Sis ni macam dah jadi peminat cerita Tamil je. haha. Asyik review cerita tamil/hindustan je ni.. K.fiezz ni tak memilih cerita apa pun. Semua layan. Paling penting jalan cerita menarik & best, semua k.fiezz layan. Cuma Korea/Jepun bukan dalam list walaupun best macamana pun..haha.. 

Baru ni k.fiezz layan Odela Railway Station ni. Terpengaruh dari Tik Tok lah juga ni. Duk tengok diaorang share sedutan filem Odela Railway Station ni sikit-sikit. Eh sakit pula hati sebab tak puas tengok sikit-sikit macam tu..Kat rumah k.fiezz kan macam-macam apps untuk layan movie ada. Mula misi mencari cerita ni. Ada lah jumpa tapi bila nak buka tak boleh pula. Ehhhh marah ni..Semangat nak tengok, udah tak boleh pula..

So haritu jumpa juga yang boleh di tengok. Yeay...Joms layan...Best tak?Harus lah best..hehe


odela railway station,odela railway station story
Sumber Gambar : Mr Google

SINOPSIS ODELA RAILWAY STATION


Misteri pembunuhan seorang demi seorang pengantin perempuan di sebuah tempat bernama Odela. Seorang polis baru Anudeep yang ditugaskan untuk latihan di situ berusaha menghentikan pembunuhan bersiri ni  dari terus berlaku dan mencari siapa pelaku yang merogol & membunuh semua pengantin perempuan di kampung tersebut.

Dapat tak Anudeep mencari pelakunya? Check it out...


BEST TAK ODELA RAILWAY STATION

Permulaan cerita, seorang perempuan yang penuh dengan lumpur badannya memegang kepala & membawa kepala tersebut ke balai polis. 

Terkejut part mula cerita ni. Ingatkan cerita seram ke apa Odela Railway Station ni. Nasib sis tunggu scene berikutnya.

Bermula macamana cerita ni bermula. 

Perkahwinan yang menjadi impian setiap wanita bertukar mimpi ngeri bila keesokan harinya dibunuh. Sebelum itu di rogol dulu. 

Anudeep yang menjalani latihan di Odela, mencari clue dan bukti untuk menjejak pelaku. Bila seorang demi seorang pengantin perempuan di situ dijumpai dirogol dan dibunuh keesokannya, Anudeep makin buntu sebab tak ada bukti yang menjurus kepada pelakunya. Anudeep mencari dan mengkaji bukti dengan teliti. Macam CSI lebih kurang. Suka sis part ni tapi polis yang lain, main suka hati nak belasah suspek supaya mengaku tiap kali diaorang dapat suspek. 

Satu hari dalam kes yang masih belum selesai, Ketua Kampung di Odela nak melangsungkan perkahwinan anak perempuannya. Anudeep nasihatkan untuk hold dulu sebab pelaku rogol & bunuh pengantin perempuan masih belum dijumpai tapi Ketua Kampung tu degil. Dia dengan berlagak cakap tak ada siapa berani cari pasal sebab kat situ dia orang yang dihormati. Gitu..Geram je nengok perangai dia. Malam perkahwinan rumah dia di jaga & di kawal ketat oleh pihak polis dan juga orang-orang dia sendiri tapi keesokannya anak perempuan dia juga menjadi mangsa rogol & bunuh. Hah, amikk..Berlagak sangat kan..Masa ni Anudeep & pegawai polis berjaya menangkap seorang yang disangka mungkin pelaku rogol & bunuh pengantin perempuan. Bila ketua kampung tu dapat tahu, dia rasuah polis & ambil suspek tersebut sebab dia nak seksa suspek sendiri. Masa tu Anudeep memang marah sangat sebab dia tak ada di balai. Tapi tak lama lepas tu Anudeep & polis dapat info terbaru ada lagi pengantin perempuan yang menjadi mangsa jadi Anudeep telefon ketua kampung tu minta lepaskan suspek yang dia ambil sebelum tu. Memang dia lepaskan &  hantar sendiri suspek tu ke rumah. Siap nak bagi duit lagi sebagai pampasan tapi di tolak oleh kakak ipar suspek iaitu Radha. 

Pencarian demi pencarian oleh pihak polis masih menemui jalan buntu sampai lah satu hari, jeng jeng jeng salah seorang penduduk kampung tersebut menjumpai barang kemas milik semua pengantin perempuan yang telah dirogol & dibunuh dalam rumah dia. Siapakah penduduk kampung tu?

Moral of the story dari cerita ni, jangan pandang rendah pada suami dan cerita kelemahan dalam kain pada orang luar. Dari cerita ni sebenarnya salah si isteri yang dari awal menolak kemahuan suami di atas katil dan mencari kelemahan si suami padahal suami dah mencuba tapi sikap si isteri yang bercakap ikut suka & pandang rendah pada dia. Tambahan pula dalam cerita ni si suami seorang yang suka minum. Jadi mungkin itu punca si isteri ni pandang rendah pada suami. 

Bila suami rasa tercabar di pandang rendah oleh si isteri terutama dari segi seksual dia mula rasakan nak mencuba sendiri betul ke dia bermasalah. Sebagai seorang lelaki, dah tentu dia ada nafsu. Jadi selepas dia cuba & ternyata dia tak ada masalah, dia jadi seronok untuk mengulang walaupun cara dia buat tu salah. 

Cerita ni ada berkaitan dengan seksual jadi tak sesuai tontotan bersama anak-anak ataupun orang tua. 

Untuk k.fiezz jalan cerita dia menarik sebab pencarian bukti dan penyiasatan yang dibuat oleh Anudeep. Memang tak boleh nak agak siapa si pelakunya sampai lah dah habis, depan mata je orangnya weii..Memang tak sangka. Siapakah pelakunya..Haha. Clue - wanita di poster movie ni...haha. Tengok cerita ni concentrate je, boleh lah agak apa kaitan pelakon perempuan kat poster ni dengan pelakunya..

Cerita ni dikatakan dari kisah benar yang berlaku awal 2000..Masa mula cerita pun ada tunjuk 'from real events'..Jadi mungkin betul cerita dia inspirasi dari kisah benar. Cuma jalan cerita tak pasti 100% betul atau ada olahan...

Rating movie - 4/5 (ikut pada sudut pandangan k.fiezz lah yea. mungkin pada orang lain, rating lebih rendah sebab tak memenuhi piawaian..citarasa kita berbeza..lagipun ni cerita tamil, jalan cerita kadang tak logik pun ada..so tengok chill-chill je)..k.fiezz suka cerita ni sebab pasal penyiasatan...

JANGAN PANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN MACAM KITA PEFRECT 100%...

3 Comments

  1. macam best...ammi masuk dalam list

    ReplyDelete
  2. Lama tak layan cerita tamil ni . Bila baca sinopsis tertarik juga nak tengok

    ReplyDelete