Sabtu lepas layan Drishyam 2 kat panggung weiii..1st time tengok cerita hindustan kat panggung wayang. Sanggup tau. Dari haritu k.fiezz nampak Drishyam 2 versi hindi ni dah ada kat wayang tapi pukul 8mlm saja. Alamakkk..Malam-malam ni failed sikit sebab balik rumah, nak parking penuh. Kebetulan minggu lepas, kitaorang ke KWC. Balik dari KWC, adik ipar k.fiezz cakap bosan balik rumah sebab dia duk rumah seorang. Mr hubby tanya nak ke mana?Try tengok wayang ada tak cerita best. Adik ipar k.fiezz check ada cerita Drishyam 2 ni. Pukul 6ptg & 8mlm. Mr hubby tanya k.fiezz, okey ke?K.fiezz onzz je. Parking tak ada masalah sebab kereta adik ipar ada parking kat rumah kitaorang. So balik rumah, adik ipar keluar dari parking, kitaorang take over parking tu pula..Jadi parking setel. 

Ambil adik k.fiezz & lepas tu terus laju-laju ke Jaya Mall di PJ. Plan nak masuk wayang yang pukul 6ptg, masa lepas ambil adik k.fiezz dah pukul 5.45 lebih kurang. Jarak dari rumah kitaorang nak situ tak jauh sangat. Lagi satu pilih kat situ tak ramai orang.  Sampai je, adik ipar k.fiezz terus laju menuju ke TGV tingkat 5. K.fiezz & mr hubby naik lif..haha. Dasar pemalas memang gitu..

BERJAYA BELI TIKET DRISHYAM 2

Adik ipar dapat beli tiket Drishyam 2 ngam-ngam pukul 6tg. Lepas beli tiket, tanya kat staff  TGV, dah start ke cerita ni. Biasa tayang iklan dekat 10-15minit sebelum start cerita. Staff  TGV cakap belum start lagi tapi hall dah boleh masuk. So sempat kitaorang beli makanan/minuman kat kaunter makanan sebelum masuk. Masuk tandas siap-siap sekali. haha. Setel beli makanan/minuman, terus masuk ke hall 6.    

Masa kitaorang masuk, memang cerita tak start lagi. Legaaa..So boleh duduk dalam keadaan selesa & rileks. Tak kelam kabut sebab cerita belum mula pun lagi. 

10 minit lebih kurang, baru cerita start. Jeng Jeng Jeng..

Cerita ni nak faham kena tengok yang dari Drishyam 1 tau. 

SINOPSIS DRISHYAM 2

Keluarga Vijay Salgaonkar kembali. Sambungan dari Drishyam 2, Vijay & keluarganya muncul kembali tapi kali ni pihak polis membuka semula kes sebab penemuan mayat yang disembunyikan dan kali ni ada saksi yang ternampak Vijay ketika dia cuba menyembunyikan mayat tersebut beberapa tahun lepas. 

Vijay dah boleh agak, kes ni akan dibuka semula & mayat yang disembunyikan selama ni akan dijumpai juga. Jadi apa tindakan Vijay kali ni?Tambahan pula ada pegawai polis senior yang ambil alih kes ni dan unsur kejutan yang tak disangka..

drishyam 2, drishyam 2 review
Sumber Gambar - Mr Google

drishyam 2, drishyam 2 review

REVIEW DRISHYAM 2

Serius lagi best Drishyam 2 ni dari Wakanda Forever yang k.fiezz & family tengok beberapa minggu lepas. Berbalik pada cerita Drishyam 2 ni, jalan cerita yang simple & tak ada aksi-aksi lawan pun. Kes dia menyiasat saja dah cukup menarik. Setiap scene nak tahu apa tindakan Vijay untuk tutup kes pembunuhan yang dilakukan secara tak sengaja oleh anak pertama dan isteri dia (Vijay cover part ni) dan macamana pihak polis sanggup buat apa saja demi mencari bukti untuk mengheret Vijay ke muka pengadilan. Setiap tindakan Vijay buat, dia tak pernah kongsi dengan ahli keluarga dia walaupun isteri dia sendiri. Memang elok pun sebab geram tengok bini dengan anak-anak Vijay ni, bila pihak polis macam dah start menyiasat, memang obvious giler muka takut. Tak pandai cover langsung. Tapi dengan jiran dia, bukan main laju bini dia bercerita. Sabor je lah.. Nasib Vijay ni rileks je sampai lah diaorang sekeluarga ditangkap sekali lagi selepas penemuan mayat yang disembunyikan oleh Vijay selama ni dijumpai oleh pihak polis. Masa ni, isteri & anak-anak dia dipukul oleh pihak polis untuk mengaku. Geram je tengok part ni. Nampak benor polis guna kuasa veto..

Untuk menyelamatkan keluarga dia dari diseksa lagi sekali oleh polis, Vijay terpaksa mengaku, dia yang buat pembunuhan tersebut dan cara dia menyembunyikan mayat. Vijay diheret ke mahkamah berdasarkan pengakuan yang telah dibuat.

Tapi takkan Vijay nak mengalah macamtu je kan. K.fiezz suspens tengok part ni. Eh sekali dia twist. Vijay memang ready nak kena tangkap tapi dia dah sediakan langkah persediaan lagi awal dari pihak polis. Sebelum polis jumpa mayat tersebut, dia dah tahu lambat laun mesti akan terbongkar juga. Jadi dia dah bersedia lagi awal dari pihak polis. Bagus giler si Vijay ni. Dia berjaya dibebaskan bila peguam membuktikan pengakuan yang dibuat oleh Vijay berdasarkan novel. haha. Novel ni pun Vijay punya rancangan tapi dah diterbitkan awal dalam tahun 2016. Kes pembunuhan berlaku tahun 2014 & Vijay ditangkap tahun 2022. Jadi pihak polis dipersalahkan sebab buat kes berdasarkan jalan cerita dari novel. Walaupun jalan ceritanya betul tapi nama penulis pada novel tu orang lain, bukan Vijay jadi tak boleh kaitkan dengan dia. Dia laburkan duit je. haha. Bijak tak bijak..Vijay juga telah memohon pada mahkamah, kes tu digugurkan selamanya. haha. Tambahan pula rangka yang dijumpai bukan milik anak polis tersebut. Polis kalah lagi sekali...tapi kali ni Vijay bagi semula abu & sisa tulang anak polis yang dibunuh tu pada mak ayah dia semula. Eh tadi kata rangka yang jumpa bukan milik anak polis tu?haha..Kena tengok lah baru tahu macamana cara si Vijay ni buat...

Pada asalnya anak polis ni yang salah pun sebab kacau anak perempuan Vijay. Itu yang Vijay mempertahankan anak dia. Lagipun padan lah muka pun dengan mak dia yang polis tu, manjakan anak sangat sampai anak tu liar & buat benda tak senonoh..Mak dia pun berlagak giler & guna kuasa masa nak cari mayat anak dia dalam Drishyam 1..Yang 2 ni pun sama, tetap diva guna kuasa walaupun dah kena gantung tugas. Menyampah tengok...

Overall jalan cerita Drishyam 2 ni menarik untuk k.fiezz yea. Tak tahu lah kat orang lain. Sat gi sis cakap best giler, orang pi tengok, kang orang tu komen kat sini 'eleh besa je..tak lah best sangat..jalan cerita lemah, tak logik & bla bla bla'.. Hah..na mo yea. Ni pada sudut pandangan sis je. Orang lain tak pasti. Macam mr hubby, dia cakap jalan cerita Drishyam 2 ni best tapi lagi best yang no.1. See lain orang lain pendapat dia. Jadi pi lah tengok sendiri yea..Kalau rasa tak menarik ke apa, pi tulis kat blog atau sosial media sendiri. Jangan komen kat sini..hehe..Sis nak komen yang positif & sependapat je..haha..

Rating - K.fiezz bagi 5/5...

SELAMAT MENONTON...

5 Comments

  1. Baca sinopsis Puan Fiezz saya pernah tengok yang Tamil lakonan Kamal Hasan. Memang berdebar macam mana si bapa itu tutup kes pembunuhan. Saya tengok pun macam tidak sabar untuk tahu kesudahan.
    Tidak sangka ada versi Hindi, siap ada bahagian ke-2.

    ReplyDelete
  2. wah film layar lebar sudah mulai nongol ya setelah bencana covid 19 mengurung dunia

    ReplyDelete
  3. Drishyam 1 tu pun ammi rasa tak habis tgk...nak sambung tengoklah dulu

    ReplyDelete
  4. dasat fiez tgk Drishyam kat wayang lagi. ceritamarvel, dc akak pun dah rasa kurang menyegat skrg ni

    ReplyDelete
  5. lima bintang Kak Fiez bagi best la ye. suami peminat cerita macam ni kena suruh dia tengok lah

    ReplyDelete