Double Cleansing Method? Siapa pernah dengar pasal double cleansing ni?K.fiezz mula-mula dulu macam blur juga apa benda pula lah double cleansing ni? Lepas tu cari dalam google, jumpa info pasal double cleansing method ni atau dalam bahasa melayu dipanggil kaedah pembersihan berganda. 

Sebelum ni k.fiezz pernah lah juga nampak oil cleanser bila tengah beli pencuci muka kat watson, guardian. Duk belek juga apa benda oil cleanser ni, hah. Serius tak tahu apa fungsi dia?

Jom kita tengok dulu apa kaitan oil cleanser & double cleansing method ni?

APA ITU DOUBLE CLEANSING METHOD?


Double cleansing method ni kita membersihkan muka 2x dengan menggunakan pembersih yang berbeza iaitu oil cleanser & water cleanser Kaedah double cleansing method ni antara rutin penjagaan muka yang sangat popular dari Korea. Ramai wanita di sana yang amalkan double cleansing method dalam rutin penjagaan muka diaorang. Sebab itu kita tengok kulit wanita kat sana bersih & nampak flawless. Nak kulit macam tu? Senang je. Jom kita mulakan langkah double cleansing method ni untuk dapatkan kulit yang berseri & sihat macam orang Korea. 

CARA DOUBLE CLEANSING METHOD


Dah nama dia pun double cleansing method jadi kaedah ini ialah gunakan oil cleanser & water based cleanser untuk bersihkan muka. 

Oil Cleanser - Bersihkan muka kita yang kering dengan oil cleanser terlebih dahulu untuk keluarkan kekotoran minyak seperti makeup, sunscreen. Senang cerita oil cleanser ni kita jadikan make up remover (bagi yang bermekap). Tak perlu guna wet tissue atau make up remover.  Bagi yang tertanya Oil Cleanser ni dalam bentuk apa? Dia ada dalam bentuk cecair, krim atau balm

Water Cleanser - Selepas bersihkan muka dengan oil cleanser,  buat cara kedua ini untuk bersihkan segala kekotoran yang melekat pada kulit muka seperti debu, peluh, sel kulit mati.

Double Cleansing Method ni sangat digalakkan untuk kita buat sebab ini adalah satu langkah yang paling efektif dalam rutin penjagaan muka terutama untuk kita yang gunakan mekap, sunscreen dan selalu membuat aktiviti di luar rumah. Mudah nak faham bila buat double cleansing method ni, oil cleanser keluarkan minyak pada muka (mekap,sunscreen) & water based cleanser keluarkan kotoran pada muka. Bila di gabungkan dua kaedah ini, hasilnya kulit kita akan jadi sangat bersih & lebih berseri. Mudah nak faham, bila kulit bersih tak ada lah jerawat nak muncul & sebabkan kesan kulit kusam & jadi tak berseri. 

Di luar negara double cleansing method ni memang terbukti antara yang paling berkesan untuk kurangkan kesan jerawat (breakouts) & dalam masa sama memastikan kulit kita sentiasa nampak awet muda. 

Guna Oil Cleanser Ada Kesan Tak Best Ke?


Ramai yang was was nak guna terutama yang ada kulit jenis berminyak atau kombinasi. K.fiezz sendiri pun macam mula-mula was-was nak guna oil cleansing ni. Takut kulit yang berminyak jadi lagi teruk kalau guna oil cleanser ni. Tapi jangan risau sebab oil cleanser ni  takkan tinggalkan kesan berminyak & ia berfungsi menarik minyak dari pori-pori kita. Seperti yang kita tahu air & minyak tak boleh bercampur jadi sama konsepnya bila kita gunakan pencuci muka biasa yang tak akan bersihkan sepenuhnya kesan minyak, mekap dalam pori pori kita.  Contohnya cuba korang bayangkan bersihkan periuk yang kotor & berminyak tanpa gunakan bahan pencuci, boleh tak hilang kotoran tu?Macamtu lah perumpamaan yang senang nak faham bila kita tak bersihkan muka dengan betul. Jadi dengan kaedah double cleansing method ni memang kulit kita akan betul-betul bersih. 

Oil Cleanser yang bagus?

Bila k.fiezz dah baca pasal double cleansing method ni & kelebihan bila buat cara ini untuk bersihkan muka serta kesan dia yang sangat-sangat lah bagus tu, baru k.fiezz tahu dah apa fungsi oil cleanser yang k.fiezz selalu nampak kat drugstore setiap kali beli pencuci muka biasa kat situ. Tapi k.fiezz tak guna oil cleanser yang jenis cecair ada kat drugstore tu. K.fiezz guna cleansing balm obsess. Kenapa k.fiezz guna cleansing balm obsess ni?Sebab harga dia yang murah iatu RM20 sahaja & bentuk dia yang praktikal untuk bawa ke hulu hilir (saiz kecil - 15g). 

oil cleanser, double cleansing method,cleansing balm obsess

Cleansing Balm Obsess

BEST KE CLEANSING BALM NI?


Seriusly memang best. Lepas bersihkan dengan air, tak terasa pun kulit kita berminyak atau ada kesan minyak. Terasa kulit lebih lembut dan lembap sebab fungsi dia yang boleh bersihkan segala kesan minyak/kotoran yang tersumbat dalam pori. Senang cerita bila semua kotoran/minyak berjaya keluar dari muka kita, itu yang kita boleh rasa kulit tu lembap, lembut. Jerawat nak keluar pun takut tau sebab kulit bersih gitu. hehe. Punca jerawat suka muncul bila sisa mekap/minyak tersumbat dalam pori. Jadi bila kita bersihkan betul-betul dengan oil cleansing, tak adalah jerawat tu nak keluar sesuka hati. Yea tak?

Bentuk cleansing balm obsess ni dalam bentuk balm. Korang tahu kan bentuk balm macamana?hah, macam tu lah rupa dia. Warna jernih & bau dia sedap macam nak makan. hehe. 

Cleansing Balm Obsess ni senang nak tanggalkan mekap terutama bahagian mata (eyeshadow, eyeliner, eyebrow) dan sunscreen tanpa tanggalkan minyak semulajadi pada kulit kita & sesuai untuk semua jenis kulit. 

Cleansing Balm Obsess ni menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi seperti Shea Butter, Argan Oil, Chamomile Oil, Geranium Oil & Orange Peel Oil. Jadi tak perlu risau ada kesan yang tak elok pada kulit kita. Setakat ni k.fiezz guna memang tak ada lagi nampak kesan negatif. Yang perasan sejak k.fiezz buat kaedah double cleansing method ni kulit kak fiezz lebih bersih & lembap.

Cleansing Balm Obsess ni juga paling berkesan dan elok untuk orang yang ada masalah kulit sensitif & kulit berjerawat. 

CARA GUNA CLEANSING BALM OBSESS?

Calitkan saja beberapa dot pada kawasan muka kita yang kering. Gosok sekejap sampai segala mekap/sunscreen keluar. Kemudian bilas dengan air. Masa bilas tu korang boleh tengok air bertukar jadi warna macam putih susu. Bilas sampai rasa tak ada kesan minyak pada muka. Kemudian baru guna pencuci muka biasa pula. 

Jadi kalau korang yang nak mencuba double cleansing method ni, pastikan cari oil cleanser yang bersesuaian. Di pasaran banyak jenis oil cleanser tapi kalau nak cuba cleansing balm obsess, boleh klik link di bawah. 

3 Comments

  1. Ika ada tengok ramai orang bagi feedback baik pasal produk ni. tempting jugak nak try :) hee

    ReplyDelete
  2. saya selalu guna make up remover je.... walaupun hanya pakai sunscreen aje...

    ReplyDelete
  3. kalau yg pakai mekap, mmg kena rajin jaga kulit supaya nampak kulit tu cantik, licin dan tidak dull.

    ReplyDelete