry. Jadi untuk elakkan sampai tarikh luput tak bersentuh makanan/minuman segera ni, tukar posisi pula barang-barang ni kat salah satu partition kosong dalam pejabat. Senang.
BELI TUMBLER
Ni lah sebab k.fiezz gigih mencari tumbler untuk buat air 3 dalam 1 kat pejabat. hehe. Walaupun k.fiezz rajin juga ke pantry tapi sebelum ni sis tak rajin juga nak tengok apa yang ada dalam kabinet. haha. So dah letak barang-barang ni kat dalam kawasan pejabat, senang sikit nak pi ambil. Tak payah check satu-satu. Tengok je sekali dah tahu apa yang ada kat situ.
- Tiada gula tambahan
- Bebas kolesterol
- Bebas lemak trans
- Tinggi dietary fiber
KORANG RAJIN BUAT AIR KAT OFFICE JUGA?
6 Comments
Comel je rupa dia
ReplyDeletedlu masa kerja mmg sarapan kt pejabat sbb takut lambat buka pintu pejabat. pjabat sekakang kera..haha..penak g pejabat JKR n pernah masuk pantry dia..punya lah jauh nak menapak..haha
ReplyDeleteAmmi tengok kat mana ntah ada yg kata air jenama frenche roast ni rasa macam starbuck..ammi pun tak pandai sgt rasa air starbuck sbb bukan level ammilah kat situ...ammi standard air kopi tepi jalan je.
ReplyDeleteammi kalau kat office biasanya buat nescafe o tanpa gula je..
semoga makin rajin memasak air buat dia dengan adanya tumbler ini
ReplyDeleteBetul kalau simpan dalam kabinet orang lain tidak tahu hanya yang simpan itu yang tahu. Lagilah tidak nampak. Rugi kena buang yang sudah tamat tempoh.
ReplyDeleteHehe sebelum ini minum air putih sahaja. Ini sudah rajin cuba air baru.
tu dia, mcm kedai dah kat opis tu, mmg nampak sedap la french roast salted caramel latte tu tapi mama pun x berapa suka kalau manis sgt. kena letak air lebih la ni
ReplyDelete