Wow..Bulan lepas, page view untuk blog k.fiezz 2x naik jadi 5-6k daily..Sangat impress untuk k.fiezz sebab biasanya page view daily k.fiezz, 2k je..Tetiba naik jadi 5-6k..Rasa kagum dengan diri sendiri. Tepuk bahu sendiri. hehe..

K.fiezz pun tak pasti apa entry hit yang menarik minat orang masuk ke blog k.fiezz masa page view untuk blog tinggi masa ni. Tapi apapun syukur...


PAGEVIEW TINGGI

Apa tips nak dapat page view untuk blog tinggi ni k.fiezz? Tak pasti k.fiezz nak bagi tips apa..K.fiezz pun kadang try & error je apa-apa entry yang rasa menarik. Cuma k.fiezz rasa entry yang paling ramai suka, entry pasal pi bercuti dan entry jalan-jalan cari makan. Untuk yang rajin berjalan, banyakkan story pasal tempat yang kita bercuti & tempat makan yang disinggah masa bercuti kat satu-satu tempat tu. Tak kisah lah tempat tu viral ke idak. Sebab reader ni nak cari tempat makan pun google terutama bila bercuti ke tempat yang baru pertama kali sampai. Jadi ni fungsi kita sebagai blogger, sharing entry yang berkaitan. Nasib baik, reader akan jumpa entry blog yang kita share di google. Bila reader masuk ke blog kita, dah naikkan page view untuk blog. Betul tak?

pageview untuk blog

pageview untuk blog




TIPS PAGEVIEW TINGGI

Banyakkan entry yang berkaitan percutian & tempat makan. Biasanya entry ni mesti hit & ramai singgah ke blog kita. K.fiezz sendiri nampak dari statistik blog, bila up 2 entry pasal topik ni confirm naik pageview kat entry tu. 

Macam sekarang ni ramai dah mula suka camping. Cuba banyakkan juga entry pasal camping ni kalau korang kaki camping. Mesti ramai yang cari info dari Mr Google. Try & error lah entry mana kita rasa menarik. Macam k.fiezz sendiri, k.fiezz akan tertarik bila orang share tempat percutian dengan jalan-jalan cari makan. Jadi k.fiezz andaikan reader k.fiezz pun sama. 

Nasib sis & mr hubby tak suka aktivi camping. hehe. Kalau idak, memang confirm share juga pasal camping kat blog. 

Selain dari tu, yang suka masak pun, banyakkan share resipi. Entry resipi pun ramai orang cari. Zaman sekarang ni semua di hujung jari. Ramai perempuan yang berkerjaya macam k.fiezz sendiri pun, nak cari idea untuk masak pun, google sajo..hehe..Hari-hari duk masak, kebuntuan juga kadang tu nak masak apa, jadi apa lagi kita google cari idea. Betul tak?Siapa macam k.fiezz, kita geng..Sep sikit..hehe..

Jadi nak dapatkan page view untuk blog tinggi secara tetap, konsep k.fiezz try & error. Nasib baik, ada lah entry yang jadi hit bacaan reader

Tapi apapun kita share saja apa-apa info yang mungkin berguna untuk orang lain juga, page view untuk blog naik ke tidak letak ke tepi. Paling penting niat kita menulis untuk berkongsi maklumat dengan orang luar. Betul tak?


SUKA MENULIS BENDA YANG ELOK JE..Ewahh..haha...

10 Comments