Nak share hadiah-hadiah yang k.fiezz dapat sempena birthday baru-baru ni..hehe...Over tau..Dah tua-tua pun excited bila dapat hadiah..Siapa tak excited kan..Setahun sekali gitu..hehe

Hadiah paling utama, harus lah dari mr hubby..My permanent sugar daddy tu..hehe..Thank you sayang for the gift. Apa dia?K.fiezz ada share hadiah tu dalam entry birthday..

TOMEI AEON KLEBANG


Hadiah dari mr hubby, fresh from the oven. Beli direct dari kedai. Sebelum birthday k.fiezz, mr hubby dah beritahu dia nak beli gelang emas untuk hadiah cuma dia tanya design k.fiezz yang nak pilih atau dia pilih. K.fiezz cakap nak pilih sendiri. hehe. Jadi masa hari birthday, kitaorang ke TOMEI AEON KLEBANG di Ipoh. Tak sure pun kedai emas brand apa yang ada dalam tu. Main redah je. Kebetulan memang ada seketul kedai Tomei ni je..Pun boleh janji kedai emas..

K.fiezz memang dah tahu mr hubby nak beli gelang, k.fiezz bawa sekali gelang lama yang dah patah untuk trade in. Jadi masa beli gelang baru, kitaorang trade in yang lama. Idak lah banyak sangat nak kena tambah. Cuma tambah separuh je dari harga penuh. Yeay..Jimat di situ..Masa beli time ni, harga emas (916) RM300/gram..Mak aihhh mahainya..Mungkin sebab nak tahun baru cina kot. Agaknya lah k.fiezz pun tak sure...

tomei aeon klebang

Jeling ada makna tu..sebab dapat seketul gelang emas...haha...

gelang emas 916,tomei aeon klebang

Sementara tunggu gelang yang dipilih kena potong sikit untuk ikut saiz tangan sis...

gelang emas 916,tomei aeon klebang

Harga emas masa ni  (Januari 2023)..Macam nampak tak nampak angka tu bila ambil gambar...
Emas 916 RM300/gram

gelang emas 916,tomei aeon klebang

Rambang mata masa nak pilih gelang mana nak. Kemain k.fiezz nak pilih design sekali mr hubby yang pilih juga sebab k.fiezz pi ambil hat kecil. haha.. Mr hubby pilih besor sikit. Mr hubby cakap nak upgrade gelang, ambil yang saiz besar dari sebelum. Kalau sama je, serupa tak payah tukar. Ermmm logik juga tu..Mana lah sis tahu, bukannya selalu beli emas-emas ni...Nasib baik design pilihan mr hubby, kena kat mata k.fiezz.. Jadi ikut lah cakap suami..hehe..

Lepas pakai gelang baru, lenguh tangan sis. haha..Nak tengok mana ke rupa design pilihan mr hubby, boleh baca kat entry birthday k.fiezz..

HADIAH DARI ORANG LAIN

Next hadiah dari orang lain pula...Siapa?

tuala mandi

Mak mertua k.fiezz bagi 2 helai tuala mandi..1 sorang dengan mr hubby supaya tak bergaduh..hehe..Tuala mandi mr hubby besor sikit walaupun tak boleh nak menutup keseluruhan badan tapi pandai-pandai lah adjust juga bagi tutup..haha...

baju tidur lengan panjang

Hadiah ni misteri tak tahu dari siapa. Baju tidur lengan panjang, set sekali dengan seluar panjang. Hat ni atas meja kat pejabat k.fiezz..Tak ada nama orang yang bagi. Cuma tulis kat depan 'Happy Birthday' saja. Masa birthday k.fiezz, cuti bersambung tahun baru cina jadi sis cuti direct seminggu. Masuk kerja, tengok atas meja dah ada hadiah ni..K.fiezz ada juga tanya sorang kawan pejabat yang rapat dengan sis, dia bagi ke hadiah ni. Dia kata bukan..Okey, blur tak boleh nak agak dari siapa..Siapa pun yang bagi, tima kasih yea...Bertambah lagi koleksi baju tidur..hehe...

bath and body works lotion

Hadiah ni dari Kelab Gojes PA KKR..24 Hr Moisture Ultimate Hydration Body Cream...Wangi bau dia..Sis suka..Letak kat opis..Walaupun sis ni bukan lah suka sangat pakai losyen tapi kadang-kadang tetiber rajin, pakai juga..hehe..


TERIMA KASIH BAGI HADIAH..hehe...

3 Comments

  1. alahai..syoknya buka hadiah..:)

    ReplyDelete
  2. Wahh best akk dpt hadiah..Cuya lak biasa hadiah beli utk diri sendiri nak bagi reward..ngeh3

    ReplyDelete
  3. Siap ada pemberi misteri.
    Haah saya pun jarang pakai losyen. Losyen yang ada tidak habis-habis guna. Hehe mungkin bau yang wangi itu beri motivasi untuk pakai selalu.

    ReplyDelete