2 kali ulang ke Mr Boom Naan kat area Keramat ni sebab buffet breakfast murah kat sini. Macamana tahu tempat ni ada buffet breakfast murah?Mr hubby yang ajak. Tak ingat macamana mr hubby boleh tahu Mr Boom Nan ni. Ada mr hubby cerita tapi sis lupa..haha. Faktor usia sangat..Salahkan usia padahal memang jenis pelupa..hehe..

BETUL KE BUFFET BREAKFAST MURAH KAT MR BOOM NAAN KERAMAT NI?

Yea murah tapi..Ada tapi nya..Harga buffet untuk makanan saja tau. Minuman kira asing. Harga untuk buffet breakfast kat sini RM7 / seorang.. Murah kan..Makan lah apa yang termampu ikut saiz perut masing-masing tapi elakkan pembaziran sebab kat sini ada tampal note makanan yang tak habis akan dicaj.hehe..

Jadi makan lah berpada-pada. Ikut style k.fiezz, bila makan buffet macam ni makan sikit-sikit. Ambil makanan dalam portion sikit untuk apa-apa menu yang rasa nak makan. Dah habis baru ambil menu yang lain pula & masih dalam kuantiti sama iaitu sikit je. Bila dah makan tu sikit, ni sikit confirm kenyang juga. Jangan risau..Berbaloi dengan harga yang kita bayar. 

Paling k.fiezz suka kat Mr Boom  Naan ni, dekorasi kedai dia cantik giler weiii..Setiap sudut instagrammable sangat. Love it. Kalau korang jenis selamba, posing je ambil gambar. Macam k.fiezz yang pemalu ni, agak line clear baru ambil gambar. Kalau tengok orang ramai, errr tak lah. Ambil gambar makanan pun, ikut yang mana dan je. haha. Segan orang tengok..

Jomss tengok dalam Mr Boom Naan ni..

mr boom naan, buffet breakfast murah

Dari luar. Dah nampak kan dekorasi dia yang meriah macam ada kenduri kahwin tu..hehe...Tips nak ke sini, datang awal pagi sebab orang tak ramai lagi. Masa kitaorang ke sini, ngam-ngam kedai baru buka pukul 7pagi. Jadi orang tak ramai lagi...Gigih bangun awal hari cuti nak gi breakfast kat sini...hehe..

mr boom naan, buffet breakfast murah

Dalam kedai..Masuk-masuk ke sini, kita kena ke cashier dulu untuk buat pembayaran & order air. Nanti cashier akan bagi nombor meja. Setel part ni, masuk ke dalam & cari menu yang dah ada disediakan...Menu pilihan agak banyak juga. Antaranya Nasi Lemak, lontong, laksa, spaghetti, roti boom, roti biasa, aneka bubur termasuk bubur nasi, Roti Naan. Lepas tu nanti ada pekerja dia akan masak mee goreng atau apa-apa yang bergoreng. 

mr boom naan, buffet breakfast murah

Siap pelamin bagai, hah..Ni kat pintu masuk..

mr boom naan, buffet breakfast murah

Muka tak mekap weiii. Pagi-pagi hari cuti nak mekap, aiiii malas...Pakai toner, moisturizer, sunscreen & tepek loose powder, calit lipstick. Dah siap... 

mr boom naan, buffet breakfast murah

Aneka bubur...

mr boom naan, buffet breakfast murah

Antara menu-menu yang ada..Pilih lah ikut selera masing-masing...

mr boom naan, buffet breakfast murah

Roti & pelbagai jenis jem..Nak bakar, pun boleh..Sebelah tu je..

mr boom naan, buffet breakfast murah

Close up sikit menu...

mr boom naan, buffet breakfast murah

Roti boom..Sebelah dia Roti Naan..Hat ni lambat sikit so makan lah dulu menu lain..Dah siap dorang masak, baru pi ambil..

mr boom naan, buffet breakfast murah

Pilihan k.fiezz..Lontong...Laksa (tak ada gambar..ada ambil tapi gegor pula..haha..)
Air - Milo, Teh Tarik, Nescafe

mr boom naan, buffet breakfast murah

Makan ikut kemampuan perut masing-masing, yea..hehe

mr boom naan, buffet breakfast murah

Laksa..K.fiezz ambil ni..Not bad rasa dia...

mr boom naan, buffet breakfast murah

Kali kedua, repeat ke sini lagi dengan mak mertua, adik ipar & family dia..

BERBALOI KE BUFFET BREAKFAST MURAH KAT MR BOOM NAAN NI?


Dari segi harga, berbaloi walaupun harga air kira asing..haha. Biasa lah mana ada orang meniaga tak nak untung, kan. Jadi acceptable lah dengan dekorasi kedai dia pun sangat wow..Menarik perhatian pelanggan. 

Dari segi rasa makanan pula, ni ikut pendapat kitaorang je tau. Orang lain tak tau..haha. Kita start dengan lontong, untuk k.fiezz okey cuma kuah dia dah sejuk masa nak ambil tu tapi sebab sis memang suka lontong, ambil juga lah..Rasa kuah dia okey, meriah juga dengan isi cuma kuah je dah sejuk tapi rasa nya tetap ada. Nasi lemak, nasi dia macam keras sikit & tak ada rasa lemak sangat. Sambal dia, tak ingat sedap ke idak...Next bubur nasi pula, ni adik k.fiezz cakap tak ada rasa tapi dia risau kena caj, makan juga sampai habis..Udah lah dia pi ambil semangkuk penuh..haha..Nasib lah..Perabiskan juga lah..tapi lepas tu dia tak boleh nak masuk dah dengan makanan lain...Laksa, okey rasa dia..Sis suka especially laksa dia jenis kecil-kecil..Mee goreng, mr hubby ambil sikit untuk rasa sebab ramai cakap mee goreng kat situ sedap..Yup, memang sedap..K.fiezz pun ada cuit sikit ambil mr hubby punya..Overall ni menu yang kitaorang cuba & banyak lagi menu lain tak cuba sebab perut dah tak boleh nak isi makanan lagi.. Jadi k.fiezz bagi pendapat untuk menu-menu yang kitaorang dah cuba je lah yea. 

Kali kedua kitaorang repeat ke sini, selain lontong k.fiezz cuba spaghetti pula. err, rasa dia..tak berapa kena dengan tekak..hehe..Spaghetti keras & kuah dia kurang sedap..hehe..

Adik ipar & wife dia pula cuba roti naan dan roti boom. So kitaorang share rasa sikit seorang, not bad rasa roti naan & roti boom..Ada 2 jenis kuah kari diaorang ambil..Satu sedap, satu biasa-biasa je..

So ni lah antara menu yang kitaorang cuba dah 2 kali ulang ke Mr Boom Naan ni. Kalau nak tahu rasa makanan kat sini, korang boleh cuba sendiri. Mana yang duduk area KL, tak jauh pun kedai Mr Boom Naan ni, kat area Keramat sajo terutama yang nak mencari buffet breakfast murah..

SEDAP TU SUBJEKTIF...

6 Comments

  1. boleh juga dicuba...tak cuba taktau kan

    ReplyDelete
  2. Murah betul harga RM7. Ini sesuai untuk yang suka rasa pelbagai makanan.
    Betul ambil sedikit buat rasa. Kalau sedap boleh tambah makan.

    ReplyDelete
  3. Kalau rm7 makan sampai kenyang memang murahlah

    ReplyDelete
  4. Terlampau murah ni cuma RM7 untuk buffet. Walaupun tak termasuk air, tetap jugak murah. Kalau kurang sedap sikit pun masih berbaloi dengan harga. Tak ralat la bayar.

    ReplyDelete
  5. uii..bnyaknya menu..nak mkn mana 1..:)

    ReplyDelete
  6. nak usha harga.. biar betul murah betul harga buffet tu

    ReplyDelete