Bulan lepas masa on the way balik dari Negeri Sembilan lepas melawat adik ipar & baby yang tengah berpantang kat kampung, k.fiezz & family singgah makan di Restoran Sup Urat Keting ni. Blur mula-mula nak makan kat mana sebab kitaorang selalu kebuntuan nak makan kat mana bila keluar. haha. Dilema sangat part ni. Jenuh lah cari. Dah termasuk area Bangi, kita cari lah tempat makan di Bangi. Kebetulan k.fiezz & mr hubby familiar dengan Restoran Sup Urat Keting ni sebab pernah ke situ, so makan kat situ je lah..

RESTORAN SUP URAT KETING


Biasa juga makan kat sini sebab pernah singgah beberapa kali cuma tak selalu lah sebab kedai ni kat Bangi. Jauh benor dari rumah. Ini dah kebetulan masuk area Bangi, boleh lah singgah. Korang kalau nak cari tempat makan di Bangi, boleh lah cuba kat sini. Okey juga makanan dia. Sedap. Cuma harga tu macam pricey sikit. hehe. Tapi sekarang ni semua pun dah naik harga,kan. What to do. Makan & bayar je lah..hehe..

Kitaorang order apa kat sini?

Mr hubby - Nasi Goreng Tomyam
Adik & Abah - Nasi Goreng Pattaya
Mak & K.fiezz - Set Nasi + Sup Daging + Telur Dadar
Air - 4 air manis +  1 air suam + 1 ais kosong

Mr hubby tambah order Sate Ayam & Sate Daging. Sebab masa cari tempat makan sebelum singgah kat sini, mr hubby ajak makan sate. Tapi kitaorang tersalah kedai sate masa cari dalam maps. haha.. Kedai dalam kampung yang tak berapa familiar & kitaorang tak pernah sampai pun kat situ. So cancel, cari restoran sup urat keting kat Bangi ni sebab lokasi dari kedai yang tersalah tu nak ke sini tak jauh sangat. Lagipun teringat juga kat sini pun ada sate juga. Jadi okey lah.

Tapi gambar sate lupa nak ambil sebab k.fiezz dah start makan. haha. Malas nak keluarkan handphone. 

restoran sup urat keting,tempat makan di bangi

Seperti biasa sis ni kan. Harus lah wefie dulu sebelum makan..hehe

restoran sup urat keting,tempat makan di bangi

Nasi Goreng Pattaya, Nasi Goreng Tom Yam & air  

restoran sup urat keting,tempat makan di bangi

Set Nasi + Sup Daging + Telur Dadar, k.fiezz & mak punya


restoran sup urat keting,tempat makan di bangi

Total = RM60.00

TERLUPA BAYAR SATE


Kan k.fiezz ada beritahu kat atas ni, kitaorang ada order sate ayam & daging juga. Masa bayar kat kaunter, staff tu tak cakap sate bayar asing kat orang yang jual dalam kedai tu juga. K.fiezz terus bayar yang staff beritahu jumlah RM60 ni je. Adeh..

Ater camne tahu tak bayar sate..

Esoknya mr hubby tanya k.fiezz, berapa total harga makanan kitaorang makan kat Restoran Sup Urat Keting yang makan malam semalam. K.fiezz beritahu RM60. Mr hubby macam pelik. Dia kira-kira, sate saja RM50 lebih sepatutnya sebab secucuk seringgit lebih. Kitaorang order 35 cucuk (5 sate ayam & 30 sate daging). Harga makanan yang kitaorang makan tu pula, set nasi yang k.fiezz & mak makan tu sup saja RM10..Nasi goreng antara RM9 setiap satu, air lagi..Patutnya total bayaran lebih dari tu. Masa bayar tu ada terdetik juga, aikk murah..Sekali dengan sate RM60 tapi jenis k.fiezz ni malas nak pening. Kedai dah kira & bagi jumlah tu untuk bayar, k.fiezz assume betul je lah..Bila mr hubby kira macam patutnya lebih lagi jumlah bayaran, terus check balik resit yang elok duk dalam purse. Masa lepas bayar, k.fiezz terus ambil resit & simpan dalam purse. Tak tengok pun detail dia. Memang perangai sis camtu..haha..

Bila check resit, betul rupanya sate tak masuk pun dalam bil. Betul lah yang mr hubby kira, patutnya jumlah kena bayar lebih lagi dari tu..

Laaaa sabor je lah. Napa lah staff tak beritahu kalau ada ambil sate kena bayar asing. Aihhh..

K.fiezz try call no wasap kat resit, tak berjawab. Try whatsapp baru ada reply.. K.fiezz beritahu sekian sekian haribulan ada makan kat restoran sup urat keting ni tapi sate tak bayar sebab ingatkan sekali dalam bil. Orang yang jawab whatsapp tu beritahu sate bayar asing. Baru lah tahu kisahnya weiii..K.fiezz cakap kat dia macamana nak bayar. Transfer boleh ke?Orang tu cakap boleh. K.fiezz bagi gambar resit atas ni sekali untuk diaorang semak dalam sistem order. Masa k.fiezz whatsapp no ni, pemiliknya ada kat Mekah, so dia cakap nanti dia tanya dalam group whatsapp diaorang. Tak lama lepas tu dia reply semula beserta jumlah yang kena bayar iaitu RM46 untuk sate..

Dah dapat jumlah kena bayar tu, terus transfer...

Aihhh orang kedai ni lain kali tanya lah dengan customer ada ambil sate ke?Kalau ada, kena bayar terus kat tempat sate. Tu pun susah ke nak beritahu. Tapi salah k.fiezz juga lah masa dah terdetik murah sangat jumlah kena bayor tu, patutnya tanya lah. Ni sis pun, kemain suka sebab tengok harga murah, resit pun tak tengok lepas dah bayar tu. Adeh..Tak pe lah masing-masing ada kesilapan. Kadang orang kedai pun tak perasan sebab pelanggan ramai..Nasib dapat pelanggan yang jujur macam sis & mr hubby ni..Ewah..Perasan..haha. Idak lah cakap baik benor tapi kena hati-hati part makan ni sebab jadi darah daging kan. Tak berkat makan & tak bayar..Lain kali sis kena double check resit tiap kali lepas makan kat kedai. 


MAKAN KAT KEDAI TAPI JANGAN TERLUPA BAYOR..haha..

11 Comments

  1. hahaha...selalu kan dia tanya.. ada makan otak otak? sate? jeli kelapa? yang sewa stall kat kedai dorang mmg dorang akan semak selalunya... takut macam ni la..kita ingat dah masuk bill..rupanya asing2

    ReplyDelete
  2. Nasib baik teringat juga last sekali tu hehehe

    ReplyDelete
  3. nasib baik check resit..klu xmkn free tp org xhalal..huhu

    ReplyDelete
  4. Nasib baik suami Puan Fieza tanya juga. Dibuat diam tidak tanya sampai ke sudah tidak tahu belum bayar. Hehe.
    Alhamdulillah apabila sudah tahu kenalah bayar. Kalau yang tidak tahu memang tidak boleh salahkan pelanggan. Kadang-kadang kitapun tidak terfikir untuk tanya.

    ReplyDelete
  5. singgah di blog ini pertama kalinya. salam kenal
    saya follow blognya

    ReplyDelete
  6. Nasib settel dh
    Patutnya beritahu la kan sate tu bayar asing

    ReplyDelete
  7. biasa kalau kedai sate asing, mmg kena bayo asing kan.. tapi harga makanan kat kedai ni murah la

    ReplyDelete
  8. Kak sup tu saya terliur sungguh. Minat gila dengan urat keting

    ReplyDelete
  9. Sebab tu la kalau macam sate dah sampai kat meja je siap2 bayar terus...takpe la kan Fiez...benda nak jadi...

    ReplyDelete