Seperti yang sedia maklum, bulan Ogos-September lepas k.fiezz & mr hubby buat rawatan IVF. Nak tahu ke berapa kos IVF kitaorang? K.fiezz & mr hubby buat rawatan di Hospital Pengajar UPM dan juga HUKM. Kenapa buat kat 2  hospital pula ni? Sebab HPUPM ni hospital baru, mungkin ada kelengkapan untuk proses IVF di situ tak lengkap, gynae minta kitaorang buat beberapa proses IVF di HUKM tapi semua sesi consultation, scanning di HPUPM. Ada 2 proses saja buat di HUKM iaitu pick up egg (OPU) & embrio transfer..

BERAPA  KOS IVF?


Dalam gambar bawah ni untuk kos ubat, scanning, check tahap kesuburan suami isteri & consultation saja bermula dari Februari - September 2022. Kos keseluruhan RM14k lebih kurang termasuk proses di makmal untuk proses persenyawaan telur & sperma yang menghasilkan embrio (embabies). Proses di makmal ni paling mahal. Cecah RM6k weii..Untuk simpanan embabies (frozen), RM1k++..Jadi total keseluruhan untuk k.fiezz & mr hubby punya ni RM14k..

So kalau korang ada yang merancang untuk buat rawatan IVF di hospital kerajaan, pastikan ada simpanan kewangan yang mencukupi. Kos ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil bergantung kepada keadaan badan kita dan juga nasihat dari Doktor. Jadi kos berbeza pada setiap orang. Cuma secara kasarnya, untuk rawatan IVF di hospital kerajaan ni boleh lah korang agak anggaran dia berapa?Cecah belas ribu... Kalau rawatan IVF di hospital swasta, k.fiezz tengok dalam group IVF di facebook, ada yang berkongsi cecah RM20K++ dan ke atas. 


berapa kos ivf,kos rawatan ivf di hospital kerajaan,harga untuk buat ivf,ubat untuk ivf

RM5K+ untuk ubat, scanning, consultation & check kesuburan suami isteri

KAKITANGAN KERAJAAN BOLEH CLAIM UBAT


Untuk kakitangan kerajaan yang tak pernah ada anak & buat rawatan kesuburan ni boleh claim ubat. Proses lain semasa dalam rawatan kesuburan, tak dibenarkan. Jadi k.fiezz cuba hantar claim ke Bahagian Kewangan Kementerian, jumlah yang tertera ni je sebab melibatkan pembelian ubat. Jumlah ni pun bukannya semua dapat. Bahagian Kewangan, Kementerian akan hantar permohonan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dulu samaaada diluluskan ke atau tidak. Kemudian pihak KKM akan check yang mana boleh claim & mana tak boleh. Lepas tu baru lah tahu berapa jumlah yang dibayar semula sekiranya tuntutan k.fiezz ni diluluskan. Kalau lulus, k.fiezz tak expect dapat semua jumlah ni, dapat separuh pun dah syukur. Harapnya tak ada masalah dalam proses semakan & kelulusan. Risau ni tapi fikir positif..

MAHAL KE UBAT UNTUK IVF NI?

Macam k.fiezz beritahu awal entry ni, pengambilan berapa banyak dos ubat bergantung kepada keadaan badan kita. Dr akan advise berapa dos ubat yang perlu diambil oleh kita, kaum wanita untuk menggalakkan pengeluaran telur. Kita perempuan ni seiring dengan peningkatan umur, jumlah telur makin berkurangan, jadi dos ubat pun makin tinggi dan dalam kuantiti yang banyak..Untuk lelaki tak ada sangat kecuali ada masalah count sperm kurang Dr akan suruh amalkan supplement tambahan. Selain dari tu, ubat-ubat yang banyak diambil sepanjang proses IVF ni kita kaum perempuan saja. haha. #bertabahlah..

Secara keseluruhannya harga ubat untuk IVF ni, memang mahal benornya. Meh k.fiezz senaraikan di bawah ni jenis ubat & harga ubat untuk IVF. Kuantiti ubat tu untuk k.fiezz seperti diarahkan oleh Doktor. Lain orang lain lah jumlah dia yea.. Jangan samakan..

Gonal F - RM397.70 (1 unit) x 9 unit =  RM3579.30
Orgalutran - RM131.10 (1 unit) x 4 unit = RM524.40
HuCog - RM70.00 (1 unit) x 2 unit = RM140.00
Ubat Lain + Consultation + Scanning = RM1063.15

So korang boleh lah agak berapa kos IVF ni sekiranya ada perancangan untuk buat rawatan ni di hospital kerajaan ataupun swasta. Ikut pada bajet masing-masing. 

BERHASIL HAMIL KE KAEDAH IVF NI?

Ikut pada rezeki masing-masing. Kalau Allah dah tentukan kita hamil melalui kaedah ni, hamil lah kita. Kalau belum sampai rezeki lagi Allah nak bagi, belum lah lagi. Yang penting kita usaha dulu. Macam k.fiezz sendiri percubaan kali pertama hamil dengan kaedah IVF ni tak berjaya. Mula-mula memang rasa down sangat. Tapi seiring dengan masa, k.fiezz boleh terima belum sampai rezeki lagi Allah nak bagi. K.fiezz & mr hubby masih ada baki 1 lagi embabies frozen, cadangnya awal tahun depan baru buat semula untuk masukkan satu lagi embabies tu. Berjaya ke tidak. hanya Allah yang sebaik-baik perancang. K.fiezz & mr hubby usaha mana yang termampu.


USAHA..DOA..TAWAKAL...

11 Comments

  1. Bolehlah mereka uang berkira-kira bust IVF bersedia jumlah duit ysng diperlukan.
    Bersedia mental, fizikal dan kewangan untuk tahun depan. Insya Allah semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq NA...insyallah..moga 2nd ivf k.fiezz & mr hubby thn dpn berjaya..betul, sapa yang bercdg nak buat IVF boleh lah agak anggaran kos dia berapa dari entry sis ni...

      Delete
  2. baru tahu untuk kos IVF sangat mahal....memang ujian kepada pasangan yang menghadapinya...

    ReplyDelete
  3. semoga usaha fieza dan hubby berjaya walaupun utk pertama kali.. mmg kos nya tak murah tapi inilah usaha terbesar fieza. mama doakan semoga berjaya ye..

    ReplyDelete
  4. saya doakan semoga berjaya ya tahun mendatang

    ReplyDelete
  5. Allah...mahal juga ye walau dia hospital kerajaan pun.
    Ya Allah rezekikan pasangan ini dengan zuriat

    ReplyDelete
  6. Selalu follow sis fieza punya story ivf ni di ig . Tiap kali sis update journey ivf ni kita pulak yg rasa debor haaa .. InsyaAllah sis ..sama2 usaha .. Ada rezeki . Lambat dan cepat je . Semuanya sudah tertulis

    ReplyDelete
  7. InshaAllah semoga ada rezeki baby IVF atau baby naturally conceive untuk Fieza dan suami ya....

    ReplyDelete
  8. insya allah ada rezeki nanti, amin

    ReplyDelete
  9. Kos ivf memang mahal. Huhuhu..menggigil tangan nak keluar duit..sy doakan kak fiezz dan suami akan dikurniakan baby. InsyaAllah rezeki itu akan datang tepat pada masa

    ReplyDelete
  10. Sy buat kt swasta. Memang 20K keatas. Sy pilih swasta sbb senang nk berurusan dan kami onthespot nak buat IVF sebab taknak menunggu. Bkn sbb byk duit sgt pun. Hehehe

    ReplyDelete