Mencari hotel di Morib?No worry. Selain Gold Coast Resort, ada hotel lain kat area Morib ni. K.fiezz masa mula-mula pun ingat ada Gold Coast Resort yang popular tu je sebab bila google, jumpa GCR ni je. Cari-punya cari rupanya ada terselit Villea Morib ni. Beritahu kat mr hubby & try tengok rate dia berpatutan, terus je booked kat sini masa kitaorang nak cuti-cuti santai area Selangor. Kitaorang tak gi vacay jauh sebab time ni adik ipar k.fiezz dah tunggu masa nak bersalin. Takut dia terberanak awal. Confirm mak & abah k.fiezz datang KL. Jadi kitaorang kena standby untuk ambil mak & abah kat stesen bas. Itu yang bercuti dekat-dekat je lah. Pilihan kitaorang area Selangor saja..


REVIEW VILLEA MORIB


Lepas check out dari Avani Sepang, k.fiezz & mr hubby check in kat Villea Morib ni pula. Asalnya memang booked sini je. Mr hubby saja gatal booked kat Avani Sepang sehari awal dari sini sebab nak try menginap kat situ, best ke idak?Tengok gambar kat Mr Google, very da class hotel dia. Tertarik pula nak cuba bercuti ke situ...

Sekali dah try kat sana, ternyata..Best bangattt..haha..Bila check in kat sini pula, expectation agak jauh beza antara 2 hotel ni. Dari hotel 5 bintang ke 3 bintang...Jangan lah bezakan pula.. Memang lah beza dia agak jauh tapi sokay dah booked pun kat sini. Proceed sajo..

Villea Morib ni kedudukan hotel dia tepi jalan. Senang sangat nak cari. Expectation Villea Morib ni lebih kurang sama macam Hotel Sri Malaysia. 3 bintang. 

Kat Villea Morib ni, kaunter sampai pukul 11mlm saja. Lepas dari tu kalau ada masalah apa-apa security guard bertugas 24 jam. Kamera pun sentiasa berfungsi sekitar penginapan...

Jom k.fiezz bawa explore mana ke ghupe Villea Morib ni..

villea morib, hotel di morib

Dari lobi. Kaunter pendaftaran & coffee house kat sini..

villea morib, hotel di morib

Coffee House. Sebelah je dengan kaunter pendaftaran. Breakfast kat sini. 

villea morib, hotel di morib

Bilik k.fiezz & mr hubby. Kitaorang punya ni jenis chalet & mengadap laut..

Ada apa dalam bilik?

villea morib, hotel di morib

Almari


villea morib, hotel di morib

complimentary - coffee, tea set & mineral water. Cerek elektrik, mug, tv, sofa, coffee table..

villea morib, hotel di morib

Iron,iron board, hair dryer, tuala, sejadah & selipar bilik ada disediakan..

villea morib, hotel di morib

Shower. Buka shower dia, seriau sebab bunyi tekanan air dia kuat bila on water heater. haha..

villea morib, hotel di morib

complimentary - shower gel, shampoo, lotion
Mangkuk tandas tu agak failed sikit sebab tak berapa bersih. Ada sisa kotoran yang tak dibersihkan elok..Kitaorang tak complaint pun. K.fiezz sental sendiri kotoran tu pakai tisu basah..

villea morib, hotel di morib

View dari balkoni..Buka je sliding door/tingkap, nampak view ni...

villea morib, hotel di morib

Ada kolam renang. Kedudukan kolam ni kat tengah so dari luar memang tak nampak..

villea morib, hotel di morib

Dari chalet kitaorang nak ke coffee house untuk breakfast, lalu kat kolam renang ni. Cantik view dia..Sejuk mata tengok...Kat sini dekat dengan bilik-bilik..Chalet agak jauh sikit kedudukan dia sebab mengadap laut..

villea morib, hotel di morib

Breakfast time..Menu dia tak banyak sangat tapi dari segi rasa, not bad..Dari menu berat sampai ke pencuci mulut ada...

Apa aktiviti buat kat sini?


Tadaaa..Chalet kitaorang mengadap laut. Depan chalet ada taman permainan untuk budak-budak & padang (rujuk gambar bawah ni). Jadi aktiviti kitaorang main layang-layang & konon exercise reflexology kaki..haha..Masa kitaorang ke sini haritu, ada family main bola dengan anak-anak dia kat area ni sebab padang dia luas. Seronok tengok diaorang main-main sambil ayah dia rekod/rakam..Ada yang ber photoshoot berlatarbelakangkan view yang cantik..Lepak-lepak dengan family members,berkelah & main layan-layang macam k.fiezz & mr hubby..hehe.. Untuk k.fiezz,suasana kat sini best sebab tenang, tak crowded..Duduk santai-santai pun seronok..

Meh layan sis yang konon-konon refleksologi kaki sangat tu. Padahal auchhh auchhh pijak batu-batu tu..haha..

villea morib, hotel di morib

Mr hubby suruh jalan kalau idak tak natural dalam gambor..Berjalan lah dengan auchhh auchhh..haha..

villea morib, hotel di morib

Lepak makan maggie sebelum main layang-layang...hehe...

villea morib, hotel di morib

cubaaan menaikkan layang-layang..angin on off kat area sini..so layang-layang pun kejap naik, kejap turun..haha...


villea morib, hotel di morib

sis main ni masa layang-layang dah stabil naik..hehe..
belakang tu chalet penginapan kitaorang...

villea morib, hotel di morib

Melayan senjaaa tepi laut..

BEST TAK KAT VILLEA MORIB NI?


Dari segi persekitaran, keselesaan hotel boleh tahan. Tenang & tak crowded. Nak release tension ke apa,  memang sesuai sangat kat sini..K.fiezz suka part tenang je kat sini...

Masa kitaorang lepas masuk bilik, try check tv, suis & aircond semua berfungsi ke idak. Semua okey tapi tv pula tak ada channel. Terus buat report kat kaunter, sekejap je maintenance dia sampai untuk betulkan..Legaaa, boleh tengok tv. Kalau idak, nganga juga lah tak boleh tengok tv..Udah lah kitaorang menginap kat sini 2 hari..Good job untuk maintenance dia yang bertindak cepat..Kebersihan bilik pula overall okey cuma part tandas tu je, tak puas hati sikit. Sebab ada kesan hitam macam najis yang dah lama melekat dekat mangkuk tandas tak dibersihkan dengan elok. Sikit je pun kesan hitam tu jadi k.fiezz tak complaint. Sental sendiri guna tisu basah..Gigih tak sis..haha..Lagi satu kat sini, luar bilik ada tong sampah besar so bila sampah dalam bilik dah penuh, k.fiezz terus buang sampah kat situ je. Tak perlu nak tunggu housekeeping datang bersihkan bilik..

Haiwan ada ke?Errrr, masa buka pintu balkoni, ada lah terdengar bunyi pelik. Laju-laju sis tutup pintu tu balik. Cakap kat mr hubby. Bila cari punca bunyi, rupanya bunyi tupai tengah gigit buah kelapa..haha..Aihhh sis ni tupai pun tatut...Selain dari tupai, tak ada lah pula nampak haiwan lain berkeliaran kat situ...

Part kedai makan pula, agak jenuh sikit. Paling dekat medan selera di Dataran Morib & ada 1 kedai makan melayu bertentangan sebelum masuk ke Dataran Morib ni. Tapi kedai makan ni pun tak lah besar sangat. Kategori biasa saja. Kalau nak cari kedai makan yang lain, boleh cuba ke pekan..Macam k.fiezz & mr hubby, untuk makan malam kitaorang siap-siap tapau masa keluar makan tengahari. Malas nak keluar malam sebab tak biasa area sini. Lagipun malas nak keluar..hehe..

Selain dari tu, rasanya okey je kat sini..Kawasan kampung & nak bawa keluarga cuti santai, sesuai sangat..Boleh lah tengok suasana kampung yang tenang, lepak tepi laut...

VILLEA MORIB BERHANTU?


Ada kena kacau tak masa duk sini?haha..Sebab terjumpa keyword kat mr google, villea morib berhantu ke? haha..k.fiezz idak lah kena kacau..Mr hubby mungkin ada diganggu sikit sebab masa hari pertama bermalam kat sini anggaran pukul 2-3 pagi, mr hubby bangun nak ke tandas. Terdengar bunyi ketukan pintu kat chalet kitaorang cuma tak pasti dari arah depan atau belakang. Mr hubby boleh pula intai kot lubang pintu & selak langsir sliding door belakang nak tengok apa benda bunyi ketukan tu sebab tak pasti bunyi tu dari arah depan atau belakang..Ehhh sabor je lah sis..Nasib mr hubby tak ikut macam mat salleh..Dengar bunyi pelik-pelik, siap buka pintu pi check..haha..tapi nasib baik masa mr hubby intai & selak langsir, tak ada penampakan sebarang entiti..Malam kedua, alhamdulillah tak ada sebarang gangguan..Jadi sikit je lah kena ganggu dengan bunyian yang tak pasti apakah bendanya tu..

Overall penginapan kat Villea Morib ni agak boleh tahan dari segi penginapan dan keselesaan dia..

Harga kat sini?RM3xx.xx / 1 malam untuk chalet..Bilik tak pasti pula harga dia berapa..

So kalau  korang mencari hotel di Morib, boleh cuba ke Villea Morib ni..

SESEKALI BERCUTI UNTUK RILEKSKAN DIRI...

6 Comments

  1. Selamat beriadah dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  2. wah mmg nampak best la chalet ni boleh lepak minum2 teh sambil tgk laut.. tapi kalau bab hantu tu mama agak lemah sikit.. menda2 mcm tu mmg ada di sekeliling kita

    ReplyDelete
  3. Suasana dia best ibu suka kalau bercuti dapat berehat dekat tempat macam ni. Tak crowded tenang saja. Hurmmm memang dah lama sangat2 tak bercuti tempat2 macam ni. Bolehlah nanti ada rezeki ajak ayah bawa Aqil ke sini. ;)

    ReplyDelete
  4. Chalet dilengkapi perabot kayu. Eh macam boleh semangat hilang kalau tandas duduk tidak bersih. Siap boleh main layang-layang. Hehe aktiviti refleksologi itu boleh tahan sakit kalau pijak.

    ReplyDelete