Siapa geng dengan k.fiezz & mr hubby yang dah expired kad debit Maybank? Kita geng. Moh lah kita tukar kad debit Maybank di kiosk kad debit Maybank yang berdekatan. K.fiezz pun lupa kad debit Maybank kitaorang expired bulan ni. Mr hubby yang ingat..

So dah mr hubby ingat tu,  jom lah menukar kad debit Maybank yang baru. 

Mr hubby cari Kiosk Kad Debit Maybank yang ada kat sekitar KL sebab kitaorang kan di Kuala Lumpur. Tak semua tempat ada Kiosk kad Debit Maybank ni tau, jadi cari dulu sebelum terjah mana-mana Maybank.

 

KE KIOSK KAD DEBIT MAYBANK HQ


Mr hubby google kiosk Maybank tukar kad yang ada di sekitar KL. Ada 6 tempat iaitu Bandar Sri Permaisuri, Ibu Pejabat MayBank, Jalan Gombak, Taman Tun Dr Ismail, Mid Valley - Forex Booth & KLCC. Kitaorang pilih terus ke HQ Maybank di Jalan Tun Perak. Senang sikit. Tapi try & error je ke sini, kalau tak ada parking atau susah nak ke kiosk dia, kitaorang ke Mid Valley lah pula..Nasib baik, okey tak ada masalah masa ke HQ Maybank ni. 

Kitaorang sini hari Sabtu,  jadi lenggang sangat. Parking ada tapi terpaksa parking kat tempat kurang upaya sebab yang ni je kosong. Hat lain semua ada kereta parking. Minta maaf kalau ada yang betul-betul nak guna sebab tak ada pilihan. Lepas parking, terus laju-laju naik tingkat 1 ke Kiosk Kad Debit Maybank yang berada di sebelah luar. Tengok kat kiosk kad debit Maybank ni kosong, memang tak ada orang. Clear. Mr hubby buat dulu, lepas tu k.fiezz pula. Sekejap je tukarnya. Tak sampai 5 minit weiii..haha.. 

CEPAT & MUDAH TUKAR KAD DEBIT MAYBANK

Nervous sis, ingatkan susah benor nak tukar kad debit maybank yang baru ni. Rupanya sonang sangat..Pastikan masa nak tukar kad debit Maybank yang baru ni, jangan lupa bawa kad pengenalan juga  yea. Penting tu. 

tukar kad debit  maybank,kiosk maybank tukar kad,kiosk kad debit maybank

Mula-mula masuk kad debit yang lama, kemudian kad pengenalan. Lepas tu ikut je arahan seterusnya..Tak susah pun. Semudah A,B, C gituuu..


tukar kad debit  maybank,kiosk maybank tukar kad,kiosk kad debit maybank

Ni pilihan kad debit baru. K.fiezz n mr hubby pilih sama macam yang sebelum ni punya juga. Kitaorang kan jenis setia gitu..haha..

Cepat dan mudah tukar kad debit maybank kat kiosk yang ada ni. Tak payah nak kena ambil nombor, beratur bagai. Bagus inisiatif yang Maybank buat ni. Mudahkan pengguna. 

Jadi korang yang dah nak kena tukar kad debit Maybank yang baru, pi lah terjah ke kiosk kad debit Maybank berdekatan dengan lokasi masing-masing. 

Oo..Kat mana lokasi kiosk Kad Debit Maybank ni..Jom check it out. K.fiezz screenshot dari Maybank je ni. 

tukar kad debit  maybank,kiosk maybank tukar kad,kiosk kad debit maybank

tukar kad debit  maybank,kiosk maybank tukar kad,kiosk kad debit maybank

KORANG DAH TUKAR KAD DEBIT MAYBANK YANG BARU KE TU??hehe

8 Comments

  1. Assalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete
  2. Kinah hujung tahun ni expired, dah target nak tukar kat kiosk je. Malas nak beratur bagai.

    ReplyDelete
  3. Liez dah tukar awal tahun dekat Ipoh. kebetulan ada card baru Manchester united, so mintak tlg kawan husband set appoinment utk tukar. dekat kaunter pun cepat je prosesnya

    ReplyDelete
  4. Tukar debit kad melalui mesin penggantian kad baru ni memang mudah kan ..tak perlu buang masa untuk beratur . Ccl pun baru je remew debit card bsru , ingatkan nk tukar design kad ..sekali ada problem pada no pin atm trpaksa ambil nombor giliran ke kaunter juga

    ReplyDelete
  5. SA pun dah tukar...senang je...kalau bank lain ada machine macam ni pun bagus kan

    ReplyDelete
  6. Kita punya belum expired lagi..nanti boleh cuba tukar dekat kiosk diorang nanti camner. Thanks kak fieza

    ReplyDelete
  7. akak pun baru tukar 2 minggu lepas.. tak sampai 3 minit dah siap haha.. mcm masak meggie aje

    ReplyDelete