K.fiezz terjumpa satu video dari Tik Tok petua atasi tiub fallopio tersumbat. Tertarik pula k.fiezz nak kongsi kat sini juga untuk rujukan diri sendiri. Tiub fallopio ni fungsinya, saluran untuk membawa telur kita dari ovari ke dalam rahim untuk proses persenyawaan & implamantasi berlaku setiap kali fasa subur. Bila tiub fallopio ni tersumbat, itu yang menjadi punca susah untuk mengandung. Aiikkk..Sis dalam kategori ni ke sebab sis pun sampai sekarang tak pernah preggy..hehe..Tapi alhamdulillah, tahun lepas sebelum buat IVF dah check saluran tiub fallopio sis tak ada masalah. Tak apa,  belum rezeki lagi Allah nak bagi tapi yang penting usaha..Betul tak..

Setiap kita kaum perempuan ada 2 tiub fallopio. Tiub fallopio tersumbat ni boleh jadi satu atau kadang juga kedua-dua sekali yang akan membentuk cecair dengan banyak dikenali sebagai hydrosalphinx (air dalam tiub).  Selalu juga k.fiezz baca kat dalam group TTC (trying to conceive) yang mencari alternatif untuk atasi masalah tiub fallopio tersumbat ni selain dari rawatan moden. 

Kebetulan terlalu pula kat fyp k.fiezz, jadi untuk yang ada masalah tiub fallopio tersumbat ni boleh lah cuba petua semulajadi kat bawah ni. Mana tahu berkesan, yang penting usaha..Tak cuba tak tahu betul tak.

tiub fallopio tersumbat
Sumber - Mr Google

Cara Atasi Tiub Fallopio Tersumbat

  • LEMON/LIMAU

Minum air lemon/limau nipis suam tanpa gula setiap pagi selepas sarapan.

  • NENAS
Kisarkan nenas untuk jadikan jus & minum setiap hari. 

  • BAWANG PUTIH
Banyakkan pengambilan bawang putih dalam makanan dan masakan. Jadikan ulam makan sekali dengan nasi. Masa masak nasi, letak sekali bawang putih dalam nasi jadi rasa dia tu sedap lah sikit..hehe..

Info dari > @i.hamil (tiktok)

Untuk petua yang jus nenas tu, k.fiezz ada terbaca dari satu blog lain dari pencarian di Mr google boleh diamalkan setiap hari selepas ovulasi atau pemindahan embrio. 

Dari info di situ, buah nenas ni dikatakan sarat dengan enzim yang dikenali sebagai bromelain iaitu enzim memberi kuasa luar biasa sekiranya diambil dalam jumlah yang betul. Bromelain bertindak sebagai penahan sakit, cairkan darah serta antikogulasi (elak pembekuan darah) serta anti radang.

Pencair darah ni kalau diambil secara sederhana dapat bantu tebalkan dinding rahim, menggalakan embrio membenam & kurangkan risiko keguguran.

Dinasihatkan ambil buah nenas yang dah masak (organik seeloknya), buang kulit nenas & potong kepada 5 bahagian & makan setiap 1 bahagian setiap hari selepas terjadinya ovulasi atau pemindahan embrio.

Yang ni k.fiezz tak pasti kesahihan dia tau. K.fiezz baca je. Kalau rasa nak cuba, boleh lah kaji lebih detail. Tapi k.fiezz pernah lah terbaca dalam satu group ttc luar negeri, ada member group yang pernah share amalkan makan buah nenas ni, diaorang berjaya preggy secara semulajadi. Jadi k.fiezz tak pasti sangat samaada menjadi ke tidak..Kita orang Malaysia ni bila dengar buah nenas memang tak bagi orang yang baru preggy makan sebab takut gugur. Secara logiknya k.fiezz rasa boleh je makan buah nenas tu cuma pengambilan tu seperti yang dicadangkan. Jangan lah sekali hadap sebiji habis..Aihhh..Tu mencari pasal..hehe...

Berbalik kepada petua atau cara atasi tiub fallopio tersumbat ni, boleh lah cuba untuk sesiapa yang ada masalah ni. Selain dari rawatan moden (hospital), tak salah kita cuba dengan pengambilan dari bahan semulajadi. Mana tahu berkesan, yea tak..Lagi bahan-bahan sumber alam ni tak memudaratkan pun. Lebih elok lagi sebenarnya.

SELAMAT MENCUBA...

2 Comments

  1. Betul itu selalu bahan semulajadi tidak mahal sangat banding ubat hospital. Apapun macam-macam cara/usaha boleh buat.

    ReplyDelete