Siapa pi mengundi sabtu lepas (19 November 2022), kita geng. Gigih sis pi beratur tau. Boleh pula lah saluran 7 yang k.fiezz kena pi undi, bukan main panjang barisan..haha. Mr hubby, mak, abah & adik k.fiezz sekejap dah selesai mengundi. K.fiezz punya dekat 1 jam lebih beratur weiii..Demi menunaikan tanggungjawab pada negara & memilih pemimpin untuk mewakili suara rakyat, sis beratur juga..Nasib lah siap-siap bawa air sebab risau kena tunggu lama. Sekali betul tekaan sis..Adeh..

Kalau sebelum ni masa PRU ke-13 & 14, k.fiezz bertugas sebagai petugas pilihanraya. Kali ni malas sebab biasanya sebelum PRU bermula, ada sesi taklimat beberapa kali. Biasanya taklimat ni pula buat masa hari dan waktu bekerja, k.fiezz agak susah nak keluar memandangkan bos sekarang, bila k.fiezz cuti atau keluar kejap kena ada orang cover tempat k.fiezz. Aihhh leceh lahhh...Nak minta orang ganti-ganti ni. So k.fiezz malas..K.fiezz jadi pengundi je lah. Lagipun bila bertugas masa pilihanraya ni, balik malam. Udah lah rumah sis tu malam-malam nak parking susah sebab confirm penuh..Maklumlah rumah PPR. Dari mr hubby bising sebab nak cari parking tak ada, baik lah jangan ambil risiko. Jadi pengundi saja, senang..hehe..Selesai mengundi, balik rumah parking banyak lagi...

Berbalik cerita pasal mengundi, k.fiezz mengundi kat mana?

MENGUNDI DI LEMBAH PANTAI & SEPUTEH

K.fiezz & keluarga tinggal kat Bangsar dulu. So start dari boleh mengundi, k.fiezz memang mengundi kat kawasan Lembah Pantai. Tak tukar alamat walaupun sekarang k.fiezz & mr hubby dah menetap di kawasan lain dalam KL..Mak & abah k.fiezz yang dah berpindah ke kampung, kena turun KL untuk mengundi Sabtu lepas sebab kes belum tukar alamat juga. hehe. Cuma mr hubby dah update alamat untuk tukar tempat mengundi. Sebelum ni mr hubby mengundi kat Ipoh tapi sejak PRU ke berapa (tak ingat), mr hubby tukar alamat mengundi di kawasan Seputeh, tempat kitaorang tinggal sekarang. 

Jadi hari Sabtu lepas, mr hubby pi undi dulu kat sekolah dekat dengan rumah untuk kawasan Seputeh. Kemudian baru kitaorang 4 beranak (mak, abah, k.fiezz & adik) pula ke sekolah di Bangsar untuk mengundi bagi kawasan Lembah Pantai.

pilihanraya

Kitaorang mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar. Sekolah ni dekat dengan quarters yang kitaorang pernah duduk kat sini..Itu yang tempat mengundi kitaorang kat area sini juga.

Sampai je kat sini, mak & abah ke Saluran 3. Adik k.fiezz di Saluran 8 & k.fiezz di Saluran 7. 

Dah sampai ke Saluran 7 yang k.fiezz kena, sekali tengok barisan panjang. So beratur je lah. Eh sekali rupanya barisan dia lagi panjang dari sangkaan k.fiezz. Barisan tu ada melencong masuk ke bilik darjah juga rupanya. Tertipu. Ingatkan yang k.fiezz nampak tu je. haha..

Masa tengah duk beratur ni, adik k.fiezz di Saluran 8 dah selesai mengundi. K.fiezz terkejut. Dia cakap sampai-sampai kat saluran dia kena undi tu, termasuk dia ada 3 orang je. haha. Untung lahhh sekejap je...haha..

K.fiezz pula baru di barisan  yang pertama. Tabah lah sis beratur...

pilihanraya

Barisan  yang mula-mula masa k.fiezz sampai. Agak panjang. Tapi beratur je lah kan..


pilihanraya

Rupanya barisan untuk saluran 7, kena melencong masuk dalam bilik darjah ni juga untuk elakkan barisan terlalu panjang sampai ke saluran sebelumnya. K.fiezz ingatkan yang belah luar masa mula-mula tu je. haha. Adeh...


pilihanraya

Dah keluar dari bilik darjah, ke bahagian luar ni semula. Dah nak sampai ke bilik darjah untuk saluran 7 ni..


pilihanraya

Yeayyy..Dah nak sampai turn..

pilihanraya

Selepas 1 jam lebih beratur untuk laksanakan tanggungjawab..Selesai...Muka kepenatan berdiri lama benor..Nasib lah ada kerusi untuk duduk kejap-kejap masa tengah duk beratur tu...


KEPUTUSAN PRU-15


Walaupun keputusan PRU-15 dah diketahui tapi persoalannya siapakah PM yang baru masih jadi tanda tanya. Parti yang menang lek lek je..Parti yang kalah pula kecoh nak bentuk kerajaan..Aihhh..Macam-macam parti politik kat Malaysia ni. 

Tak kisah lah siapa yang jadi PM baru nanti & berjaya bentuk kerajaan, harapnya pimpinan kerajaan baru tu melaksanakan tugas dan jadikan Malaysia dikenali semula di mata dunia & stabilkan keadaan semasa Malaysia sekarang ni dari segi ekonomi, politik dan lain-lain. 

SIAPA LAH PM MALAYSIA YANG KE-10?
 

6 Comments

  1. alhamdulillah
    dah jlnkan tanggungjawab . Time pegi saluran ciknur x ramai org sekejap xyah beratur pun. Legaa
    sama kita kali ni x terlibat langsung hanya dtg sbgai pengundi he he
    penatt he hee bg canlah yg muda 2 pulak.

    ReplyDelete
  2. Sy saluran 5 sekejap je
    Yeay kita geng pergi mengundi

    ReplyDelete
  3. berjanggut tunggu PM baru..haha

    ReplyDelete
  4. Sama tidak tukar alamat lagi. Hehe tukar angin pergi awal pagi tengah hujan. Ingat tidak ramai orang. Sekali ramai juga di saluran sendiri.
    Hehe nasib ya Puan Fieza kena waktu ramai orang di saluran 7.

    ReplyDelete
  5. semoga saja PM Malaysia yang baru nanti lebih baik dari sebelumnya

    ReplyDelete