Duk sibuk tukar kad atm maybank yang dah expired bulan 10 lepas, sekali tak perasan kad debit cimb bank expired juga. Jadi tak perasan sebab dalam akaun CIMB tu jarang ada duitnya..hehe. Tu yang tak perasan. Walaupun tak berapa ada duit dalam akaun ni, kadang bila ada duit tu guna juga. Jadi moh lah tukar kad debit CIMB bank ni. Tapi kan menjadi persoalan CIMB ada kiosk ke..Masa nak tukar kad maybank, senang sebab boleh buat kat kiosk dia je. CIMB ni macamana pula?Kebetulan baru ni call CIMB sebab nak tanya something, tanya lah sekali macamana cara tukar kad debit CIMB bank yang dah expired

Macamana Cara Tukar Kad Debit CIMB Bank Expired?

Dulu ada kiosk macam Maybank kata staff CIMB tapi dah ditutup. Jadi nak tukar kad debit cimb bank kena ke kaunter. Tak ada pula staff tu cakap boleh buat secara online. Jadi k.fiezz tak pasti boleh ke tak tukar kad debit expired ni secara online? Tapi bila dia sebut kena ke kaunter, alamakkk..Kalau dah kena ke kaunter ni leceh lah weiii..Kena pi time hari bekerja. Aisehhh..Udah lah sis ni hari kerja susah sikit nak keluar. Tapi kena juga lah kan sebab kad expired bulan 10 yang lepas. Sat gi nak guna udah tak boleh pula. 

Try minta kebenaran bos k.fiezz keluar kejap time lunch hari Jumaat yang lepas. Nasib baik dia okey. Legaaa. Dari pejabat k.fiezz naik grab gi ke CIMB sebelah Sogo. Situ je CIMB yang k.fiezz familiar & tahu. Tak kisah lah kan. Janji CIMB bank.

tukar kad debit cimb bank

Sampai je kat situ, naik ke tingkat 2. Cakap kat kaunter nak tukar kad atm cimb expiredNanti kita akan diberi borang & isi bahagian yang ditanda.  

tukar kad debit cimb bank

Ni borang dia. Staff CIMB akan tanda bahagian yang perlu kita isi. Dah siap isi, pergi semula ke kaunter & kena scan barcode di kaunter untuk dapatkan nombor giliran. Canggih sekarang ni, semua main scan je. 

LAMA TAK PROSES MENUNGGU TUKAR KAD DEBIT CIMB BANK NI?

Orang tak ramai masa k.fiezz ke sini tapi menunggu nombor giliran tu rasa macam lama. Kaunter yang dibuka masa ni 2 saja. Mungkin sebab time lunch jadi ada dua saja yang dibuka. Apa nak buat, tunggu sajo lah..

Lama juga lah k.fiezz tunggu, rasanya lebih kurang 15-20 minit, nombor giliran k.fiezz tak naik-naik. Tetiba ada seorang staff CIMB dari bahagian dalam panggil nama k.fiezz. Dengan muka garang dia. Ingatkan nak marah ke apa. Dia tanya k.fiezz nak buat urusan apa?K.fiezz cakap nak tukar kad debit CIMB bank expired. Dia hand over k.fiezz kat satu lagi kaunter. Mungkin staff yang tanya nama k.fiezz ni officer situ agaknya. Bila dia tengok dalam sistem, lama benor customer tunggu, itu yang dia keluar tanya nombor memang tak naik lagi ke & nak buat urusan apa. Jadi senang dia appoint kat mana-mana kaunter yang kosong. Masa tu tak silap k.fiezz memang ada 1 lagi kaunter kosong yang ada staff tapi tak tahu lah dia handle apa. Officer tu bagi k.fiezz kat situ.

Dah bagi borang kat staff kaunter, dia check apa yang patut, lepas tu siap. Kejap tapi menunggu tu makan masa sikit. Sekali dengan kad baru, dapat slip no. keselamatan baru. No. pin boleh tukar kat mesin atm & dah siap tukar, selesai. 

Lain bank lain prosedur dia,  yea tak. Kita ikut saja lah tapi rasanya better yang ada kiosk & tak perlu beratur, isi borang macamni. Lebih senang & mudahkan customer

SO YEAYYY KAD DEBIT DAH RENEW...Moga makin lebat lah income blog k.fiezz masuk kat situ..hehe..Aamiin...

12 Comments

  1. cimb mmg kena ke kaunter tu yg jadi isu viral haritu pesakit yg bedridden kene datang ke bank utk renew debit card...dengan katil2 sekali droang hangkut

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. cepat je prosesnya

    ReplyDelete
  3. Saya hari tu buat online guna CIMB Clicks... sebab bank jauh dari rumah... memang bercinta la nak keluar ke bank kalau tak betul-betul urgent.

    ReplyDelete
  4. Hiii Fiez, ajar i jana income kat blog... i pun nak $$$ dgn blog, u.. i aritu renew kad maybank, snang je, sbb dah ada mesin tak perlu gi kaunter u... canggih la maybank :P

    ReplyDelete
  5. Haah senang tukar di kiosk. Apapun terima kasih beritahu bagaimana untuk tukar.
    Amin semoga banyak duit dalam akaun CIMB.

    ReplyDelete
  6. Yeayyyyyy! Nak menunggu tu yang perlukan kesabaran kan.. Apapun dh berjaya tukar kad tu dh lega selesai 1 urusan.. Ibu punya kad debit maybank exp tahun 2024 nnt..

    ReplyDelete
  7. yey lega dah setel.. ni style rhb juga kena ke kaunter. maybak paling senang

    ReplyDelete
  8. menunggu dan mengisi borang adalah dua perkara yang leceh sebenarnya jika kita sibuk hehehe

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah
    settle . CIKNUR pun expired baru ni ,ke kaunter la kita

    ReplyDelete
  10. kalau kt sini maybank pn kena ke kaunter... dah ler maybank mmg x penah x ramai manusia... so masih lg x tukar kad atm baru ni... nasib baiklah boleh guna e-wallet skrg

    ReplyDelete
  11. Sy g cimb bank jgk
    Beratur jugak
    Alhamdulillah dh settle

    ReplyDelete
  12. betul lain bank lain prosedur dia. Ada yang complicated sikit kena isi borang bagai.

    ReplyDelete