Scroll scroll tik tok, ternampak satu video yang berkongsi tips untuk mudah hamil. Mana tahu ada adik-adik yang baru atau dah berkahwin atau dalam perancangan untuk berkahwin boleh amalkan tips ni dari awal. Kalau rezeki, bunting pelamin bagi yang baru nak berkahwin manakala yang dah berkahwin, ni salah satu cara mudah hamil yang boleh diamalkan..Insyallah..Kita usaha je tau yang menentukan jadi ke tidak, Allah. 

Joms k.fiezz share tips untuk mudah hamil ni..Tak susah pun..Kena makan je buah-buahan ni..K.fiezz dulu tak tahu tips untuk mudah hamil ni, udah berusia baru jumpa sebab sekarang ramai suka share info-info macam ni kat platfom sosial media (facebook, tik tok, instagram). Masa k.fiezz & mr hubby kahwin, internet belum meluas lagi..Jadi tak banyak dapat info pasal tips-tips macam ni. Untung sekarang tau, semua di hujung jari je..Taip keyword apa yang nak, terus jumpa blog-blog atau website berkaitan yang ada berkongsi pasal info yang kita cari macam k.fiezz nak share tips ni..

Okey, joms joms..Udah udah membebel tu k.fiezz...

AMALKAN AVOKADO, MADU & KIWI

Apakah tips untuk mudah hamil tu, k.fiezz?

Satu - Makan buah avokado bersama dengan madu. Boleh lenyek-lenyekkan lepas tu buh madu..Atau nak terus letak madu atas buah avokado pun boleh. Ikut lah mana-mana yang korang suka. Madu tu kalau boleh cari yang asli, bukan yang ada kat pasaraya sebab gula tinggi. 

cara mudah hamil, tips untuk mudah hamil


Kedua - Makan buah kiwi. 


cara mudah hamil, tips untuk mudah hamil


Buat secara konsisten setiap hari makan buah avokado + madu & kiwi. Amalkan 1 biji sehari..

Macam kita tahu lah kan dua-dua buah ni mahai, weiii. Hehe. So ambil lah 1 hari satu biji..Eh tapi kalau korang jenis berduit nak makan lebih pun boleh je..Ikut lah pada poket masing-masing. Tak ada siapa nak larang..


KENAPA BUAH AVOCADO & KIWI?

Sebab.. 

Buah Avocado ada Vitamin E yang tinggi. Fungsi Vitamin E ni untuk meningkatkan pergerakan sperma supaya membolehkan persenyawaan telur berlaku. Di samping kaya dengan asid folik yang penting untuk tingkatkan kesuburan perempuan & juga lelaki.

Buah kiwi pula kaya dengan Vitamin C yang membantu untuk meningkatkan kesuburan. Untuk lelaki, buah kiwi dapat tingkatkan kualiti sperma bagi memudahkan proses kehamilan terjadi. Jadi disarakan suami & isteri amalkan buah kiwi secara rutin. Kadang-kadang susah lekat berpunca dari kandungan lemak yang berlebihan atau bahasa mudah faham, disebabkan gemuk. Bila badan ada berlebihan lemak, melambatkan proses perjalanan sperma menuju ke telur untuk disenyawakan & boleh jadi punca tak sampai pun. Jadi salah satu khasiat buah kiwi adalah menurunkan berat badan berlebihan. Kandungan vitamin C dalam buah kiwi boleh membakar lemak dalam badan dan tukarkan kepada tenaga. Secara tak langsung lemak akan berkurang dan memudahkan proses sperma berenang menuju ke telur. Sangat-sangat bagus diamalkan oleh wanita yang mengalami maslaah PCOS @ telur tak matang. 


ADA AMALKAN TAK TIPS NI?

K.fiezz ada amalkan tips untuk mudah hamil ni?Buah kiwi, memang k.fiezz amalkan. Sebelum ovum pickup (OPU) tahun lepas, selain dari cucuk-cucuk ubat untuk besarkan telur, k.fiezz amalkan juga buah kiwi ni untuk membantu proses pembesaran telur-telur k.fiezz sebab sis ada PCOS. Selain dari faktor usia, telur makin berkurang. So masa hari ovum pick up (OPU), alhamdulillah dapat 10 biji telur yang cukup saiz untuk disenyawakan dengan sperma mr hubby. K.fiezz pernah terbaca buah kiwi juga boleh bantu besar/matangkan saiz telur kita, jadi k.fiezz usaha yang  mana mampu. 

Nasib baik buah kiwi sedap..hehe..Cuma harga dia lah agak mahai sikit. Biasa k.fiezz beli dah siap pack 5 biji tu dalam belas-belas harga dia..Tapi sampai sekarang lah buah kiwi memang dah jadi favourite sis..

Jadi kalau korang yang nak cuba cara mudah hamil ni tanpa perlu buat rawatan di hospital dulu terutama yang baru 1-2 tahun berkahwin, boleh lah amalkan 2 buah ni & juga madu. Cuma madu tu k.fiezz nasihatkan kalau boleh cari yang original sebab yang kat pasaraya, biasanya gula tinggi..

Usaha pun usaha juga tapi berbalik pada Allah.. Jadi ke tidak, semua dariNYA..yang penting kita usaha, doa & tawakal.

SELAMAT MENCUBA & MOGA BERJAYA...

**Nak baca kisah IVF k.fiezz & mr hubby, boleh klik label TTC kat bawah...

2 Comments

  1. Cara semulajadi selamat dan mudah. Kena rajin amalkan.

    ReplyDelete
  2. madu dgn kiwi mama ok, tapi tak reti la nak makan avocado

    ReplyDelete