Baru ni mr hubby share resipi sambal belacan ni dari YouTube. Kalau udah mr hubby bagi resipi tu, faham-faham sendiri lah maksudnya dia suruh buat. hehe. Gigih mr hubby tanya apa yang tak ada, dia belikan barang. Masa nak buat ni yang tak ada cili padi hijau saja. Bahan lain semua dah ada dalam peti ais. So moh lah misi buat sambal belacan sedap ni. Sedap ke?Haha..Let's try...

Resipi sambal belacan ni tak pasti versi Kelantan ke tak sebab yang k.fiezz tengok kat You Tube tu, orang yang buatnya bercakap loghat Kelantan. So mungkin resipi sambal belacan ni dari Kelantan.

RESIPI SAMBAL BELACAN SEDAP

K.fiezz ni kadang rajin juga buat sambal belacan, cicah dengan ikan/ayam goreng ataupun ulam. Cuma resipi sambal belacan k.fiezz very da simple. Mungkin tak berapa sedap agaknya, itu yang mr hubby bagi resipi dari You Tube ni. Tak kisah lah kan. Sis okey je cuba resipi-resipi baru ni..


BAHAN SAMBAL BELACAN


*Segenggam Cili Padi Merah (tapi k.fiezz tak guna segenggam. Agak-agak dalam 8-9 biji)

*Segenggam Cili Padi Hijau (pun sama k.fiezz guna dalam 8-9 biji)

*Air Asam Jawa (2 sudu besar atau lebih. Bancuh pekat untuk bagi rasa masam & jangan letak air banyak sangat supaya sambal belacan tak cair sangat. Yang penting nak pekat je dari air asam jawa tu)

*Belacan (1 sudu makan). Nak guna belacan bakar pun boleh, lagi kuat bau dia.

*Limau Kasturi (K.fiezz guna dalam 5-6 biji. Buang biji saja) [kisar sekali dengan kulit]

*Gula (k.fiezz letak 2 sudu besar)

*Garam (3/4 sudu makan)


sambal belacan sedap,resipi sambal belacan

CARA BUAT SAMBAL BELACAN

1. Kisar semua bahan dalam pengisar. Kemudian air asam jawa. Dah masukkan semua bahan, kisar sampai agak halus atau ikut selera masing-masing nak macamana. 

2. SIAP. 

Note : Untuk tahan lama, boleh letak dalam botol & simpan dalam peti ais. Nak makan, baru keluarkan.


KENA TAK DENGAN SELERA MR HUBBY?

Harus lah sedap. Cuma ter pahit sikit sebab sebelum kisar, k.fiezz tak perasan limau yang masih ada biji..Overall rasa dia balance. Masam manis & masin. Sedap. Kena dengan tekak..Mr hubby memang ada cakap dia biasa makan sambal belacan kat Ipoh dulu, warna gelap macam ni. Biasa yang k.fiezz buat warna merah sebab tak letak cili padi hijau. hehe. Simple kan. So ni dah jumpa lah resipi sambal belacan yang kena dengan selera dan mata mr hubby. Boleh lah buat stok selalu. 

SELAMAT MENCUBA...

6 Comments

  1. Sedapnya sambal belacan.
    Tapi kalau terkisar biji limau sekali, itu yang buat pahit sikit ye.

    ReplyDelete
  2. Wah guna kulit limau kasturi rupanya. Hehe selalu saya tumbuk bahan cili api dengan belacan dibakar dan kemudian perah air limau kasturi sahaja dalam lesung. Ok ada beza yang saya biasa buat. Bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  3. boleh cuba nanti, senang aje semuanya kisar aje kan

    ReplyDelete