Peluang Melanjutkan Pengajian Peringkat Diploma Di Politeknik Seberang Perai Bagi Sesi II : 2022/2023
K.fiezz share kat sini. Mana tahu ada adik-adik lepasan SPM yang bercadang nak melanjutkan pelajaran. Kebetulan ada hebahan kat e-mail Kementerian berkaitan melanjutkan pelajaran selepas SPM ni. Jadi tepek lah kat sini untuk rujukan sesiapa yang berkenaan. Kot korang sendiri ada anak-anak, anak buah, sedara-mara, anak kawan atau sesiapa saja yang korang tahu tengah mencari peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM, boleh lah share pasal ni.
(Kemasukan 29 Januari 2023)
Banyak je peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM ni untuk anak-anak kita ni, cuma kena mencari info. So ni k.fiezz share sebab kebetulan pula ada hebahan melalui e-mail di Kementerian. Untung tau sekarang ni, semua info macam contohnya peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM ni di hujung jari je. Antara rajin dengan tidak je nak mencari.
Eh membebel pula sis ni..Berbalik pada topik utama bagi yang tertanya siapa layak mohon teruskan baca kat bawah ni..hehe
𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻??
Pelajar lepasan SPM
Pelajar Lepasan Kolej Komuniti
Institut Kemahiran
Apa Program Diploma yang ada kat Politeknik Seberang Perai ni?
Ni senarai program Diploma yang ditawarkan di Politeknik Seberang Perai > https://bit.ly/3KjkPSE
Calon berkelayakan (setelah membuat semakan kelayakan), sila hubungi melalui whatsapp JHEP PSP Hotline (mesej teks sahaja) 0108691800 atau klik https://bit.ly/3NoW6wd
NOTA: Tawaran tertakluk pada syarat, kekosongan semasa dan pertimbangan pihak Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
GOOD LUCK PADA YANG MOHON...Moga terpilih... ;)
0 Comments