Wardah 2 way cake, gabungan bedak dan foundation yang buatkan tertarik k.fiezz nak cuba. Lagi senang nak tepek kat muka berbanding liquid foundation. Wardah 2 way cake ni sekali dengan span dia dalam bekas. Jadi senang nak sapu bedak kat muka berbanding kalau guna liquid foundation. Kena guna jari jemari dulu untuk dot dot foundation kat muka lepas tu baru ratakan dengan berus. 2 kali kerja di situ. Agak leceh sikit. Di rumah okey je sebab memang ada berus untuk foundation. Kat pejabat, k.fiezz tak ada berus foundation, itu yang rasa leceh nak guna liquid foundation di pejabat. Lebih praktikal guna wardah 2 way cake ni untuk lepas solat di pejabat. Cepat sikit time bermekap. Kalau idak, lama benor ngadap cermin kat surau tu..hehe..Sis seorang je dekat 15 minit conquer cermin. haha..


WARDAH 2 WAY CAKE 

Ada 4-5 kod untuk Wardah 2 way cake ni & k.fiezz pilih kod 04 (Natural). Rasa kod ni lebih sesuai untuk kulit sawo matang macam sis ni yang tak cerah & tak gelap. hehe

Fungsi Wardah 2 Way Cake ni, boleh menutup bekas parut hitam atau parut jerawat pada muka dan muka nampak lebih flawless natural. Jadi memang sesuai nak guna setiap hari.

Ada apa dalam Wardah 2 Way Cake ni :-

Superfine Silky Particles  -  Formula khusus yang bagi kesan flawless dengan coverage untuk tahan lama.

Soft Focus Agent - Samarkan liang pori dan kulit nampak lebih halus dan mulus.

Oil Absorber - Bagi muka nampak matte dan bebas dari kesan berminyak.

SPF 15 - Melindungi kulit dari sinaran UV juga.

Vitamin E - Antioksidan untuk melindungi kulit dari pencemaran.

wardah 2 way cake

Kod 04 (Natural)

wardah 2 way cake



Deksripsi belakang kotak Wardah 2 Way Cake

KESAN PAKAI WARDAH 2 WAY CAKE

Apa kesan dia?Harus lah sis rasa kulit nampak cantik & smooth je mekap. haha. Perasan. Okey, serius ikut pada mata k.fiezz nampak smooth hasil lepas tepek Wardah 2 Way Cake ni pada muka selain dari berjaya juga menutup bekas-bekas parut pada muka sis. Tak percaya, rujuk gambar bawah. hehe. 



wardah 2 way cake


Kulit berminyak?Tak ada. Walaupun salah satu kandungan Wardah 2 Way Cake ni ada fungsi untuk menyerap minyak tapi k.fiezz tetap guna juga loose powder untuk serap lebihan minyak pada muka. Jadi kesan berminyak memang tak nampak sebab k.fiezz kombinasikan dua produk yang kurangkan muka berminyak iaitu Wardah 2 Way Cake ni dan loose powder

Overall k.fiezz puas hati sangat guna Wardah 2 Way Cake ni. Selain dari yang ni, k.fiezz guna juga liquid foundation jenama Wardah tapi untuk mekap dari rumah. Di pejabat k.fiezz lebih suka yang ni, cepat sikit masa bermekap lepas solat. hehe..


Rekomen Beli? Sangat rekomen sebab tekstur bedak yang halus & bagi kesan muka nampak smooth. Boleh rujuk gambar sis atas ni. Perbezaan sebelum dan selepas. 

Harga? Berpatutan. Masa k.fiezz beli ni harga dalam RM17.xx..Tak pasti samaada memang harga asal atau offer. Kebetulan masa beli Wardah 2 Way Cake ni ada promosi produk kecantikan di Watson. 

Tahan Lama? Yup, rasanya boleh tahan dalam 2-3 bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan.

Nak cuba Wardah 2 Way Cake ni, korang boleh cari di drug store atau mana-mana pasaraya yang ada jual produk kecantikan juga.


SUKA GUNA PRODUK YANG JIMAT MASA MEKAP...

10 Comments

  1. kalau tahan untuk 2 bulan memng kira bagus tu

    ReplyDelete
  2. Nampak muka bebas parut. Kulitpun nampak berseri.

    ReplyDelete
  3. ramai yag dah review ni..nak kna cuba jgk la..:)

    ReplyDelete
  4. wah nampak berseri dan flawless fieza lepas pakai bedak ni.. boleh consider ni

    ReplyDelete
  5. bagus juga hasil akhirnya sungguh bagus. sudah terlihat dari bentuk wadahnya

    ReplyDelete
  6. ammi guna loose powder wardah je...tp kadang2 selalu je lupa nak tepek ahakss

    ReplyDelete
  7. Fuhh memang full coverage laa . Hilang parut2 jerawatkan .

    ReplyDelete
  8. mcm best aje, selepas pakai nampak muka fieza lagi toned dan flawless

    ReplyDelete
  9. SA dah beli dan as usual x sesuai ngan kulit SA, dia x melekat lama...hehehe...last2 bagi kat adik

    ReplyDelete
  10. Ok nanti nak try yang ni pulak

    ReplyDelete