Tengok kat draft, ada entry ni tapi tak habis. haha. So sambung cerita lah pasal cara jaga muka macam Korea ni. Mana tahu ramai yang nak kulit cantik macam orang Korea ke kan?hehe..

K.fiezz perasan ramai suka tengok cerita Korea, betul tak?Sebab apa?Suka tengok kulit pelakon-pelakon dia yang putih mulus & flawless atau jalan cerita dia. Tak kisah lah yang mana pun kan. Bila tengok cerita Korea tu mesti dalam masa sama tertengok juga kulit pelakon-pelakon dia, betul tak? Licin, flawless. Macamana lah cara diaorang jaga muka sampai cantik macam tu. Dulu k.fiezz selalu layan live kedai shopee yang k.fiezz beli barang skincare & kosmetik, seller tu ada juga cerita dia pun tengok cara jaga muka macam Korea 'sekian..sekian..' Eh curios pula di situ. Macamana yea cara orang Korea jaga muka diaorang. Beza ke dengan kita?

Sebabkan curios, k.fiezz cari info kat Mr Google & hasilnya..Tadaaa.. Jom k.fiezz share kat sini. Bila tengok langkah-langkah tu, eh sis pun ada buat juga langkah-langkah penjagaan muka cara Korea ni tapi kenapa tak flawless pun. haha. Tak lah semua langkah dalam penjagaan muka cara Korea ni k.fiezz ikut. Ada yang k.fiezz tak berapa rajin nak follow. Tapi nak kulit cantik tapi malas. Acane tu. hehe..

10 LANGKAH PENJAGAAN MUKA CARA KOREA

Apa!!!10 langkah. Apa ke banyaknya?Yea. Itu yang k.fiezz cakap, tak semua langkah penjagaan muka cara Korea ni k.fiezz ikut. Ada beberapa step je. Wahhh nak cantik pun kena kerja keras juga yea. Jadi nak kulit cantik macam orang Korea, tanya diri sendiri. Kalau rajin nak buat, boleh ikut cara jaga muka macam Korea yang k.fiezz nak kongsikan ni. Kalau korang rasa korang bukan seorang yang rajin, tak perlu buat sebab beza tau bila kita buat sebab kita nak dan suka dengan kita buat sebab terpaksa..

Bila buat terpaksa, itu yang kita skip buat sebab malas & tak ikhlas. Tapi bila kita suka automatic kita akan rajinkan juga diri. Betul tak?

Jom kita tengok 10 langkah penjagaan muka cara Korea

Langkah 1 - Bersihkan muka dengan oil cleanser (cleansing balm) untuk bersihkan mekap, lebihan minyak dan kotoran dari muka. Gosok perlahan hingga semua kotoran keluar & bilas dengan air. 

Langkah 2 - Kemudian baru bersihkan muka dengan pencuci muka yang kita gunakan untuk cuci muka. Orang cakap kaedah ni double cleansing. Untuk pastikan muka betul-betul bersih dari segala kotoran, minyak & kesan mekap.

Langkah 3 - Pakai toner untuk seimbangkan semula pH kulit selepas cuci.

Langkah 4 - Gunakan essense untuk hidratkan semula sel-sel kulit muka. Selain dari ia juga memastikan penyerapan produk yang digunakan akan lebih berkesan dan efektif. 

Langkah 5 - Kemudian pakai pula emulsion, sejenis pelembap yang bersifat water based & teksturnya lebih ringan berbanding pelembap yang bersifat krim. Fungsi emulsion ni untuk bantu kekalkan kelembapan kulit muka & mengunci kelembapan. 

Langkah 6 - Giliran serum pula. Fungsi serum untuk memperbaiki masalah khusus yang kita hadapi pada kulit muka contoh parut jerawat. Jadi guna serum untuk pudarkan parut jerawat.

Langkah 7 - Diikuti pula dengan sheet mask untuk beri khasiat tambahan pada kulit muka.

Langkah 8 - Jangan lupa eye cream untuk cerahkan kawasan mata dari dark circle, eye bag.

Langkah 9 - Baru lah pakai pelembap untuk kunci kelembapan pada kulit.

Langkah 10 - Akhir sekali, wajib pakai sunscreen untuk melindungi kulit dari pancaran UV & sekaligus menjadi lapisan untuk melindungi segala produk yang kita dah pakai sebelum tu. Bila kita skip tak pakai sunscreen serupa dengan membazir je.


Tu diaaa, 10 langkah weiii..Rajin ke idak ni.. haha. Nak cantik tapi malas.. Macamana?Jadi terpulanglah pada masing-masing, tiada paksaan untuk buat semua langkah ni. Rajin, buat. Tak rajin, abaikan je. Semua langkah  ni, idak lah rasanya kena buat. Tengok pada kesesuaian kulit masing-masing. Mana rasa perlu ikut, masukkan dalam rutin. Tak perlu, abaikan.

Langkah penjagaan muka cara orang Korea ni cuma sebagai guideline pada kita cara yang betul untuk dapatkan kulit sihat & bonus, cantik..


Penjagaan muka cara Korea, cara jaga muka macam Korea


BUAT YANG MANA ANTARA 10 NI?

Sejujurnya, k.fiezz buat 6 langkah saja dari 10 di atas. Sebelum ni k.fiezz ada juga pakai serum tapi sebab kulit k.fiezz tak ada masalah sangat (konon..haha), k.fiezz keluarkan pemakaian serum dari langkah penjagaan muka plus serum yang k.fiezz guna mahal benornya. haha. Sejenis kedekut kan. Tu yang keluarkan serum. Lepas tu nak muka cantik..haha..Berangan sangat...Tak apa yang penting, buat hat mana termampu ikut bajet..Paling penting pakai sunscreen. Ada orang tak buat pun langkah penjagaan atas ni tapi wajib pakai sunscreen

Jadi ikut pada masing-masing. Nak buat rutin penjagaan muka cara orang Korea ni kena tengok juga bajet. Rasa mampu untuk konsisten beli barang-barangnya setiap bulan, boleh je. Tak ada siapa nak marah. Sendiri yang dapat hasilnya. Betul tak?

Bila kita ikut langkah penjagaan ni, hasilnya kita boleh nampak dalam jangka masa panjang. Idak lah hari ni buat semua, esok kulit dah cantik. Ambil masa juga terutama bila ada masalah kulit macam parut jerawat, jeragat, liang pori terbuka, kusam dan lain-lain. Produk yang kita gunakan dalam langkah penjagaan ni akan merawat masalah kulit kita sikit demi sikit. Cuma konsisten saja ikut langkah ni sehingga kita boleh nampak hasilnya. Dah nampak hasil tu, jangan lah pi berhenti pula. Teruskan saja macam biasa. Untuk pastikan kulit kita sentiasa sihat dan cantik. Yang penting nak kulit sihat. Cantik bonus..hehe..

SIAPA NAK KULIT CANTIK & SIHAT, KENA LAH RAJIN...Betul tak?

4 Comments

  1. alamak nak jugak jadi macam korea, tapi VM pemalas huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Ada 20 langkah. Haah bukan semua langkah saya buat.
    Patut tidak berseri lagi. Hehe.

    ReplyDelete
  3. alamak, mama guna 3 step aje dari list ni haha.. nak buat lg 7 tapi tu laa haha

    ReplyDelete
  4. orang korea kulitnya mulus2 berbeda dengan asia tenggara

    ReplyDelete