Cari tempat makan di Morib?Senang tak?Sejujurnya untuk k.fiezz & mr hubby agak susah nak cari tempat makan di Morib ni. Memandangkan kitaorang bukan sejenis suka explore. Kalau boleh nak cari tempat makan yang dekat je bila menginap kat mana-mana hotel/homestay. Tapi masa kitaorang menginap kat Villea Morib ni memang agak jenuh nak mencari kedai makan. Paling dekat Dataran Pantai Morib sebab situ ada deretan medan selera cuma saja lah nak cari kedai makan lain sebab duk makan kat situ je, bosan juga. Itu yang mencari tempat makan di Morib tapi memang yang terdekat tak ada.. Ada pun, nun yang nak menghala ke Pekan. Kat area situ memang banyak kedai-kedai makan tepi jalan. Meriah sikit berbanding area Villea Morib & Pantai Morib ni. So masa stay kat Villea Morib ni, untuk makan malam kitaorang siap-siap beli time keluar makan tengahari. Memang tak ada lah nak makan panas-panas. Makan je apa yang dah beli walaupun dah sejuk..hehe. Janji makanan tak basi. So okey je..

Keluar time tenghari kitaorang okey je sebab siang. Dah malam & gelap risau nak keluar sebab tempat orang & tak biasa. Nak mencari pula kedai makan, lagi baik beli makan malam siap-siap. Senang sikit. Lagipun masa kitaorang bercuti ke sini, tengah musim hujan. Tak lalu lah asyik nak meredah hujan je. Jadi untuk memudahkan diri sendiri, tapau je makanan siap-siap.

Kitaorang makan kat mana masa duk Villea Morib?Joms check it out...

TEMPAT MAKAN DI MORIB

Masa hari pertama kat Villea Morib lepas je check in, kitaorang keluar balik cari kedai makan untuk makan tengahari. Ater jenuh lah mencari tempat makan di Morib ni weiii. So penyudahnya makan kat kedai tepi jalan ni je. Lokasi kedai ni bertentangan nak ke Dataran Pantai Morib. Masa mula-mula mencari kedai makan, kitaorang dah try cari kedai lain selain yang ada ni tapi tak jumpa..Ke hulu ke hilir kitaorang round cari kedai makan. hehe. Lapar punya pasal & dekat 1 jam mencari kedai makan je, kitaorang singgah je makan kat sini. 

Tak ingat nama kedai ni tapi dia jual masakan berlauk..Masa k.fiezz & mr hubby sampai dah lepas pukul 2, so makanan banyak dah habis. Jadi ambil apa yang tinggal je lah. 

tempat makan di morib

Menu lunch kitaorang hari pertama di Morib..

tempat makan di morib

K.fiezz kureng sikit ayam benornya. Lebih suka ikan so ambil ikan, sayur & sambal belacan sikit..
Rasa masakan dia, so-so gitu..

tempat makan di morib

Makan malam hari pertama, k.fiezz & mr hubby beli kat salah satu gerai di Dataran Pantai Morib. K.fiezz makan Laksa, mr hubby makan Mee Rebus..

Yang ni sedap. Mr hubby suka mee rebus dia..Gerai ni memang kitaorang dah tahu mee rebus dia sedap sebab pernah try sebelum ni..hehe... < LEPAK DI MEDAN SELERA MORIB >

Hari Kedua - Makan tengahari, k.fiezz & mr hubby jalan-jalan cari makan kat sekitar Morib tapi kali ni lajak sikit menghala nak ke pekan sebab banyak kedai makan area situ. 

Singgah kat kedai Nasi Beriani Bintara ni yang terletak di tepi jalan je. Boleh nampak dari jalan utama. Area sini memang banyak kedai makan. Macam-macam ada. Pening pula kitaorang nak pilih yang mana. Pilih punya pilih, mr hubby ajak ke sini sebab nak try Nasi Beriani dia. Mr hubby suka nasi beriani, k.fiezz kureng sikit. Nasib baik kat kedai ni, ada pilihan menu yang lain. Legaaa sikit..

tempat makan di morib

Ni kedainya. Sharing sebab ada 1 lagi kedai dalam ni yang jual menu lain macam k.fiezz order Nasi Ayam Penyet.

tempat makan di morib

Wefie sebelum makan. 


tempat makan di morib

Pilihan menu lunch mr hubby, Nasi Beriani Ayam..
Portion nasi dia, selambak weiii. Mr hubby pun tak larat nak habiskan. Rasa nasi beriani dia, mr hubby cakap beshe-beshe je. Tak wow sangat tapi boleh lah di makan. Idak lah teruk benor pun rasa dia cuma nasi tu mr hubby cakap tak ada rasa rempah-rempah dia...


tempat makan di morib

K.fiezz pilih Set Nasi Ayam Penyet. Sedap. Sis suka sambal dia. Nasi ayam penyet ni, yang paling penting rasa sambal dia tu. Sambal dia sedap, memang sedap lah keseluruhan set. 


Makan Malam Hari Kedua - Kitaorang beli kat sini je Mee Bandung..On the way nak balik ke hotel, nampak restoran ni kat tepi jalan. Mr hubby memang penggemar mee bandung, mee rebus. So singgah lah beli ni untuk makan malam. Senang. Sat gi lapar, tak payah nak keluar-keluar ke apa. Makanan dah ada, boleh terus makan je..

tempat makan di morib

Mee Bandung Muar di Morib

tempat makan di morib

Menu pilihan k.fiezz

tempat makan di morib

Menu pilihan mr hubby

tempat makan di morib

Set Nasi Ayam Chincang Biasa, k.fiezz punya. Mee Bandung Daging, mr hubby punya..

Hat ni rasa dia beshe-beshe juga. Mee Bandung tu nama je Mee Bandung Daging tapi daging dia ada 2-3 ketul. Bising mr hubby sambil makan. haha. Hat k.fiezz punya pula, kuah cair. Tak tahu lah kuah apa tu. Tengok macam kari tapi agak cair & sambal dia, boleh lah. Boleh di makan. Portion nasi banyak, boleh share makan 2 orang kalau jenis perut kecil macam k.fiezz ni. Overall rasa makanan dia, not bad. Boleh di makan. Idak lah teruk sangat rasa dia.

RAJIN EXPLORE CARI TEMPAT MAKAN LAIN

So kalau korang bercuti ke sini & rajin explore cari tempat makan di Morib ni, boleh lah cuba cari yang lain. Terutama yang agak jauh sikit dari hotel. Macam k.fiezz & mr hubby ni kurang rajin sikit. K.fiezz ni onzz je cuma yang bawa kereta tak rajin nak cari jauh-jauh dari hotel. Jadi kita terjah yang mana ada je lah..hehe..Apapun alhamdulillah syukur ada juga kedai makan dari tak ada langsung. Lagi haruuu..

Overall tempat makan di Morib ni, kena rajin explore dan lajak sikit dari Villea Morib tu. Kalau  nak ke Pekan tu, lagi meriah sebab banyak kedai-kedai makan kiri-kanan jalan. 

Keyword nya kena rajin berjalan saja. 

SUKA TEMPAT BERCUTI  YANG DEKAT DENGAN KEDAI MAKAN...

7 Comments

  1. Rajinnya Fiez cari tempat makan...tahun depan la SA buat JJCM...tahun depan dah ada tukang bawak berjalan

    ReplyDelete
  2. bestnya jalan-jalan dan makan2 hehe

    ReplyDelete
  3. Nasi Beriani Ayam tu banyak betul sis.. Kalau ibu mcm rasanya suku pun dah kenyang.. ;)

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera
    Nampak sesedap semuanya

    ReplyDelete
  5. Betul kalau tempat penginapan dekat dengan gerai-gerai dan kedai-kedai mesti seronok.
    Apapun ada sebab untuk jalan-jalan cari makan sambil jalan-jalan ambil angin.

    ReplyDelete