Terjumpa info dari Tik Tok Dr Samhan pasal tips melancarkan darah haid. Tertarik k.fiezz nak kongsi kat sini untuk rujukan diri sendiri & sesiapa yang ada masalah sama. Lepas buat IVF tempohari, period k.fiezz macam tak berapa nak cantik flow dia. Lepas period pertama gagal IVF haritu, lagi lah sampai 15 hari k.fiezz period. Darah keluar tak cantik. Sikit sikit..Aihhh stress pula k.fiezz. Period bulan lepas, dekat 4-5 hari keluar spotting je. Lepas tu baru darah period keluar macam biasa. Mungkin effect ubat masa rawatan IVF haritu masih ada lagi yang buat period kacau sikit. Masa bulan lepas, k.fiezz cuba juga 1 petua melancarkan haid. Nanti k.fiezz share sekali kat sini. 


TIPS MELANCARKAN DARAH HAID

Bawah ni tips melancarkan haid yang k.fiezz terjumpa dari Tik Tok Dr Samhan. Tepek lah kat sini untuk rujukan diri sendiri.  

> Amalkan 15ml cuka epal setiap hari

> Makan buah nenas

> Kurangkan berat badan

> Amalkan senaman yoga

> Ambil supplement tambahan (D & B-Complex)

> Minum air halia


PETUA MELANCARKAN HAID

Petua yang ni pula k.fiezz cari dari Mr Google untuk lancarkan darah haid k.fiezz yang tak berapa nak cantik bulan lepas. Petua ni selain untuk melancarkan haid, boleh juga untuk kurangkan sengugut. So k.fiezz try sebab tak susah sangat petua dia & bahan pun senang nak cari.

Kalau korang ada masalah yang sama boleh lah cuba petua melancarkan haid & kurangkan sengugut ni. K.fiezz lebih suka cara natural macam ni dari paksa makan ubat. Kadang makan ubat banyak sangat pun tak elok. 

Jom k.fiezz share petua yang k.fiezz jumpa dari Tik Tok ni. 

tips melancarkan darah haid,petua melancarkan haid, teh halia madu

TEH HALIA MADU

BAHAN YG DIPERLUKAN:-

  • Halia
  • Madu
  • 1 Cawan Air

CARA :-
  • Hiriskan halia & rendam atau rebus dalam 1 cawan air
  • Kemudian campurkan madu

AMALKAN 3x sehari selepas makan


KESAN PENGAMBILAN..

Alhamdulillah, k.fiezz amalkan teh halia madu ni bulan lepas memang tak rasa senggugut & darah haid pun keluar cantik sikit berbanding bulan sebelum tu. Senguggut k.fiezz bukan yang jenis teruk sangat. Mild je orang putih cakap. Biasa hari pertama je sakit sikit. Lepas darah keluar, dah lega tapi masa amalkan teh halia madu ni, tak rasa sakit pun. Darah keluar macam biasa & rasa selesa je sepanjang datang haid. 

Membantu juga minum teh halia madu ni. Betul lah tips yang Dr Samhan kongsi atas tu, salah satunya  minum air halia. So boleh lah korang cuba kalau ada masalah yang sama macam k.fiezz ni. Kalau senguggut teruk, k.fiezz tak pasti lah pula yea kesan dia macamana sebab senguggut k.fiezz mild je dan alhamdulillah teh halia madu ni membantu kurangkan rasa senguggut yang mild tu.


AIR KUNYIT UNTUK LEPAS HABIS PERIOD

Ni petua yang k.fiezz  dapat dari seorang officer tempat kerja. Kawan k.fiezz yang cerita pegawai kitaorang ni ada share pasal air kunyit ni masa diaorang bersembang. Masa officer tu cerita pasal air kunyit ni, kawan k.fiezz dengar gitu-gitu je. Bila kawan tu bercerita pula pada k.fiezz, rasa tertarik nak cuba sebab air kunyit ni memang elok diamalkan oleh kita kaum wanita untuk kesihatan dalaman. Jom tengok sikit apa khasiat air kunyit ni untuk dalaman kita.

> Mencuci darah & kekotoran dalaman

> Kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit)

> Kecutkan buasir, fibroid dan semua jenis ketumbuhan dalaman

> Suburkan peranakan

> Pulihkan luka dalaman

> Naikkan seri muka

> Buang angin

> Elakkan terjadi tombong atau rahim keluar, jatuh dll

Petua Air kunyit yang diberi oleh pegawai k.fiezz ni, untuk diminum masa kita dah nak habis period (hari ke-4 @5)  untuk keluarkan saki baki darah haid yang masih ada. 

tips melancarkan darah haid,petua melancarkan haid, air kunyit,

Bahan : 

  • Kunyit Hidup (besar ibu jari)
  • Air Asam Jawa (anggaran asam jawa besar bola ping pong) **air jangan banyak sangat, takut tak lalu nak telan nanti..hehe**
  • Gula Batu (sikit untuk kurangkan rasa masam)
Cara Penyediaan Air Kunyit :

  • Tumbuk kunyit sampai lumat,  masukkan gula batu sikit. Kemudian campurkan kunyit dengan air asam jawa. 
  • Biarkan rendaman semalaman (seeloknya buat sebelum tidur). Esok pagi terus minum semasa perut masih kosong lagi. **Masa nak minum ni baru k.fiezz tapis air rendaman kunyit & asam jawa ni. Ambil air saja. Minum sekali teguk..**
Fungsi gula batu untuk kurangkan rasa masam asam jawa tu. Macam k.fiezz haritu, tak beli gula batu. K.fiezz teguk je gitu. Memang tak mampu nak telan sekali teguk. Minum sikit sikit. Alhamdulillah berjaya habiskan.. hehe

Okey ke rasa air kunyit ni?

Haha, okey..Boleh je masuk rasa dia tu. Idak lah teruk sangat pun. Demi khasiat air kunyit  yang elok untuk dalaman, onzz je...Lepas ni setiap kali habis period, k.fiezz cuba amalkan air kunyit ni untuk kesihatan dalaman terutama area perut k.fiezz yang orang asyik tegur, pregnant ke?haha..Boleh lah amalkan air kunyit untuk kurangkan kebuncitan perut sis..hehe..

Berapa kali minum?

K.fiezz minum 1x masa hari ke-4 period

Nak cantik dalaman, elok juga amalkan petua orang dulu-dulu..

5 Comments

  1. Sayapun ada rasa tidak perut hari pertama uzur. Boleh buat.
    Hehe pernah makan kunyit mentah. Rupanya ada khasiat untuk bersihkan darah uzur. Sekali lagi terima kasih.

    ReplyDelete
  2. berhasil ke untuk kurangkan perut buncit. Letih nak jawab "bila due?"

    ReplyDelete
  3. good sharing..cik nor minum air halia shaja..xcampur bnda lain..hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau ikutkan senang je nak buat tu. Semua dah ada kat dapur

    ReplyDelete